Humanisme PBB Yang Bertuhankan Manusia

Humanisme, hak asasi, hak kemanusiaan, perjuangan Liberalisme dan Pluralisme acuan PBB.

Humanisme PBB Yang Bertuhankan Manusia - Saya tertarik dengan isu Humanisme yang diperincikan dalam usul Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung agenda hak asasi kemanusiaan sejagat. Ia juga terkandung berkaitan isu Comango yang hebat diperdebatkan tidak lama dahulu. Sesungguhnya isu ini belum selesai malah tidak akan pernah selesai kerana ia adalah perjuangan dalam menegakkan hak asasi kemanusiaan demi kebaikan insan. Namun, ingin saya mengutarakan pandangan tentang perjuangan humanisme acuan PBB ini lahir hanya berteraskan logik akal manusia semata-mata.

Humanisme PBB

Apa Itu Humanisme


Setiap manusia mempunyai hak dalam kehidupan di dunia ini. Humanisme pada asasnya adalah penerapan konsep hak asasi seorang manusia yang perlu dihormati oleh manusia lain. Ia tidak disangkal demi kebaikan kehidupan manusia tanpa mengira latar belakang agama, bangsa, budaya, politik, jantina dan sebagainya. Kita perlu membantu dan menyokong antara satu sama lain berteraskan konsep kemanusiaan demi kebaikan bersama. Ia sememangnya satu etika yang mulia dalam kehidupan dan ketamadunan manusia.

Sungguh pun begitu, harus kita sedari disebalik konsep asas humanisme PBB itu terdapat lanjutan perkara yang menyentuh sensitiviti kepercayaan antara agama, bangsa termasuk budaya Barat dan Ketimuran. Lebih meruncingkan apabila terdapat tuntutan meliberalkan agama… antara tuntutan Islam dengan pandangan agama lain, termasuk menolak fahaman seluruh ahli agama dengan mengambilkira pandangan dari golongan tidak mempercayai agama, ‘free thinker’ termasuk pengikut fahaman ‘Scientology’.

Humanisme yang sedang diperjuangkan PBB melalui pengaruh intelek dan kuasa besar melahirkan perkataan liberalisme yang berteraskan logik akal manusia semata-mata. Ia secara langsung menjadi ancaman bukan sahaja kepada agama Islam tetapi juga menggugat kepercayaan dan pegangan penganut agama-agama lain. Maka akan wujud generasi akan datang yang bertuhan kepada hukum Humanisme ini sebagai teras kehidupan menggantikan hukum berpandukan agama.  

Humanisme PBB Membentuk Liberalisme Dan Pularisme


Liberalisme sebenarnya adalah akar tunjang kepada pemikiran yang diperjuangkan dalam memartabatkan Humanisme. Pemikiran yang berteraskan intelek manusia demi membentuk satu jalinan keakraban kehidupan bermasyarakat di dunia ini. Liberalisme menyokong hak kesamarataan dalam beragama yang hanya sekadar menjadi kepercayaan anutan manusia semata-mata. Agama tiada terkait dengan pengaruh cara hidup, perundangan serta pentadbiran manusia dunia moden idaman PBB.

Pemikiran liberalisme menerapkan kepercayaan bahawa setiap agama itu benar. Liberalisme ini akan melahirkan masyarakat yang berkiblat fahaman Pluralisme iaitu semua agama adalah betul dan pastinya diterima tuhan. Cuma cara setiap agama sahaja yang berbeza antara satu dengan yang lain. Penghujungnya, tiada satu pun agama yang tidak benar. Agama hanya seperti mendengar muzik… memilih rentak yang disukai sekadar untuk mendapatkan inspirasi serta ketenangan hidup.  

Humanisme yang bertuhankan manusia
Liberalisme hanya bertuhankan manusia

Maka dengan utuhnya fahaman liberalisme dan pluralisme ini akan dapat menanam kerangka sosial humanisme yang dapat digunapakai sebagai satu panduan hidup untuk seluruh generasi manusia kelak. Itulah intipati Hak Asasi Kemanusiaan yang sedang hebat diperjuangkan PBB sekarang ini.

Kerangka Sosial Humanisme PBB Sebagai Pegangan Hidup


Inilah akar kepada pemikiran humanisme yang segalanya perlu berfikiran terbuka. Apa jua agama yang ingin dianuti adalah bersifat terbuka serta terpulang kepada selera individu itu. Menerima, menafikan, mengamalkan atau mengabaikan agama semuanya tiada beza dan tiada bersalahan dengannya. Apa yang penting sesuatu perbuatan itu tidak mengganggu hak asasi manusia lain.

Humanisme acuan PBB secara tidak sedar akan menjadi seperti satu agama baru. Tidak kira samaada seseorang itu Islam, Kristian, Hindu, Buddha, Taoisme atau apa jua agama pun asalkan pemikiran mereka mestilah berteraskan humanisme berkerangkakan liberalisme dan mengiktiraf pluralisme. Agama Humanisme PBB bertuhankan manusia yang sudah mula merebak hari ini. Terlalu mengagungkan hak-hak asasi manusia tetapi membelakangkan hukum ketuhanan atas nama ‘Human Rights’… Anda fahamilah dan kajilah sendiri…

"Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanya menuruti hawa nafsu mereka dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menuruti hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya)" - Surah Al-Qasas : Ayat 50

COMMENTS

BLOGGER: 30
Loading...
Name

Bisnes,46,Blogging,132,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,20,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,35,Informasi,111,Intervensi,27,INTI,39,Komuniti,42,Lazada,3,Lifestyle,150,MDEC,4,Motivasi,125,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,58,Perawatan Islam,13,Portfolio,50,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,109,Sunway,13,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Humanisme PBB Yang Bertuhankan Manusia
Humanisme PBB Yang Bertuhankan Manusia
Humanisme, hak asasi, hak kemanusiaan, perjuangan Liberalisme dan Pluralisme acuan PBB.
https://1.bp.blogspot.com/-ZFQPyUqbivI/VOFnyng_pGI/AAAAAAAAJHs/uwKLXuXJu6U/s1600/image_gallery%2B(1).jpg
https://1.bp.blogspot.com/-ZFQPyUqbivI/VOFnyng_pGI/AAAAAAAAJHs/uwKLXuXJu6U/s72-c/image_gallery%2B(1).jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/02/humanisme-pbb-yang-bertuhankan-manusia.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/02/humanisme-pbb-yang-bertuhankan-manusia.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy