Kisah Pemuda HIV Positif AIDS

HIV Positif, kisah pemuda HIV, AIDS, Gaya hidup sosial, Pemuda HIV Positif, Nafsu mengundang HIV Positif dan AIDS, Kisah HIV Positif, kisah pemuda AIDS

Kisah Pemuda HIV Positif AIDS - Tiada siapa tahu ketentuan yang telah ditetapkan untuk kita. Tiada siapa mahu kehidupan ini berakhir dengan derita apatah lagi menerima berita dihidapi HIV positif mahupun AIDS.

Inilah bingkisan hidup yang diceritakan oleh seorang insan kepada saya dalam pertemuan di Surau Dalam Institusi Pemulihan Dadah, Penjara Jelebu sekitar 2010. Walaupun sudah hampir 5 tahun berlalu sewaktu artikel ini ditulis, pertemuan singkat itu amat terkesan buat KK sehingga hari ini. 

HIV Positif, AIDS

Kisah Benar Pemuda HIV Positif


Rahmat (bukan nama sebenar) merupakan seorang pemuda berusia 25 tahun yang menjalani hukuman penjara disebabkan penyalahgunaan dadah. Namun apa yang lebih mendalam adalah kisah yang sanggup dikongsikan sebagai peringatan agar sesiapa jua tidak mengikuti jejak langkahnya. Akibat kesilapan memilih gaya hidup sosial beliau dihidapi HIV positif.

Segalanya bermula selepas tamat SPM. Rahmat tidak lagi berhasrat untuk belajar dan bekerja di sebuah kilang sebagai pembantu setor. Bermula di situ, beliau mengenali beberapa rakan sekerja yang mengajaknya untuk tinggal di rumah bujang bersama. Namun alangkah terkejutnya Rahmat setibanya di rumah tersebut kerana mendapati ada beberapa perempuan remaja tinggal bersama.

Pelik tapi benar.. itulah kenyataannya. Setiap hari Rahmat melihat rakan-rakan serumah mereka tidur bertukar-tukar pasangan. Akibat penangan nafsu, Rahmat juga mula hanyut dengan hidangan dunia yang baru dikenali ini. Semenjak itu beliau mula mengorak langkah berbekalkan ‘tips rabak’ bersama rakan-rakan serumah memburu ‘bohsia’ yang berkeinginan untuk dijadikan teman seks.

Angkara Nafsu Mengundang HIV Positif Dan AIDS


Lebih 5 tahun kehidupannya berlarutan seperti itu. Tujuan kerja dan kehidupan hanyalah untuk keseronokan semata-mata. Sehinggalah satu masa Rahmat berkenalan dengan sekumpulan wanita yang sedang bersadai di luar salah satu pusat membeli belah. Ibarat seorang yang profesional mengenali karakter wanita bersesuaian… dengan mudah mengajak mereka pulang ke rumah.

Perkenalan Rahmat dan rakan serumah dengan kumpulan wanita ini pasti diingati selamanya kerana ia membawa lagi kepada pengalaman baru. Wanita-wanita tersebut mencadangkan penggunaan dadah jenis ganja dan ice agar lebih ‘happening’ dan ‘tahan lama’ katanya… Berhibur dan terus berhibur, ketaksuban hedonisme hingga dunia pun entah ke mana…

Gaya hidup sosial bebas yang mengundang AIDS

Hinggalah selepas dua minggu, rumah mereka telah diserbu polis. Asal serbuan bukanlah disebabkan dadah mahupun seks bebas. Tetapi disebabkan beberapa kes sindiket curi motorsikal yang telah dilakukan oleh salah seorang rakan serumah tanpa pengetahuan yang lain. 

Ibarat jatuh ditimpa tangga, serbuan tersebut telah menemukan barang larangan dadah serta membunuh kehangatan pesta seks yang sedang berlangsung dengan ghairahnya…

Rahmat bersama-sama semua yang ada di rumah tersebut dibawa ke balai polis kerana secara tidak langsung terkait dengan pelbagai kesalahan yang ada. Ketika dalam lokap, pemeriksaan air kencing dan darah telah dilakukan hinggalah beberapa hari selepas itu Rahmat telah dipanggil oleh pegawai bertugas dan diberitahu bahawa beliau adalah HIV positif.

Bencana HIV Positif Membawa Penyesalan Diri


Astagfirullah… sesalnya jiwa Rahmat ketika itu namun segalanya sudah terlambat. Hanya penyesalan kepada Illahi jua dipanjatkan sehingga kini. 

Bersadarkan penghakiman mahkamah, Rahmat didapati bersalah atas kesalahan memiliki dan menyalahgunakan dadah serta dipenjarakan selama 6 tahun. Beliau tinggal berasingan bersama-sama penghuni HIV / AIDS lain dengan penuh penyesalan. Punca dari siapa HIV Positif itu tidak beliau ketahui… apa yang pasti bukanlah disebabkan dadah tetapi disebabkan gaya hidup sosial dan nafsu seks bebas yang telah berlanjutan sekian lama.

Penyesalan HIV Positif dan AIDS

Itulah sketsa kehidupan… Kalau baru-baru ini kita telah diberitakan kembali tentang kisah Sufiah Yusuf… bagi saya banyak lagi kisah yang jauh lebih teruk dari itu pernah saya tahu berlaku dalam masyarakat kita sendiri. Pesan Rahmat masih diingati. “Mengikut hawa nafsu memang tak ke mana… bila dah kena baru tau apa tu kesal...” Kisah hitam sepertimana yang diceritakan kepada saya ini tidak mampu untuk Rahmat ceritakan kepada ibu bapanya sendiri sampai bila-bila pun.

Bersama kita mendoakan agar diberi ketabahan kepada pemuda ini dalam mengharungi kehidupan sebagai pengidap HIV Positif. Semoga Allah jua mengampunkan segala dosa-dosanya… aamiin.


Kisah pemuda HIV Positif AIDS ini amat terkesan dalam diri ini, lantas saya panjangkan dengan izinNya sesuai dengan tujuan asas wujudnya blog ini sebagai iktibar peringatan bersama. Tidak dapat dibayangkan bagaimana reaksi sendiri jika menempuh kehidupan sosial seperti itu ketika usia baru menempuh alam remaja. Semoga kita dan kesemua insan yang kita sayang dan cintai sentiasa dijauhkan dari noda kehidupan seperti ini…


Penghargaan :
Ustaz Sjn Aziman
Unit Halaqah, Surau Dalam,
Institusi Pemulihan Dadah Jelebu
Jabatan Penjara Malaysia

Gambar hiasan : Google

COMMENTS

BLOGGER: 41
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Kisah Pemuda HIV Positif AIDS
Kisah Pemuda HIV Positif AIDS
HIV Positif, kisah pemuda HIV, AIDS, Gaya hidup sosial, Pemuda HIV Positif, Nafsu mengundang HIV Positif dan AIDS, Kisah HIV Positif, kisah pemuda AIDS
https://2.bp.blogspot.com/-Kmkm1PvFNAU/VOqsLndrrkI/AAAAAAAAJMI/GPc0tUyRZRE/s1600/20150110_100317_hiv.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-Kmkm1PvFNAU/VOqsLndrrkI/AAAAAAAAJMI/GPc0tUyRZRE/s72-c/20150110_100317_hiv.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/02/kisah-pemuda-hiv-positif-aids.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/02/kisah-pemuda-hiv-positif-aids.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy