Kasut Sukan Sebagai Motivasi Anak

Kasut sukan, Kasut sukan pilihan, Jenama kasut sukan, Kasut sukan anak-anak, Kasut sukan sebagai motivasi buat anak, Zalora, Jenama kasut sukan Nike, Kekeluargaan

Kasut Sukan Sebagai Motivasi Anak - Artikel santai hari Rabu. Sesekali teringin juga menerbitkan artikel ‘Wordless Wednesday’ setelah lama tak buat. Cuma terasa sayang bila entri yang diterbitkan hanya mengandungi gambar tanpa kata-kata. Tak puas rasanya jari-jemari bila tak berpeluang menari di keyboard warrior. Sekadar berkongsi coretan tentang kasut sukan dalam segmen kekeluargaan yang sempat diabadikan sewaktu cuti perayaan Tahun Baru Cina tempohari. Kira shopping kambinglah ni huhu…

Kasut sukan buat anak
Puan Mem jadi penasihat terbaik.. :)

Kasut Sukan Sebagai Motivasi

Tahun ini anak sulung kami akan menghadapi peperiksaan PT3. Macam tak kena je persediaan PT3 dengan kasut kan… Disebabkan kasut sukan yang ada telah lunyai, puan Mem mencadangkan mengganti kasut anak sulung kami dengan yang baru. Banyak promosi dengan harga yang menarik. Justeru, eloklah juga dibelikan kasut sukan baru. Lagipun kak Long aktif dalam aktiviti merentas desa dan bola keranjang di sekolah. Biarlah kak long selesa beriadah setiap petang... menjadi inspirasi juga buat kak Long untuk lebih bersemangat belajar sebagai persediaan menduduki PT3 nanti. Asyik cerita bahan belajar je nanti stress pulak.

Sewaktu meninjau-ninjau pelbagai jenis kasut sukan, ada satu ‘running shoe’ wanita yang menarik perhatian. Maklumlah... saya ada 3 orang anak perempuan. Sebagai bapa kita perasan citarasa anak perempuan pastilah tak sama dengan anak lelaki. Kasut ini memang saya suka... nampak sempoi, sweet gegurl gitu hehee…

Nike pilihan

Jenama kasut sukan Nike memang pilihan sejak dari sekolah. Suka dengan ‘design’… selesa. Logo pun sempoi dan kalau iklan selalunya ikon yang hebat dengan imej yang sentiasa bertenaga. Kalau nak membeli secara online pun boleh survey produk-produk Nike terkini melalui iklan banner di bawah. So… macam biasalah… ingat Nike, ingat Khir Khalid.. :D

Nike Zalora

Kasut Sukan Pilihan Kak Long

Setelah meninjau pelbagai jenis dan jenama kasut sukan… Kak long tetap berkenan dengan yang satu sahaja. Citarasa anak baik lelaki mahupun perempuan selalu tidak sama dengan saya. Kalau membeli sesuatu barangan pasti keputusannya lain-lain.. suka hatilah… yang pakai pun dia. Janji sesuai dengan kehendak hati…

Memilih kasut sukan anak
Puan Mem pun ngetest jugak.. nak kena belikan kasut sukan baru juga nanti.. :)
Kasut sukan anak
Kasut jenama Reebok pilihan kak Long

Tahun ini kesemua anak-anak sudah memasuki alam persekolahan. Perbelanjaan anak-anak bila 2 orang bersekolah menengah dan 2 lagi sekolah rendah pastinya berbeza dari waktu sebelumnya. Permintaan pun dah macam-macam. Belum masuk bab keperluan lain apatah lagi perihal trend semasa, gadget terutama yang bersekolah menengah tu. Sebagai ibu dan bapa, kalau tiada persediaan, perancangan serta kesepakatan dalam rumahtangga memang susah juga kan…

Kasut sukan
Akak dapat kasut.. abang nak beli bola basketball.. saya nak raket 2 dgn adik... :)

Apa pun, coretan kasut sukan sebagai motivasi anak ini saya kongsikan sekadar luahan yang diabadikan sebagai perkongsian maya. Ada kesempatan lain saya kongsikan hal-hal lain tentang kekeluargaan seperti kos persekolahan, perbelanjaan untuk asrama, aspirasi dan pengaruh anak-anak termasuk gadget-gadget berbaloi dan sebagainya berdasarkan pengalaman sebagai bapa. Boleh juga dijadikan sebagai informasi 'parenting'  kepada pembaca berkaitan segmen keluarga, anak-anak dan gaya hidup.

Mudah-mudahan bermanfaat buat tatapan pembaca sekelian, in shaa Allah.


COMMENTS

BLOGGER: 46
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,23,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,113,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,14,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Kasut Sukan Sebagai Motivasi Anak
Kasut Sukan Sebagai Motivasi Anak
Kasut sukan, Kasut sukan pilihan, Jenama kasut sukan, Kasut sukan anak-anak, Kasut sukan sebagai motivasi buat anak, Zalora, Jenama kasut sukan Nike, Kekeluargaan
http://4.bp.blogspot.com/-cYZ3m6CB8-U/VO0wC_4RPmI/AAAAAAAAJMc/EPxiOWt3Js4/s1600/11002491_1010307052317252_8834958135034824084_n.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-cYZ3m6CB8-U/VO0wC_4RPmI/AAAAAAAAJMc/EPxiOWt3Js4/s72-c/11002491_1010307052317252_8834958135034824084_n.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/02/kasut-sukan-sebagai-motivasi-anak.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/02/kasut-sukan-sebagai-motivasi-anak.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy