Rawatan Islam Dan Ilmu Hitam

Perbezaan Rawatan Islam Dan Ilmu Hitam, Pusat Rawatan Al Qayyum, Rawatan Holistik Islamiah

Rawatan Islam Dan Ilmu Hitam - Pernahkah kita mendengar tentang saudara yang jatuh sakit secara tiba-tiba tanpa dapat dikenalpasti puncanya melalui perubatan moden. Justeru, mangsa mendapatkan rawatan alternatif yang menyatakan telah terkena buatan orang atau gangguan makhluk halus. Lebih memburukkan apabila pesakit mendapatkan khidmat rawatan daripada pengamal ilmu hitam untuk sembuh atau menyihir kembali orang yang membuatnya... nauzubillah.

Rawatan Islam Dan Ilmu Hitam

Mengenali Rawatan Islam Dan Ilmu Hitam


Menggunakan ilmu hitam dalam merawat penyakit buatan orang atau gangguan jin jelas tersasar dari syariat Islam. Lebih memburukkan apabila terdapat sebilangan pengamal perubatan menggunakan kaedah dan penampilan seolah-olah Islamik. Ada yang menggunakan ayat-ayat suci Al Quran dan tasbih untuk melakukan sihir memulihkan pesakit yang dirawatnya.

Perbuatan sedemikian sesungguhnya amat ditegah kerana berita-berita ghaib yang diperolehi adalah bersumberkan jin dan syaitan yang dijadikan khadam atau sahabat. Ia jelas berdasarkan ayat suci Al Quran yang bermaksud;

"Mahukah aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan-syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada pendusta yang berdosa, yang mendengar bersungguh-sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan itu) 
sedang kebanyakkan berita adalah dusta."
Surah As-Syura ayat 221 - 223

Rawatan Islam Dan Ilmu Hitam

Jenis-Jenis Dan Kaedah Ilmu Hitam


KK sertakan serba sedikit jenis-jenis dan kaedah ilmu hitam yang bertentangan dengan syariat Islam. Mudah-mudahan menjadi pengetahuan untuk kebaikan bersama.

Saka 
Istilah saka merujuk kepada makhluk halus yang dijadikan sahabat atau khadam oleh keturunan untuk menjaga diri, harta benda dan anak cucu. Apabila tuannya meninggal dunia, maka saka ini akan mencari tuan baharu dari keturunannya. Makhluk ini menimbulkan gangguan-gangguan yang kelihatan sama seperti di syihir.

Ilmu Kebatinan 
Seseorang yang menuntut ilmu kebatinan seperti kebal, ghaib, pengasih dan melawan jin menggunakan khidmat jin yang lain juga dikategorikan amalan ilmu hitam. Pada tempoh tertentu penuntut atau pesakit diminta melakukan pelbagai cara seperti bertapa, bacaan mentera dengan syarat atau pengeras agar penuntut mendapat ilmu yang dihajatkan dan pesakit dapat pulih dari penyakit yang dihidapinya.

Khidmat Jin Dan Makhluk Halus 
Perawatan yang menggunakan khidmat makhluk halus sebenarnya membuka ruang kepada khadam belaan untuk memasuki tubuh perawat juga pesakit. Rawatan ini kebiasaannya melibatkan upacara aneh seperti menurun dan yang seumpamanya. Khidmat makhluk halus tukang sihir mampu mengubati penyakit dan dilihat sebagai perawatan yang berkesan.

Memagar Rumah / Premis Yang Berlawanan Dengan Syariat 
Memagar rumah atau premis perniagaan dengan cara yang berlawanan dengan syariat Islam boleh menjerumuskan kepada gangguan makhluk halus. Ia biasanya berlaku sekiranya penghuni tidak menunaikan syarat-syarat yang perlu sentiasa dipenuhi kepada makhluk yang ditugaskan menjaga rumah. Lambat laun akan menjahanamkan keharmonian serta kesejahteraan rumahtangga dan kerjaya.

Penggunaan Azimat, Wafaq Atau Barang Pujaan  
Perbuatan seperti ini biasanya untuk membawa tuah atau kekuatan pelindung diri. Menggunakan tangkal azimat atau barang-barang lama untuk mengambil semangat atau pendinding juga merupakan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam serta membawa kepada syirik.

Rawatan Holistik Islamiah Di Pusat Rawatan Al Qayyum


Jika anda atau mereka yang anda kenali menghadapi masalah buatan orang atau gangguan makhluk halus, adalah dinasihatkan agar memastikan jenis-jenis rawatan yang melibatkan kaedah di atas tidak diamalkan. KK menyarankan agar mendapat khidmat Pusat Rawatan Al Qayyum yang berlandaskan syariat Islamiah.

KK sertakan maklumat perhubungan untuk permasalahan yang dihadapi. Semoga Allah menyembuhkan serta memberkati kehidupan di dunia dan akhirat... aamiin.

Pusat Rawatan Al Qayyum
B3-1-K10, Ground Floor
Sri Meranti Apartment
Bandar Sri Damansara
52200 Kuala Lumpur

Anda juga boleh melayari laman blog dan Fb page melalui link yang disediakan di bawah:

Blog Al Qayyum : www.alqayyum2u.blogspot.com
Blog Rawatan Jarak Jauh : www.alqayyum2u-rjj.blogspot.com
Facebook Page : www.facebook.com/alqayyum2u

Rawatan Islam Dan Ilmu Hitam


'Jihad menentang kejahatan dan kezaliman manusia, 
jin, syaitan dan iblis laknatullah'

Rawatan Islam Dan Ilmu Hitam
Rawatan Islam Dan Ilmu Hitam


COMMENTS

BLOGGER: 47
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Rawatan Islam Dan Ilmu Hitam
Rawatan Islam Dan Ilmu Hitam
Perbezaan Rawatan Islam Dan Ilmu Hitam, Pusat Rawatan Al Qayyum, Rawatan Holistik Islamiah
https://2.bp.blogspot.com/-G3-ynbdB8R4/V1u5SsID4sI/AAAAAAAAMrM/DBv0Qt-93m8xxEcaHSlPnnzebaRRuOg9QCLcB/s640/perawatan%2Bilmu%2Bhitam.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-G3-ynbdB8R4/V1u5SsID4sI/AAAAAAAAMrM/DBv0Qt-93m8xxEcaHSlPnnzebaRRuOg9QCLcB/s72-c/perawatan%2Bilmu%2Bhitam.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/12/rawatan-islam-dan-ilmu-hitam.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/12/rawatan-islam-dan-ilmu-hitam.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy