Apesal Dengan K-Pop???

Isu viral K-Pop di Malaysia sekadar renungan bersama

Apesal Dengan K-Pop??? – Entri merapu KK hari ini tentang K-Pop. Siapa yang tak tahu dengan K-Pop boleh diibaratkan seperti tidak terkena tempias perkembangan dunia masa kini. Irama K-Pop bukan sahaja mendapat sambutan di Malaysia malah demamnya turut melanda seluruh dunia. Malangnya, ia menjadi viral baru-baru ini disebabkan perlakuan individu-individu teruja yang memalukan masyarakat kita di Malaysia ini.

Isu viral K-Pop di Malaysia

Apesal Dengan K-Pop

Semalam KK mendengar perbualan tentang mengharamkan K-Pop. Secara tak langsung membuatkan KK terpanggil meluahkan pandangan tentang K-Pop itu sendiri. Malah, bukan semata-mata disebabkan K-Pop, tetapi pandangan segelintir masyarakat kita yang melatah bila nasi dah menjadi bubur.

Apa kena dengan segelintir orang kita. Bila sudah terjadi sesuatu… dikatanya haramkan K-Pop. Bila bermasalah dengan Facebook… tutup facebook. Bila selfie menjadi sesuatu yang melampau… dikatanya selfie itu penyakit… apa ni??

Kenapa tidak diharamkan kereta dan motorsikal yang banyak meragut nyawa di jalan raya? Kenapa tidak haramkan televisyen yang melekakan sepertimana dilakukan Taliban di Afganistan? Hhmm… apa lari topik ke huhu?

K-Pop Dalam Industri Hiburan Masa Kini

Begitu juga isu K-Pop yang berlaku baru-baru ini. Takkan marahkan nyamuk tetapi kelambu dibakar. Banyak faktor yang menyumbang berlakunya perkara tersebut. Nak disalahkan artis K-Pop yang memeluk dan mencium gadis kita?

Ia mungkin tidak bersalahan dengan budaya mereka bila dilihat caranya sopan walau pun memeluk gadis Islam bertudung itu sememangnya tidak sepatutnya berlaku. KK rasa kalau artis itu diberi peringatan pastinya tidak berlaku perkara seperti itu. Maklumlah kerjaya artis dalam industri hiburan berjuta dollar… kalau dah diberitahu dan mereka buat juga memang sengallah.

Ada yang membangkitkan isu pengaruh fahaman liberalisme dalam K-Pop.. kenapa dah sekarang baru nak sibuk. K-Pop ni dah lama menyusup halwa telinga masyarakat kita. Bukan muzik sahaja malah drama dan filemnya sememangnya tidak asing lagi. Dulu sibuk kata Bollywood membawa pengaruh pluralisme… tapi lepas tu sembang je lebih. Bila dah berlaku sesuatu yang tak elok… mulalah nak melatah semula. 

Selfie K-Pop
Jangan dibuat selfie K-Pop macam ni... memang penyakit... KK buat sebagai contoh je huhu..

K-Pop menjadi kegilaan seluruh dunia hingga rakyat Amerika yang hedonis pun jadi tergila-gila dengannya…  Takkan sekian lama pun tak perasan… tak prihatin?.. K-Pop adalah satu industri hiburan yang sama sahaja seperti industri perfileman Bollywood dan Hollywood. Adalah tidak wajar bila tiba-tiba sahaja hendak disekat dan diharamkan sedangkan kesalahan itu pada awalnya boleh dielakkan daripada berlaku.  

Salah siapa sebenarnya? Cuba kita fikirkan bersama kerana tempias isu viral K-Pop ini sedikit sebanyak mencemarkan etika muslim dan budaya masyarakat Malaysia. Nak salahkan dunia.. semuanya tak betul… semuanya salah. Satu jari menunjukkan salah orang lain, 4 jari lagi menunjuk ke kita… wallahualam.

Isu K-Pop Sekadar Renungan Bersama

Isu keterujaan K-Pop ini mengingatkan KK tentang kisah sewaktu belajar dahulu. Seorang student Malaysia di Sheffield, U.K. Seorang ‘drummer’ band yang cemerlang dalam pelajarannya. Tetapi bila di UK dan lepas dari pandangan ibu bapa, beliau terlalu teruja dengan kebebasan yang ada… 5 tahun tidak pulang ke Malaysia.

Katanya kehidupan dahulu macam tentera. Makan, belajar dan tidur… tertekan untuk mengejar prestasi cemerlang dalam pelajaran. Bila keluar dari kepompong keluarga, beliau teruja dengan hidangan dunia. Lantas menyertai band muzik di perantauan. Hidup pun dah macam mat saleh… cheersss sana sini.. Nak salahkan siapa?.. Salahkan negara United Kingdom dan haramkan orang kita untuk belajar atau melancong ke sana disebabkan fahaman sub-budaya mereka???

Keterujaan itulah masalah jika tidak dibendung dari awal. Siapa yang tidak pernah berasa teruja… Cuma bagaimana kita mengawal keterujaan itu membezakan kita dengan yang lain. Ia menjadi peringatan buat KK juga.


Apesal dengan K-Pop??... Sekadar perkongsian buat renungan bersama



COMMENTS

BLOGGER: 59
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,36,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,123,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,135,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Apesal Dengan K-Pop???
Apesal Dengan K-Pop???
Isu viral K-Pop di Malaysia sekadar renungan bersama
http://3.bp.blogspot.com/-imVoD_eKxn0/VLTWOUm9MsI/AAAAAAAAI7c/3wtD8cbuL44/s1600/imageResize.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-imVoD_eKxn0/VLTWOUm9MsI/AAAAAAAAI7c/3wtD8cbuL44/s72-c/imageResize.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/01/apesal-dengan-k-pop.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/01/apesal-dengan-k-pop.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy