Menempuh Alam Persekolahan 2015

Menempuh alam persekolahan tahun 2015

Menempuh Alam Persekolahan 2015 – Alam persekolahan bakal bermula minggu hadapan. Kepada ibu bapa termasuk saya sendiri, ia merupakan waktu permulaan bagi perubahan jadual kehidupan. Berbeza dengan waktu cuti persekolahan yang agak merehatkan Menempuh kembali alam persekolahan boleh diibaratkan seperti kembali ke dunia nyata.

SK Tasik Puteri 2, Rawang, Selangor

Jadual Kehidupan Waktu Persekolahan


Minggu lepas sebenarnya sudah menampakkan kesibukan bukan sahaja kepada anak-anak, malah buat ibu bapa dan juga warga pendidik. Beberapa perkongsian dari sahabat-sahabat blogger seluruh Malaysia juga menampakkan kesibukan pra persekolahan 2015 tersebut.

Bermacam-macam borang perlu diisi, begitu juga menghadiri beberapa sesi pra persekolahan terutamanya kepada anak-anak yang baru memulakan sesi persekolahan darjah satu dan tingkatan satu. Musim persekolahan dilihat juga sebagai pengalaman yang cukup menceriakan bagi anak-anak seluruhnya. Semangat baru di tahun baru…

Bagi ibu bapa pula perubahan jadual disebabkan sesi persekolahan memang bukan sesuatu yang remeh. Kalau waktu cuti boleh berlenggang-lenggang pergi bekerja diwaktu pagi, kini agak terkejar-kejar sedikit. Asbabnya bukan semata-mata kerana anak-anak sahaja tetapi khuatirkan keadaan jalan raya yang mula sesak kembali. Pasti dirasai di mana-mana apatah lagi di Kuala Lumpur ini.

Cabaran Sesi Persekolahan 2015


Tahun ini keempat-empat anak kami bersekolah di 3 sekolah yang berbeza. Seorang di asrama, seorang lagi baru memasuki tingkatan 1 manakala 2 orang pula di sekolah rendah yang sama. Anak yang bongsu mula menempuh alam persekolahan dalam darjah 1 pada tahun 2015 ini.

Alam persekolahan adalah yang paling seronok
Ingatkan KK je kaki selfie.. anak pun sama je.. :D

Buat yang sulung, 2015 menjadi tahun penting disebabkan beliau akan menduduki peperiksaan PT3. Kena belajar lebih serius tahun ini. Kena banyak motivasi juga agar dia terus bersemangat belajar walau pun berjauhan dari keluarga. Mudah-mudahan segalanya berjalan lancar… aamiin.

Selamat Menempuh Sesi Persekolahan 2015


Tidak sesekali KK lupa buat pembaca yang masih bersekolah, terutama yang pernah berjumpa dalam program motivasi sekolah dahulu serta sudi mengikuti perkongsian saya selama ini. Diucapkan selamat menempuh alam persekolahan 2015 dengan penuh semangat transformasi yang baru. Semoga berjaya semuanya.

Bagi saya, inilah saat paling indah bila mengenang kembali waktu di zaman persekolahan… nostalgia… Semoga tahun ini membawa kejayaan yang lebih cemerlang buat semua dalam apa jua bidang yang anda ceburi... aamiin.. :) 

COMMENTS

BLOGGER: 32
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Menempuh Alam Persekolahan 2015
Menempuh Alam Persekolahan 2015
Menempuh alam persekolahan tahun 2015
http://1.bp.blogspot.com/-o59MtzcLH9M/VLEXWDRPk2I/AAAAAAAAI7E/eEiA5zfOE0A/s1600/10394529_984991754848782_2389217759055253301_n.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-o59MtzcLH9M/VLEXWDRPk2I/AAAAAAAAI7E/eEiA5zfOE0A/s72-c/10394529_984991754848782_2389217759055253301_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/01/menempuh-alam-persekolahan-2015.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/01/menempuh-alam-persekolahan-2015.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy