PERTEMAN Sebagai Tapak Sokongan Sosial

PERTEMAN, Tapak sokongan sosial, kemasyarakatan, Persatuan Terapi Kemasyarakatan, persatuan perteman, NGO Perteman, Perteman KL, Perteman Selangor,

PERTEMAN Sebagai Tapak Sokongan Sosial -  Atas anugerah dan keizinan Allah swt, telah diadakan musyawarah Persatuan Terapi Kemasyarakatan (PERTEMAN) pada pagi Jumaat dihari kedua tahun baru 2015 ini. Ia merupakan perjumpaan dan perbincangan kali pertama PERTEMAN bagi tahun 2015 yang telah berlangsung di bilik mesyuarat Ibu Pejabat Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur.

Perteman : Persatuan Terapi Kemasyarakatan

Persatuan Terapi Kemasyarakatan (PERTEMAN)


Tahun 2015 merupakan tahun ketiga perjalanan PERTEMAN. Ia merupakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan sebagai platform membantu dan membimbing golongan banduan insaf yang diberi peluang kedua agar dapat memotivasikan diri meneruskan kehidupan yang sebaiknya.

PERTEMAN pada masa ini digerakkan oleh mereka yang terlibat dalam bidang keusahawanan dan pernah tersungkur merasai pahit jerih dalam kerjaya dan kehidupan masing-masing. KK juga tidak terkecuali pernah merasai kegagalan dalam kerjaya pada usia muda. Namun dengan berkat pertolongan Allah swt jua, kami dapat bangun dan membina kembali kerjaya dan kehidupan.

Melalui pengalaman, kami sedar bahawa ada segmen insan yang menempuh pengalaman lebih teruk dari kami. Walaupun kami bukanlah usahawan yang hebat mahupun menjawat jawatan besar dalam pekerjaan, Allah swt telah mempertemukan dan menyatukan kami atas hasrat yang sama.

PERTEMAN Sebagai Kumpulan Sokongan Sosial


Selaras dengan hasrat Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS), matlamat utama PERTEMAN adalah menjadi tapak kumpulan sokongan dalam membantu, membimbing dan membela bekas-bekas banduan insaf yang diberi peluang kedua termasuk keluarga mereka dalam mengharungi pancaroba kehidupan. Selagimana mereka berhasrat untuk berubah, selagi itu kami berusaha tampil untuk membantu… in shaa Allah.

Buat masa ini, PERTEMAN hanya mampu untuk bergerak di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor sahaja, namun kami berhasrat untuk meneruskan agenda sosial dan kemasyarakatan ini ke seluruh negara satu hari nanti. Kesempatan artikel ini, terima kasih dipahatkan kepada Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur atas kepercayaan, sokongan dan kerjasama bagi memastikan hasrat ini terlaksana.

mesyuarat Perteman 2015
Mesyuarat PERTEMAN 2015
Muka ketatlah pulak KK... serius.. :D

Semoga dipermudahkan segala usaha PERTEMAN dalam tahun 2015 ini… aamiin


Jika diizinkan, segmen koreksional sosial dan kemasyarakatan akan terus menjadi perkongsian telus di blog ini. Adalah menjadi harapan agar masyarakat seperti kita dapat lebih memahami tentang segmen kehidupan yang jarang-jarang kita perhatikan ini dan dapat menterjemahkannya dari persepsi yang positif.

Mudah-mudahan apa yang dilaksanakan melalui musyawarah PERTEMAN sebagai tapak sokongan sosial ini secara tidak langsung dapat membantu dalam menaiktaraf kehidupan sosio-masyarakat di Malaysia demi kehidupan yang harmoni dan sejahtera.

COMMENTS

BLOGGER: 27
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: PERTEMAN Sebagai Tapak Sokongan Sosial
PERTEMAN Sebagai Tapak Sokongan Sosial
PERTEMAN, Tapak sokongan sosial, kemasyarakatan, Persatuan Terapi Kemasyarakatan, persatuan perteman, NGO Perteman, Perteman KL, Perteman Selangor,
https://3.bp.blogspot.com/-DckRgloF6vY/VKa5DXuZKVI/AAAAAAAAI14/qd4DU1EMsWw/s1600/1601346_976773309003960_422834031659529825_n.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-DckRgloF6vY/VKa5DXuZKVI/AAAAAAAAI14/qd4DU1EMsWw/s72-c/1601346_976773309003960_422834031659529825_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/01/musyawarah-perteman-sebagai-tapak-sokongan-sosial.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/01/musyawarah-perteman-sebagai-tapak-sokongan-sosial.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy