Wall Climbing Di UTC Pudu Sentral

Wall Climbing, wall climbing UTC, Y-Centre, UTC Pudu Sentral, acara belia wall climbing, hari terbuka y centre, jbsn wpkl, program bakat remaja

Wall Climbing Di UTC Pudu Sentral – Sekadar mencoretkan kenangan aktiviti wall climbing bersama keluarga di Y-Centre UTC Pudu Sentral pada penghujung Disember 2014 yang lalu. Satu aktiviti ‘simple’ tetapi mencabar dan menyeronokkan… baru wall climbing je ni, belum lagi mount climbing yang betul-betul tu ehehee…

Wall climbing di UTC Pudu Sentral

Acara Belia Di UTC Pudu Sentral


Sebenarnya, KK telah mendapat jemputan Jabatan Belia Dan Sukan W.P. Kuala Lumpur untuk bersama-sama mengimarahkan Program Hari Terbuka Y-Centre UTCKL dan Program Bakat Remaja Rakan Muda 2014 yang diadakan pada hari Sabtu (20/12/2014). Sayangnya, atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, KK tidak dapat menyertai program tersebut.

Justeru, sebaik sahaja selesai acara Pelancaran 1600 Panda MY yang KK hadiri, kami terus bergerak memenuhi kesempatan yang ada pada petang hari minggu singgah ke Y-Centre di UTC Pudu Sentral. Alang-alang dah dekat dan ada waktu terluang, apa salahnya singgah sekejap. Bak kata orang tua-tua… tak dapat sertai acara pun, ada peluang dapat tunjuk muka pun ok lah… :)

Cabaran Wall Climbing Bersama Keluarga Di UTC


Kedatangan kami pada tengah hari Ahad ini sememangnya tidak disia-siakan. Acara belia yang masih setia menanti adalah ‘wall climbing’. Atas ajakan anak-anak dan puan Mem, keegoan diri ini tercabar juga huhu… Maka kami pun panjatlah… yeah!!

UTC Pudu Sentral
Sesi pendaftaran... siap dapat sijil tau... :)
Wall Climbing
Sesi penerangan oleh instructor tentang aspek keselamatan

Aktiviti wall climbing memerlukan kekuatan tangan serta kaki. Paling mencabar, kekuatan utama perlu disalurkan kepada jari jemari agar mampu menampung badan untuk terus memanjat. Kebijaksanaan minda juga amat penting agar keputusan memilih mana tempat yang hendak ditaut dapat dibuat secara segera.

Y-center UTC Pudu Sentral
Tengah panjat pun sempat posing.. Puan Mem sampai takat tu je dia hehee
UTC Pudu Central
Anak dara sulung KK berjaya sampai ke puncak... memang kuat dia ni.. :D
Wall Climbing UTC Pudu Sentral
Anak jejaka KK pun mengikut jejak langkah Puan Mem... sampai tu je huhu..
Wall Climbing UTC Pudu Sentral
Eh... terpelecok pulak...
Wall Climbing UTC Pudu Sentral
Berjaya juga sampai ke puncak...

Wall Climbing, Aktiviti Keluarga Yang Santai Tetapi Mencabar


Wall Climbing UTC Pudu Sentral
Abang instructor tu pun tunjuk KK good... hikss.. :D

Bagi KK, wall climbing ini sangat sesuai dijadikan aktiviti kekeluargaan kepada keluarga yang gemarkan aktiviti lasak tetapi santai. Tetapi, biarlah ia dilakukan ditempat-tempat yang betul seperti di Y-Centre UTC Pudu Sentral ni… jangan dibuat di rumah tanpa pengawasan mereka yang bertauliah dan pakar… bahaya!!

Cukuplah buat KK merasai pengalaman wall climbing seperti ini sahaja. Kalau melibatkan diri memanjat 'mount climbing' yang sebenar memang bukan pilihanlah. Tak berani KK nak sahut.. sakit jari, lenguh kaki… silap langkah tangan cramp... terjatuhlah pulak huhu.. adehhh.. :D

COMMENTS

BLOGGER: 76
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,23,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,113,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,14,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Wall Climbing Di UTC Pudu Sentral
Wall Climbing Di UTC Pudu Sentral
Wall Climbing, wall climbing UTC, Y-Centre, UTC Pudu Sentral, acara belia wall climbing, hari terbuka y centre, jbsn wpkl, program bakat remaja
http://4.bp.blogspot.com/-GEMq2uLb8JQ/VKjcAkNVTkI/AAAAAAAAI2o/PggiFlaRwAw/s1600/10417579_977817928899498_3727016923925302259_n.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-GEMq2uLb8JQ/VKjcAkNVTkI/AAAAAAAAI2o/PggiFlaRwAw/s72-c/10417579_977817928899498_3727016923925302259_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/01/wall-climbing-di-utc-pudu-sentral.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/01/wall-climbing-di-utc-pudu-sentral.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy