Sepetang Di Hutan Lipur Kanching

Bersiar-siar waktu petang di Hutan Lipur Kanching, Templer, Selangor

Sepetang Di Hutan Lipur Kanching – Kelapangan petang Khamis, saya meronda-ronda bersama anak-anak di sekitar kawasan berdekatan kediaman. Menyusur jalan raya mengarah ke Kuala Lumpur dan singgah di Hutan Lipur Kanching yang terletak berhampiran dengan Taman Rimba Templer (Templer Park), Selangor.

Hutan Lipur Kanching

Hutan Lipur Kanching, Selangor


Minggu ini sebenarnya agak unik. Puan Mem pulang ke kampung bersama anak lelaki kami, manakala anak ketiga pula sudah beberapa hari bermalam di rumah kakak ipar. Makanya, tinggalah saya bersama-sama anak sulung dan bongsu… opps.. ibu bapa saya pun ada di rumah. Bapa saya perlu menjalani ‘medical check up’ pembedahan yang pernah dikongsikan dahulu. Alhamdulillah, boleh dikatakan sihat walaupun uzur.

Sebenarnya, kami tidak merancang untuk ke Hutan Lipur Kanching ini. Ia secara kebetulan apabila memandu menyusuri jalan Templer sekitar jam 5 petang dan tergerak untuk menyinggah. Lagi pun kali terakhir saya ke sini pada tahun 1995… lama dah… anak-anak pula belum pernah berkunjung walaupun lokasinya tidak jauh dari rumah dan berada di jalan yang biasa dilalui.

Suasana Petang Di Hutan Lipur Kanching

Hujan yang turun sebelumnya membuatkan suasana petang di Hutan Lipur Kanching agak sejuk tetapi menyamankan. Agak berbeza jika diimbas kembali dengan keadaan dahulu. Kini nampak lebih terjaga dan diselenggara dengan baik. Perkarangan pintu masuk Hutan Lipur Kanching ini agak meriah dengan gerai-gerai. Boleh juga bergambar dengan ular sawa dan burung kakak tua.

Hutan Lipur Kanching

Kami dikenakan bayaran sebanyak RM2.00 untuk parking dan RM2.00 untuk masuk (dewasa / 12 tahun ke atas).. oklah, murah je kan... Kami hanya berjalan-jalan sambil mengambil beberapa gambar sekadar suka-suka. Risau nak mandi sebab kes kencing tikus dan macam-macam lagi kes yang dilaporkan dalam berita… Jadi kami cuma bersiar-siar dan main-main air sahaja...

Hutan Lipur Kanching
Suasana yang segar dan mendamaikan
Hutan Lipur Kanching
Pintu gerbang ke Hutan Lipur Kanching
Hutan Lipur Kanching
Berjalan meninjau hutan...

Kepada sesiapa yang berhasrat untuk mandi manda sekeluarga sebaiknya datang secara berkumpulan kerana di sini banyak monyet. Risau juga kalau terjadi apa-apa... Kalau yang tahu silat, kung fu, taekwondo tu, bersedialah... paling tidak, bersedialah dengan buah pukul 'langkah seribu' hehee.

Hutan Lipur Kanching, Selangor
Ada monyet kat selekoh tu... takuttt..
Abah dia pun takut jugak cuma mantain macho je... :D

Monyet tu tak kacau orang pun... Kami tidak menaiki bukit ke tempat orang bermandi manda, sebaliknya hanya di sekitar bawah sahaja. Suasana hutan pun agak menyeramkan huhu… Suram je... mungkin disebabkan rimbunan pokok-pokok tinggi menutupi langit dengan suasana mendung dan basah kerana hujan yang turun sebelum kedatangan kami. 

Hutan Lipur Kanching
Suka sangat dengan gambar ni...
Hutan Lipur Kanching
Tengok anak-anak ikan... :D
Hutan Lipur Kanching
Wieww... besar pokok belakang tu...
Hutan Lipur Kanching
Sister-sister.. :D

Bersiar-Siar Beriadah Petang Di Hutan Lipur Kanching


Kami bergerak pulang sekitar jam 6:30 petang. Bagi sesiapa yang meminati hutan, ini merupakan salah satu tempat yang dikira menarik. Kalau zaman belia remaja sememangnya tempat yang menyeronokkan untuk mandi manda bersama rakan-rakan. Kalau blogger nak mencari inspirasi dan idea pun ok juga... :D

Hutan Lipur Kanching, Selangor
Wefie sikit sebelum balik... yeah...

Apa pun, kira oklah singgah sepetang di Hutan Lipur Kanching ni... bersiar-siar sambil bergambar walaupun untuk waktu yang singkat dan tidak dirancang… :)


SweetMuslimah.com

COMMENTS

BLOGGER: 34
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,121,Intervensi,50,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,173,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Sepetang Di Hutan Lipur Kanching
Sepetang Di Hutan Lipur Kanching
Bersiar-siar waktu petang di Hutan Lipur Kanching, Templer, Selangor
http://4.bp.blogspot.com/-_sO8eBZtOtg/VIs4xSN44CI/AAAAAAAAIkk/ybdaOX7MTkk/s1600/10615998_962254507122507_2245925649524464419_n.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-_sO8eBZtOtg/VIs4xSN44CI/AAAAAAAAIkk/ybdaOX7MTkk/s72-c/10615998_962254507122507_2245925649524464419_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/12/sepetang-di-hutan-lipur-kanching.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/12/sepetang-di-hutan-lipur-kanching.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy