Al Fatihah Buat Tuan Guru Nik Aziz

Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia

Al Fatihah Buat Tuan Guru Nik Aziz – Berita dukacita buat negara yang pastinya sudah diketahui ramai. Perginya seorang pemimpin yang dihormati, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kembali ke rahmatullah disebabkan kanser prostat selepas menerima rawatan selama 25 hari di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM). Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir di sisi ahli keluarga di rumahnya pada jam 9.45 malam (12/2/2015), di malam Jumaat penghulu segala hari.     

Nik Aziz, Mahathir Mohamed, Malaya Heroes

Kepada sesiapa yang biasa melalui jalan atau menaiki tren di sekitar Pasar Seni Kuala Lumpur (Central Market) pasti pernah melihat mural di atas. Tergerak KK mengambil gambar tersebut satu ketika dahulu. Sayangnya beberapa hari pada penghujung tahun 2014 KK dapati lukisan mural tersebut telah dipadamkan… mujur KK simpan dan terpanggil untuk mengabadikannya di artikel ini.

Sayu pula rasanya hati ini. Dua orang tokoh politik dan pemimpin negara yang dihormati dan disegani…

Sedikit tentang Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Aziz

Allahyarham memenangi kerusi parlimen Kelantan Hilir (Pengkalan Chepa) dalam pilihanraya kecil pada tahun 1967 selepas menyertai PAS pada tahun itu. Allahyarham memainkan peranan utama dalam mengukuhkan semula PAS dan membolehkan parti itu menawan semula Kelantan pada tahun 1990 serta menamatkan pemerintahan BN selama 12 tahun.

Allahyarham seterusnya dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan dan terus kekal di jawatan tersebut sebelum bersara pada tahun 2013. Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Aziz meninggalkan seorang balu bernama Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak bersama 10 orang anak.

Al Fatihah Tuan Guru Nik Aziz

Al Fatihah buat Allahyarham Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkan Allahyarham dikalangan orang-orang yang beriman. 

Al Fatihah... aamiin.

COMMENTS

BLOGGER: 37
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Al Fatihah Buat Tuan Guru Nik Aziz
Al Fatihah Buat Tuan Guru Nik Aziz
Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia
http://4.bp.blogspot.com/-fQFr_3m8VoY/VNz0B179E6I/AAAAAAAAJHA/-ZeZpyA9U4Y/s1600/malaya%2Bheroes.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-fQFr_3m8VoY/VNz0B179E6I/AAAAAAAAJHA/-ZeZpyA9U4Y/s72-c/malaya%2Bheroes.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/02/al-fatihah-buat-tuan-guru-nik-aziz.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/02/al-fatihah-buat-tuan-guru-nik-aziz.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy