Al-Fatihah Buat Ayahanda Tercinta

Al Fatihah buat ayahanda Hj Md Khalid bin Hj Abd Aziz. Abah akan sentiasa kami rindui, sayang dan dikenangan dalam setiap doa.

Al-Fatihah Buat Ayahanda Tercinta – Tepat jam 6 petang tanggal 22 Januari 2015 (Khamis) bersamaan 1 Rabiul Akhir 1436 hijrah, ayahanda saya bernama Hj Md Khalid Bin Hj Abd. Aziz telah kembali ke rahmatullah. Saat arwah nazak sehingga menghembuskan nafas terakhir merupakan memori terakhir bersama yang tetap terpahat dalam ingatan dan hati sepanjang hayat ini.

Tahlil Arwah Blok 6, Bandar Tasik Puteri, Rawang

Merawat Sakit Strok Ayahanda 


Ayahanda kembali ke rahmatullah pada usia 70 tahun setelah menghadapi dugaan angin ahmar (strok) yang lama. Bermula 2007 sewaktu allahyarham berkunjung ke rumah kami di Taman Sri Gombak, Batu Caves. Tanpa diduga arwah diserang strok dan dikejarkan ke Hospital Pakar Selayang. Semenjak itu, ibu dan arwah bapa menetap bersama kami atas persetujuan ibu demi memudahkan perawatan. 

Usaha merawat dan memulihkan penyakit strok bukan mudah. Kita tidak boleh lepas tangan dan mengharapkan pihak hospital semata-mata. Ikhtiar lain memang penting untuk pemulihan. Ibarat kanak-kanak mula berjalan dan bertutur. Bezanya ia dilakukan kepada seorang dewasa agar anggota badan, saraf dan mental dapat berfungsi normal kembali. Usaha yang bukan seharian tetapi perlukan perhatian khusus, pengorbanan waktu yang makan masa bertahun-tahun.

Kenangan
Allahyarham ayahanda selepas mula beransur pulih dari serangan strok

Sehingga 2009, arwah mempunyai daya ingatan yang baik dan mampu berjalan walaupun bertongkat. Cuma daya pertuturan masih sukar dipulihkan. Beliau dengar dan faham namun tidak berdaya bertutur seperti biasa. Kami perlu lebih sensitif memahami apa yang arwah ingin sampaikan agar beliau tidak stress. Paling penting adalah memastikan arwah terus bermotivasi untuk pulih dan tidak putus asa.

Berpindah Ke Bandar Tasik Puteri, Rawang


Tahun demi tahun berlalu dengan pelbagai kenangan. Kami berpindah ke Bandar Tasik Puteri di Rawang pada 2013. Alhamdulillah, kejiranan yang sesuai untuk pembesaran dan persekolahan anak-anak dalam komuniti mesra dan prihatin. Beberapa bulan berpindah, arwah mengalami pendarahan di kepala pula. Kisah tersebut pernah dikongsikan pada beberapa artikel di sinisini… dan sini.

Pengkebumian ayahanda Khir Khalid

Semenjak itu, arwah terlantar di atas katil dan bergerak ke mana-mana dengan kerusi roda. Namun, saat dan waktu arwah telah tiba. Sesungguhnya ajal dan maut itu adalah ketentuan Illahi. Saya redha atas pemergiannya dan berharap apa yang dilakukan sebelum ini adalah yang terbaik seorang anak dapat lakukan terhadap bapanya, in shaa Allah.

Coretan Penghargaan Tulus Ikhlas 


Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga, saudara mara dan rakan-rakan yang menziarah dan bantu memudahkan segalanya. Penghargaan terima kasih juga buat tetangga Persatuan Penduduk, Bandar Tasik Puteri atas keperihatinan dan bantuan, tidak terkecuali pengurusan Khairat Kematian Madrasah As Siddiqin atas pengurusan jenazah serta pengkebumian yang tertib dan lancar... syukur Alhamdulillah. 

Pengkebumian ayahanda Khir Khalid

Terima kasih juga kepada kejiranan Taman Zalinah, Pontian, Johor atas kesudian melaksanakan tahlil walaupun arwah telah sekian lama bersama kami di sini. Sesungguhnya jasa keperihatinan semua ini tidak mampu saya balas dengan apa jua nilai yang ada di dunia serta seluruh isinya. Semoga Allah swt jua yang membalas segalanya dengan keberkatan dan kebaikan dunia dan akhirat… aamiin.  

Al-Fatihah Buat Ayahanda Tercinta


Tanah Perkuburan Islam Bandar Country Homes

Arwah ayahanda selamat dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Cahaya Iman, Bandar Country Homes, Rawang, Selangor. Semoga Allah swt sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh ayahanda dan menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang beriman… Al Fatihah... aamiin.

COMMENTS

BLOGGER: 57
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Al-Fatihah Buat Ayahanda Tercinta
Al-Fatihah Buat Ayahanda Tercinta
Al Fatihah buat ayahanda Hj Md Khalid bin Hj Abd Aziz. Abah akan sentiasa kami rindui, sayang dan dikenangan dalam setiap doa.
https://4.bp.blogspot.com/-iIVFVO9VLow/VMPgMNccfVI/AAAAAAAAJDY/Dc84sqQj4cw/s1600/Tahlil%2BArwah%2BAyahanda%2BKhir%2BKhalid.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-iIVFVO9VLow/VMPgMNccfVI/AAAAAAAAJDY/Dc84sqQj4cw/s72-c/Tahlil%2BArwah%2BAyahanda%2BKhir%2BKhalid.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/01/penghormatan-terakhir-buat-ayahanda-ku.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/01/penghormatan-terakhir-buat-ayahanda-ku.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy