Ekspresi Ukhwah Tahun Baru Cina

Perayaan Tahun Baru Masyarakat Cina, Kalendar Qamari Cina, Silaturrahim persahabatan bangsa Cina di Malaysia,

Perayaan Tahun Baru Cina merupakan antara musim perayaan masyarakat cina yang tidak asing lagi dikalangan kita semua. Tersenarai dalam kalander tahunan sebagai cuti rasmi musim perayaan, kita sebagai rakyat Malaysia pasti akan bercuti tanpa mengira latarbelakang agama dan bangsa. Anak-anak yang bersekolah juga pasti seronok dan mahukan waktu ceria bersama-sama keluarga.

Perayaan Tahun Baru Cina


Chinese New Year (CNY) merupakan perayaan terpenting bagi masyarakat Cina bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia, bagi menyambut tahun baru dalam calendar Qamari Cina. Kalender Qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun yang dibahagikan dengan nama-nama haiwan berbeza pada setiap tahun.

Dalam kehidupan ini, saya mempunyai ramai rakan berbangsa Cina. Bermula dengan seorang jiran sebagai teman bermain sewaktu kecil yang mesra dengan panggilan Titi. Masih saya ingat, bergembira tanpa mengira apa jua perayaan. Bermain tanglong, bunga api dan mercun sama ada perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri atau pun Deepavali.

Tahun Baru Cina
Bro KK yang comot...

Waktu berlalu pantas, kini Titi mewarisi perniagaan kedai cermin mata bapanya di Pontian, Johor. Saya merantau ke Kuala Lumpur dan bermastautin di Selangor. Walaupun masing-masing sudah berkeluarga dengah arah kehidupan berbeza, kenangan waktu kecil tersebut tetap dihargai bersama hingga hari ini. Keistimewaan kita sebagai masyarakat majmuk di Malaysia ini.

Masyarakat Cina Malaysia Di Perantauan


Sewaktu pengajian juga menjadi kenangan berharga yang sentiasa dikenang. Bangsa Cina mewakili majoriti pelajar Malaysia di kampus pengajian. Atas sokongan penuh saya diberi kepercayaan sebagai wakil pemuda The Malaysian Society, University of Wolverhampton di United Kingdom. Merupakan antara pengalaman yang mendewasakan diri ini.

Saya bersyukur dapat mengenali pelbagai resam budaya sosio-masyarakat antarabangsa, termasuk menyelami perspektif pemikiran dari rakan-rakan Cina senegara. Teknik belajar, displin, kendiri, falsafah hidup dan pengurusan masa juga memberi banyak manfaat agar mampu fokus dalam pengajian dan pendirian dalam cabaran kehidupan.

University of Wolverhampton

Kini masing-masing juga sudah mempunyai haluan kehidupan, keluarga serta komitmen yang berbeza. Sungguhpun begitu, jalinan persahabatan masih terus utuh. Segala ilmu, keseronokan dan kemesraan yang terjalin sentiasa dihargai dan terabadi sebagai memori yang nostalgia. Thanks geng!!!

Bangsa Cina Dan Masyarakat Di Malaysia


Bangsa Cina membentuk sebahagian besar dalam acuan kehidupan masyarakat majmuk negara ini. Isteri saya, Puan Mem juga mewarisi darah keturunan Cina dari arwah ibu, susurgalur keturunan Pong. Namun, paksi susurgalur keturunan telah terputus sewaktu penjajahan Jepun di Malaya.

Sejarah mencoretkan bagaimana arwah ibu Puan Mem terpaksa diserahkan kepada keluarga Melayu agar terselamat dari kancah dendam kesumat Jepun-Cina yang berlanjutan ke Tanah Melayu. Kini semuanya sudah jauh berlalu, namun Perayaan Tahun Baru Cina sentiasa menjadi platform aspirasi bagi Puan Mem menjejaki susurgalur keturunan keluarga.

Ukhwah Tahun Baru Cina

Justeru, kesempatan ini saya sekeluarga mengucapkan selamat menyambut cuti perayaan Tahun Baru Cina kepada semua. Terima kasih buat sahabat Cina yang menghargai realiti persahabatan dalam kehidupan ini. Moga ukhwah antara agama, bangsa dan sosio-budaya di Malaysia terus utuh demi kebaikan kita dan generasi mendatang... aamiin.

COMMENTS

BLOGGER: 38
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Ekspresi Ukhwah Tahun Baru Cina
Ekspresi Ukhwah Tahun Baru Cina
Perayaan Tahun Baru Masyarakat Cina, Kalendar Qamari Cina, Silaturrahim persahabatan bangsa Cina di Malaysia,
https://3.bp.blogspot.com/-BAJ9fqm2f_Q/WIuTutS_a8I/AAAAAAAAOhc/3-rHu6M90YUyc-Wkjk-ioOTfSp8Vq0j9wCLcB/s640/ekspresi%2BCNY.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-BAJ9fqm2f_Q/WIuTutS_a8I/AAAAAAAAOhc/3-rHu6M90YUyc-Wkjk-ioOTfSp8Vq0j9wCLcB/s72-c/ekspresi%2BCNY.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/02/ekspresi-ukhwah-tahun-baru-cina.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/02/ekspresi-ukhwah-tahun-baru-cina.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy