Program Sokongan Keluarga Banduan Antarabangsa

Program sokongan keluarga banduan luar negara

Program Sokongan Keluarga Banduan Antarabangsa – Antara aktiviti sampingan dalam 3 tahun sehingga artikel ini ditulis adalah membuat kajian persendirian berkaitan isu banduan, keluarga dan sosial di beberapa negara lain. Sungguh pun buat masa ini saya belum berkemampuan ke negara-negara tersebut, namun dengan kehebatan teknologi IT dapat digunakan untuk berkomunikasi dan berinteraktif dengan pihak-pihak yang disasarkan dengan mudah, murah serta efisyen.

Sokongan keluarga banduan

Program Sokongan Keluarga Banduan

Sebelum ini ada saya kongsikan kisah bekas rakan sepengajian yang pernah menawarkan untuk terlibat dalam aktiviti hak kemanusiaan yang boleh dibaca di sini >>> Hak Allah, Hak Kemanusiaan Dan Hak Syaitan.

Walaupun berbeza pandangan, melalui rakan yang sama, saya dipertemukan semula dengan seorang lagi bekas rakan sepengajian. Beliau adalah warga Perancis yang menguruskan firma guaman di London. Melalui perhubungan, saya telah diperkenalkan dengan NGO yang terlibat dalam program sokongan kepada keluarga banduan di United Kingdom. Saya juga mendapat maklumat tentang syarikat-syarikat yang bertindak sebagai penggerak kepada organisasi korporat yang menaja perlaksanaannya atas nama Tanggungjawab Sosial Korporat (Social Corporate Responsibility – CSR).

Berdasarkan sokongan lanjut, saya juga pernah berhubung dengan NGO yang berkaitan di Amerika Syarikat, Australia dan New Zeland termasuk banyak lagi negara lain yang sedang diusahakan. Blog juga amat membantu beroleh kerjasama sebaiknya dari semua pihak. Kehebatan google translator… faktor bahasa bukan penghalang blog untuk dibaca seluruh dunia. Satu asbab mengapa blog berbahasa Melayu bukan sahaja beroleh pengunjung dalam negara malah dari luar negara.

Motivator sosial Khir Khalid
Kenangan bersama rakan sepengajian... Saya dolu-dolu.. :D
  
Maklumat berkenaannya akan saya kongsikan satu persatu pada artikel-artikel akan datang. Mudah-mudahan menjadi rujukan bermanfaat pengkajian sosial dan mereka yang berkaitan termasuk semua sahabat pembaca sekelian.

Sokongan Keluarga Banduan Sebagai Motivasi Kehidupan  

Terpanggil melakukan perkara ini inspirasi pengalaman yang pernah ditempuhi. Walaupun tidak sehebat mana, pengalaman belajar dan bekerja di perantauan, berurusan dalam sektor pelaburan korporat, kegagalan dalam kerjaya, perniagaan dan bangkit semula telah membuka jiwa saya kepada satu dunia yang tidak pernah difikirkan tentang kehidupannya sebelum ini.

Ia seterusnya menjadi agenda motivasi tersendiri yang sentiasa bermain di ruang pemikiran ini. Memerhati, mengkaji dan mencerna input berdasarkan pengalaman lantas menjadikannya sebagai satu rancangan jangka panjang tanpa meninggalkan urusan dan matlamat semasa yang lain. Begitu juga dengan kerjasama yang berterusan bersama NGO, organisasi tempatan dan pihak-pihak berwajib yang sudah sedia terjalin...

Fakta Banduan di Amerika Syarikat
Antara ulasan tentang banduan di Amerika Syarikat yang diterima terus dari NGO di sana.
Akan saya perjelaskan di artikel lain nanti

Berikutan bertambahnya pertanyaan melalui e-mel dan mesej di fb page yang diterima daripada keluarga banduan bermula tahun lepas sehingga kini, program sokongan yang saya akan laksanakan ini disasarkan kepada keluarga banduan yang memerlukan. Justeru, kepada ahli keluarga yang pernah berhubung dan membaca artikel ini, usah khuatir... rahsia anda adalah amanah yang tetap terjaga.

Isu Antarabangsa Dan Tanggungjawab Sosial Tempatan

Kini saya sedang mengusahakan secara berperingkat satu program jangka panjang dengan label Positive Unity For Life. Ia diusahakan dibawah tanggungjawab syarikat perundingan kecil yang diuruskan oleh saya sendiri bernama Khir Khalid Resources. Selain menempatkan program sokongan keluarga banduan dibawah konsep keusahawanan sosial, terdapat juga program kesedaran sosial dalam intipati yang dirangka untuk remaja dan pelajar.

Oleh itu, saya amat mengalu-alu penglibatan syarikat-syarikat korporat tempatan, usahawan atau institusi pelaburan swasta, sama ada yang mengenali atau membaca artikel ini melalui enjin carian untuk bekerjasama menjayakan. Hubungi saya jika berminat untuk penjelasan dan perbincangan selanjutnya melalui emel yang tersedia di profil atau ruangan bawah artikel ini. 

Program sokongan keluarga banduan

Selain berkongsi maklumat tentang program sokongan keluarga banduan antarabangsa, catatan perjalanan Positive Unity For Life juga akan menjadi sebahagian topik perkongsian walaupun ia berjalan secara perlahan, in shaa Allah. 

Siapa tahu mungkin juga ada perkara sokongan yang anda boleh bantu nanti...  


COMMENTS

BLOGGER: 53
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,128,English,29,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,118,Intervensi,29,INTI,42,Keusahawanan,52,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,161,MDEC,4,Motivasi,132,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,54,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,123,Sunway,20,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Program Sokongan Keluarga Banduan Antarabangsa
Program Sokongan Keluarga Banduan Antarabangsa
Program sokongan keluarga banduan luar negara
https://4.bp.blogspot.com/-LFas9a9Sg98/VLwT1ELocxI/AAAAAAAAJBE/ocht-6ZeyDQ/s1600/Program%2Bsokongan%2Bkeluarga%2Bbanduan.png
https://4.bp.blogspot.com/-LFas9a9Sg98/VLwT1ELocxI/AAAAAAAAJBE/ocht-6ZeyDQ/s72-c/Program%2Bsokongan%2Bkeluarga%2Bbanduan.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/01/program-sokongan-keluarga-banduan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/01/program-sokongan-keluarga-banduan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy