Kumpulan Puisi Karya Ijamala MN

Ijamala mn, Puisi Ijamala, Penyajak Ijamala mn, Kumpulan Puisi Ijamala, Sang Lelaki Di Lorong Malam, karya Ijamala MN,

Kumpulan Puisi Karya Ijamala MN – Dinihari nan nyaman menyuburkan minda untuk KK menulis memanjangkan perkhabaran buat sahabat pembaca yang dihormati sekelian. Karya puitis seorang penyajak tanah air, saudara Ijamala MN disatukan dalam sebuah buku buat santapan minda peminat-peminat puisi seluruhnya.

Sang Lelaki Di Lorong Malam karya Ijamala MN

Puisi Karya Saudara Ijamala MN


Kumpulan Puisi Sang Lelaki Di Lorong Malam karya saudara Ijamala MN telah KK terima sebagai cenderahati silaturrahim yang amat berharga buat diri ini. Sebagai seorang yang meminati bidang penulisan dan kesenian, pastinya KK meminati karya-karya puisi. Beberapa nukilan karya ciptaan sendiri juga ada KK abadikan di blog ini. Namun, tidaklah setanding karya nukilan insan yang KK hormati ini.

Saudara Ijamala MN adalah sahabat, rakan dan kenalan. Bukan sekadar itu sahaja… secara jujur, KK terlebih dahulu mengenali nama saudara Ijamala MN melalui karya beliau di dada-dada akhbar dan majalah sebelum mengenali orangnya. Atas qada’ dan qadar, Allah swt mempertemukan KK dengan beliau, mengikat jalinan silaturrahim hingga ke hari ini.

Mengenali Karya Dan Penyajak Ijamala MN


Saudara Ijamala MN bertugas di bahagian Parol Dan Perkhidmatan Komuniti, Jabatan Penjara Malaysia. Merupakan seorang anggota yang berdedikasi disamping bergiat aktif dalam menukilkan karya puisi juga merupakan penyajak yang berpengalaman dan disegani dalam arena puisi tanah air.

Sang Lelaki Di Lorong Malam - Prakata

Menyoroti biodata yang terpahat dibuku Sang Lelaki Di Lorong Malam, anak kelahiran Kuala Kangsar, Perak tahun 1967 ini telah akrab menukang karya sejak berumur 17 tahun lagi. Beliau mula menghantar karya pada tahun 1987 ke Radio Senandung Malam Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Kota Kinabalu.

Saudara Ijamala MN semakin aktif menulis ketika bertugas di Penjara Pulau Jerjak pada tahun 1988. Karya beliau kerap berkumandang di corong radio Pulau Pinang. Apabila beliau dipindahkan ke Penjara Pudu, beliau bergiat aktif dengan menyertai Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM).

Ijamala MN, Kumpulan Puisi Sang Lelaki Di Lorong Malam
Kenangan santai bersama saudara Ijamala MN

Karyanya banyak disiarkan di Bacaria, Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera serta pernah memenangi hadiah penghargaan Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU) 2002. Beliau aktif sehingga kini… membaca puisi, bersajak dan terlibat dalam pelbagai kegiatan seni dan sastera.

Kumpulan Puisi Sang Lelaki Di Lorong Malam Karya Ijamala MN


Sekadar menyebarkan kebaikan dari sahabat kepada sahabat...

Kepada yang meminati puisi sebagai halwa minda, dapatkan buku Kumpulan Puisi Sang Lelaki Di Lorong Malam karya Ijamala MN di kedai-kedai buku terpilih. Buku terbitan Institut Terjemahan Dan Buku Malaysia Berhad ini merupakan karya nukilan berdasarkan intrepertasi dan ekspresi dari pengalaman, pastinya menjadi inspirasi yang menyentuh jiwa dan menjadi renungan kita sebagai insan yang kerdil... yang hanya menumpang di bumi Illahi...

COMMENTS

BLOGGER: 25
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,36,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,123,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,135,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Kumpulan Puisi Karya Ijamala MN
Kumpulan Puisi Karya Ijamala MN
Ijamala mn, Puisi Ijamala, Penyajak Ijamala mn, Kumpulan Puisi Ijamala, Sang Lelaki Di Lorong Malam, karya Ijamala MN,
http://1.bp.blogspot.com/-ZwI7nRRWRK8/VKtVn9K2hfI/AAAAAAAAI4E/n7ZlXsC_VCs/s1600/10906277_979349628746328_3425078376598414409_n.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-ZwI7nRRWRK8/VKtVn9K2hfI/AAAAAAAAI4E/n7ZlXsC_VCs/s72-c/10906277_979349628746328_3425078376598414409_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/01/kumpulan-puisi-karya-ijamala-mn.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/01/kumpulan-puisi-karya-ijamala-mn.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy