Produk Elektrik Terkini Mitsubishi Electric

Produk elektrik terbaru Mitsubishi Electric, android dan ios Mitsubishi Electric, Mitsubishi Electric.

Mitsubishi jenama yang sememangnya gah dipersada dunia industri permotoran dan teknologi pastinya tidak diragu lagi. Begitu juga dengan produk-produk elektrik keluaran Mitsubishi Eletric yang semakin menjadi pilihan dihati pengguna bukan sahaja di Malaysia malah di serata dunia.  

Mitsubishi Electric logo

Seminar Produk Elektrik Terkini Mitsubishi Electric 

Pada Sabtu (3/1/2015), KK berpeluang menghadiri ‘Mitsubishi Electric Product Seminar For Bloggers’ anjuran Mitsubishi Electric Malaysia yang telah berlangsung di pejabat Mitsubishi Electric Petaling Jaya. Tujuan seminar tersebut diadakan adalah untuk memperkenalkan produk keluaran terkini Mitsubishi Electric kepada blogger iaitu alat penghawa dingin (aircond), Jet Towel, kipas, ventilation fan dan peti sejuk.

Mitsubishi Electric seminar for bloggers

Produk-produk elektrik yang diperkenalkan adalah yang terkini dari aspek teknologi serta menepati piawaian keselamatan SIRIM dan ‘Premium Safety’ dibawah penyeliaan Green Industry Award. Setiap produk keluaran Mitsubishi Electric juga menawarkan kos penjimatan penggunaan tenaga eletrik yang minimum (MEPS – Minimum Energy Performance Standard) bertepatan dengan piawaian Suruhanjaya Tenaga Malaysia.

Ia juga merupakan produk elektrik yang tahan lasak, tidak mudah terbakar, tidak berasaskan bahan-bahan toksik dan mesra alam sekitar. Namun bagi KK yang bukan seorang pakar elektrik, apa yang lebih menarik ialah kriteria setiap produk Mitsubishi Electric yang sangat mesra pengguna. Ia mudah diselenggara dan pastinya belum ada lagi produk-produk elektrik lain yang setara dengannya. Sungguh mesra pengguna…nak tahu kenapa... meh baca KK terangkan lagi…

Produk Penghawa Dingin Mitsubishi Eletric

Penghawa dingin Mitsubishi Electric adalah produk terkini yang dilengkapi sistem 3D i-see sensor, berupaya mengawal tahap suhu kesejukan agar kita sentiasa berkeadaan terkawal dan selesa. Ia juga dilengkapi sistem pembersihan udara 'Plasma Quad - plasma-based filter sistem' yang menapis habuk, bakteria, virus, elergi agar ruang anda sentiasa bersih, segar dan nyaman secara semulajadi.

Mitsubishi Electric seminar for bloggers
3D Nano Platinum
3D Nano Platinum Filter yang mudah dicuci dengan hanya menggunakan air

Bukan itu sahaja… dalam seminar ini kami juga berpeluang menguji kualiti dan bagaimana ‘mesranya’ produk tersebut dari segi penyelengaraannya. Memang mudah untuk diselenggara dan dibersihkan sama ada oleh pengguna lelaki atau wanita serta amat mesra pengguna.

Blogger Ben Ashaari dan Khir Khalid
Menyelengara dengan mudah... tak sampai seminit boleh siap buka dan pasang kembali - Kredit foto : akubiomed.com
Air Conditioner Mitsubishi Electric
Mesra pengguna... mudah untuk dibersihkan bila-bila masa sahaja

Produk Jet Towel Mitsubishi Eletric

Jet Towel, produk pengeringan tangan menggunakan kuasa angin yang biasanya kita dapat lihat di kebanyakkan tandas awam. Kini dicipta dalam bentuk dinamik dan menarik yang bukan sahaja sesuai untuk digunakan di permis malah di rumah anda. Kini ia telah digunakan di kebanyakkan pusat membeli belah ternama di seluruh Malaysia.

Jet Towel Mitsubishi Electric
Rekabentuk Jet Towel yang menarik dan mantap
Jet Towel
Pengering tangan Jet Towel - Kredit foto : akubiomed.com
Blogger Sunshine Kelly
Blogger menguji Jet Towel... Tangan yang basah cepat kering... memang power!!

Bagi anda yang mempunyai pejabat, permis perniagaan atau bekerja sebagai ‘purchaser’ untuk organisasi kerajaan, swasta, hospital, hotel dan sebagainya, KK sarankan anda untuk mendapatkan Jet Towel Mitsubishi Electric ini. Menarik juga jika dipasang di rumah kediaman. Tahan lasak, mantap dan kos efektif yang pastinya menjimatkan.

Kipas Dan Ventilation Fan Mitsubishi Electric

Mitsubishi sememangnya sudah terbukti hebat dalam kejuruteraannya. Begitu juga dengan setiap produk keluaran Mitsubishi Electric termasuk kipas dan ventilation fan. Ia menawarkan pelbagai rekabentuk sesuai untuk setiap keperluan anda. Kami juga diberi penerangan tentang spesifikasi kipas dan ventilation fan keluaran terbaru ini. Ia juga amat mudah diselenggara untuk membersihkannya dari kekotoran pada bila-bila masa sahaja.

Mitsubishi Electric Petaling Jaya office
Produk kipas Mitsubishi Electric
Blogger Mitsubishi Electric
Membuka dan memasang ventilation fan dengan amat mudah sekali - kredit foto : akubiomed.com

Kipas dan ventilation fan ini juga mempunyai jaminan “The 3 years motor warranty for fan and vent products is given from Mitsubishi Electric”.

Mitsubishi Electric ventilation fan
Kipas Mitsubishi Electric
Kipas Mitsubishi Electric

Produk Peti Sejuk Mitsubishi Electric

Akhir sekali kami diperkenalkan dengan peti sejuk terkini Mitsubishi Electric. Rekabentuk terkini 'new nano glass technology' dengan keluasan dalaman yang mampu menempatkan pelbagai barangan dalam kapisiti yang banyak. Ia juga dilengkapi dengan sistem anti bakteria, nyah bau dan ‘vitamin factory’ yang sangat efektif untuk menempatkan pelbagai barangan makanan agar sentiasa dalam keadaan segar dan terjamin khasiatnya. Siap ada 'door alarm' lagi kalau pintunya tidak ditutup dalam masa 1 minit tau...

Home refrigerator Mitsubishi Electric
Refrigerator Mitsubishi Electric
Rekabentuk yang smart, elegan dengan ruang dalaman yang luas

Selain mesra alam ia juga dilengkapi dengan teknologi inverter dan sistem automatik 'Eco Mode'‘lowers the energy consumption level during non-peak hours’. Dilengkapi juga dengan ‘microprocessor’ yang mampu mengenal pasti ‘usage patterns’(memorises the household’s usage patterns through various time frames automatically operate the most optimal condition by microprocessor)

Khir Khalid Mitsubishi Electric
Smart... memang smart... :)

Aplikasi Android Dan iOS Mitsubishi Electric

Bagi memudahkan anda untuk mendapatkan produk-produk elektrik terkini Mitsubishi Electric, aplikasi smartphone untuk android dan iOS akan dilancarkan tidak lama lagi. Justeru, anda semua boleh download aplikasi tersebut untuk berinteraksi dan membeli segala produk dengan mudah secara online.

Aplikasi Android dan iOS akan KK maklumkan sejurus ia dilancarkan nanti. Tunggu...

Kepada anda yang ingin mencari produk elektrik untuk memenuhi keperluan anda, dapatkan produk eletrik jenama Mitsubishi Electric. Anda pasti puas hati.

Mitsubishi Electric – Changes for the Better 

* Penghargaan terima kasih KK ucapkan kepada Mitsubishi Electric diatas penganjuran seminar yang penuh dengan input ilmu ini dan Bro Framestone atas kesudian mengundang KK menghadirinya. Tidak lupa juga penghargaan terima kasih buat semua rakan blogger yang hadir atas ukhwah kemesraan yang terjalin sepanjang seminar ini berlangsung.

Pengalaman yang sangat meriah dan bermanfaat buat diri ini. Terima kasih. 

COMMENTS

BLOGGER: 65
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Produk Elektrik Terkini Mitsubishi Electric
Produk Elektrik Terkini Mitsubishi Electric
Produk elektrik terbaru Mitsubishi Electric, android dan ios Mitsubishi Electric, Mitsubishi Electric.
http://2.bp.blogspot.com/-8p__4yU5JfU/VLeONl3DW1I/AAAAAAAAI8U/6q9QxgKkUUU/s1600/mits-logo-black-_-red-pms-485.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-8p__4yU5JfU/VLeONl3DW1I/AAAAAAAAI8U/6q9QxgKkUUU/s72-c/mits-logo-black-_-red-pms-485.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/01/produk-eletrik-terkini-mitsubishi-electric.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/01/produk-eletrik-terkini-mitsubishi-electric.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy