Solat Hajat Untuk Mangsa Banjir

Solat hajat bencana banjir, Kaedah solat hajat ringkas

Solat Hajat Untuk Mangsa Banjir – Selepas solat Jumaat, boleh dikatakan seluruh masjid di Malaysia mengadakan solat hajat memohon agar keadaan banjir yang berlaku dapat reda dan segera pulih seperti sediakala. Disamping itu memohon agar sentiasa dikurniakan ketabahan, keselamatan serta perlindungan yang sebaik-baiknya buat semua mangsa banjir di mana jua mereka berada.

Mangsa banjir di Kelantan
Kredit : FB I love Kelate

Solat Hajat Bencana Banjir


Bencana banjir kini bukan sahaja berlaku di Pantai Timur malah dikhabarkan turut melanda Perlis, Perak termasuk Kuala Lumpur. Kampung halaman KK di selatan tanah air juga turut dinaiki air di beberapa kawasan terutama yang berdekatan dengan sungai dan tepi laut. Dikatakan juga bahawa bencana banjir 2014 ini merupakan yang terburuk pernah berlaku di negara kita.

Melihat perkhabaran banjir di media sosial menunjukkan keperihatinan kebanyakkan kita dalam membantu. Selain menyumbang harta benda, tenaga dan wang ringgit… marilah kita bersama-sama terus berdoa disamping melakukan solat hajat agar bencana banjir ini segera reda.

Rujukan Solat Hajat Ringkas


Kesempatan pada artikel ini, KK kongsikan cara solat hajat ringkas imej yang diperolehi dari blog hasil pencarian di google sekadar memanjangkan pesan untuk kebaikan. Boleh sahaja kita laksanakan setiap kali selesai solat fardu atau ketika mana kita terlintas untuk melaksanakannya. Ia juga menjadi pilihan kebanyakkan masjid, surau dan madrasah setiap kali diadakan solat hajat untuk tujuan tertentu.

Kaedah solat hajat ringkas
Kredit : Al-azkar.blogspot.com

Bencana Banjir Di Penghujung Tahun 2014


Dalam kesibukan kami membuat persediaan persekolahan untuk anak-anak menjelang musim persekolahan 2015. Hati bertambah sayu bila mendengar perkhabaran daripada rakan yang menghadapi banjir di Pantai Timur. Persediaan buat anak-anak untuk bersekolah juga terpaksa mereka lupakan buat sementara waktu selagi bencana banjir ini tidak selesai.

Selain di masjid, sewaktu menghadiri hari orientasi anak-anak di sekolah rendah dan menengah juga turut dipesan supaya kita semua sentiasa berdoa agar semua mangsa banjir dapat menempuh dugaan ini dengan sabar. Solat hajat untuk mangsa banjir juga digalakkan kepada semua ibu bapa sebaiknya dapat dilakuan secara berjemaah sekeluarga termasuk bersama-sama jiran tetangga. Mudah-mudahan Allah segera meredakan bencana banjir ini serta memperkenankan segala hajat kita demi kebaikan bersama… aamiin.

Info Banjir Polis Diraja Malaysia (PDRM) 


Maklumat banjir PDRM
Kredit : Info FB Rasmi PDRM

Salam Hormat
Khir Khalid

COMMENTS

BLOGGER: 26
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Solat Hajat Untuk Mangsa Banjir
Solat Hajat Untuk Mangsa Banjir
Solat hajat bencana banjir, Kaedah solat hajat ringkas
http://4.bp.blogspot.com/-sq13WQEmjCE/VJ5sT_hO_dI/AAAAAAAAIxg/EXpooNEXixc/s1600/7c962437094e6c9d20cbe1fb0ce6ff59.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-sq13WQEmjCE/VJ5sT_hO_dI/AAAAAAAAIxg/EXpooNEXixc/s72-c/7c962437094e6c9d20cbe1fb0ce6ff59.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2014/12/solat-hajat-untuk-mangsa-banjir.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2014/12/solat-hajat-untuk-mangsa-banjir.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy