Menulis Membaca Sebarkan Dakwah

Kisah imam al ghazali, kisah lalat, dakwah imam al ghazali, imam al ghazali, motivasi kisah lalat, bacaan dakwah, bacaan tazkirah,

Menulis Membaca Sebarkan Dakwah – Menulis warkah berantai… diinspirasikan dari pembacaan berdasarkan kisah penulisan insan lain. Terkesan buat diri ini untuk dikongsikan bukan sekadar tatapan tetapi kesedaran dan juga dakwah untuk renungan bersama…

Menulis dan membaca

Menulis Kisah Untuk Bacaan Dan Dakwah


Terhasilnya setiap artikel pastinya melalui beberapa peringkat. Peringkat pertama ialah, menaip dan kini berlakunya peringkat ketiga dimana anda sedang membaca apa yang telah saya taip, olah dan ‘upload’ menjadi artikel ini. Maknanya, anda kini sedang membaca apa yang saya tulis. Sesungguhnya, apa yang saya coretkan ini adalah berdasarkan kisah yang terlebih dahulu ditulis oleh penulis lain. Kisahnya begini…

Kisah Imam Al-Ghazali Sebagai Bacaan Dan Dakwah


Pada satu ketika sedang Imam Al-Ghazali menulis kitab, tiba-tiba datang seekor lalat lalu hinggap di mangkuk dakwat pen ulama tersebut. Lalat tersebut kemudian menghisapnya. Imam Al-Ghazali membiarkan sahaja lalat yang kehausan itu. Lalat juga makhluk Allah yang harus diberikan kasih-sayang, fikir Al-Ghazali.

Beberapa hari selepas imam Al-Ghazali meninggal dunia, sahabatnya telah bermimpi berjumpa dengan beliau. Dalam mimpi itu sahabatnya bertanya, “Wajah Hujattul Islam, apa yang telah diperbuat Allah kepadamu?

Al-Ghazali menjawab, “Allah telah menempatkan ku ditempat yang paling baik.” Lantas sahabat itu bertanya “Mengapa engkau ditempatkan Allah di tempat yang paling baik? Adakah kerana kealiman mu dan banyaknya kitab yang engkau tulis?

Al-Ghazali menjawab, “Tidak… Allah memberi ku tempat yang baik kerana semasa aku menulis, aku pernah memberikan kesempatan kepada seekor lalat yang sedang kehausan untuk meminum tinta ku. Aku lakukan itu kerana aku sayangkan makhluk Allah.”

Sebarkan dakwah

Penulisan Dan Bacaan... Sebarkan Sebagai Dakwah


Sebahagian dari anda mungkin tidak pernah membaca atau mendengar kisah ini. Saya juga tidak akan tahu kalau tidak membaca penulisan penulis lain. Penulis sebelum saya menulis artikel ini juga tidak akan tahu kisah ini jika tiada orang-orang lain yang mencatatkannya kerana kisah ini telah pun berlaku kira-kira 1000 tahun yang lalu. 

Penyampaiannya mungkin berbeza bagi setiap penulis tetapi perlu membawa kepada maksud yang sama. Menulis membaca sebarkan dakwah… sama ada anda menulis atau menceritakannya kepada yang lain…  tersebarlah dakwah walaupun untuk 1000 tahun lagi…

Sebarkan dakwah… sebarkan walau sepotong ayat. Agar dunia sentiasa disuburkan dengan berkat ilmu dan kebaikan… in shaa Allah.


Kredit : Potongan artikel penulisan Zulkarnain Zakaria
(Saya menulis, anda membaca, maka tersebarlah dakwah)

COMMENTS

BLOGGER: 35
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Menulis Membaca Sebarkan Dakwah
Menulis Membaca Sebarkan Dakwah
Kisah imam al ghazali, kisah lalat, dakwah imam al ghazali, imam al ghazali, motivasi kisah lalat, bacaan dakwah, bacaan tazkirah,
http://4.bp.blogspot.com/-CdUB9Xhb1aY/VK6d17w_YiI/AAAAAAAAI6U/8BhBjYd6r98/s1600/penulisan-600x281.png
http://4.bp.blogspot.com/-CdUB9Xhb1aY/VK6d17w_YiI/AAAAAAAAI6U/8BhBjYd6r98/s72-c/penulisan-600x281.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/01/menulis-membaca-sebarkan-dakwah.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/01/menulis-membaca-sebarkan-dakwah.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy