Merotan Anak Sebagai Satu Jenayah

Merotan satu jenayah, Merotan anak, Rotan, Merotan adalah jenayah

Merotan Anak Sebagai Satu JenayahIsu rotan sebagai satu jenayah hebat diperkatakan baru-baru ini apabila kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengenai akta baharu yang akan menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001. Menurut beliau, kerajaan tiada pilihan kerana Malaysia adalah antara negara yang sudah menandatangani perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC).

Merotan anak satu jenayah

Agak terlambat artikel ini ditulis, namun ingin saya menyuarakan pandangan dari perspektif sendiri tentang isu merotan dan perkara yang terkait dengan jenayah berkenaannya. Sebelum itu, saya ingin kongsikan kisah benar berkenaan hukuman rotan untuk renungan bersama.

Hukuman Rotan Sebagai Peringatan Kesedaran

Ada satu kisah yang pernah terjadi di sebuah sekolah. Seorang murid nakal telah menconteng sekeping gambar keluarga seorang murid lain yang telah dibawa ke sekolah. Murid nakal itu telah menconteng gambar ibu bapa rakan pelajar junior atas niat membuli.

Gambar bapa murid junior itu telah diconteng misai lentik dengan menggunakan pen. Lebih menyedihkan gambar muka ibunya telah diconteng dengan perkataan ‘lan**u’ dan ‘f**k’. Maka telah berlaku pergaduhan sehingga perkara tersebut sampai ke pengetahuan guru sekolah.

Setelah mengetahui kedudukan sebenar, guru disiplin telah mengenakan hukuman 3 kali rotan terhadap pelajar nakal itu. Hukuman diputuskan bukan semata-mata disebabkan kes yang berlaku tetapi berdasarkan rekod kenakalannya. Tidak cukup dengan itu, ibu bapa pelajar nakal itu turut merotan anaknya apabila mengetahui perkara yang terjadi kerana dikira melampau dan memalukan. Perbuatan pelajar nakal itu sungguh tidak disangka oleh ibu bapanya kerana beliau dianggap sebagai 'pijak semut pun tak mati' bila bersama keluarganya. 

Justeru, tindakan ibu bapa merotan itu merupakan solusi terakhir untuk menjadi peringatan agar anaknya sedar atas perbuatan nakalnya selama ini. Adakan tindakan guru atau ibu bapa tersebut dianggap jenayah?

Hukuman Rotan Sebagai Pengajaran Dan Teladan Insan

Cuba kita lihat dari perspektif hukuman negara kita yang ada terkandung didalamnya hukuman rotan bagi kesalahan-kesalahan tertentu yang dianggap berat antaranya merogol, memiliki senjata termasuk mengedar dadah. Tujuan asas adalah untuk mendidik, memberi pengajaran serta peringatan termasuk mencegah jenayah tersebut berleluasa. Walaupun ia telah dilaksanakan bertahun-tahun namun masih ada yang ‘tak makan saman’ dan ‘tak ambil peringatan’, sanggup melakukan kesalahan yang terkait dengan hukuman rotan tersebut.


Melalui carian Youtube, saya kongsikan di atas hukuman sebat yang dilaksanakan Jabatan Penjara Malaysia. Sungguhpun terdapat maklumat mengatakan bahawa aksi sebegini tidak dipertontonkan di khalayak ramai, namun selagi ia wujud di google anda masih berpeluang menontonnya. Bagi sesiapa yang tidak pernah mengetahui tentangnya, anda boleh merujuk pelbagai video berkenaannya di Youtube untuk iktibar dan peringatan.

Merotan Anak Sebagai Satu Jenayah

Bagi saya merotan dalam masyarakat kita kebanyakkannya adalah bertujuan mendidik dan bukannya mendera. Justeru merotan bukanlah satu kesalahan yang boleh disamatarafkan dengan jenayah dan sepatutnya kita fahamkan dalam konteks hak kemanusiaan seperti hak kita dalam kebebasan bersuara. Kecualilah jika ia satu penderaan. Sesungguhnya penderaan itu bukan sahaja disebabkan rotan mahupun sebatan, tetapi datang dengan pelbagai cara dan perlakuan.

Adalah diharapkan agar isu ini diperhalusi sebelum ia menjadi satu undang-undang kelak. Mengikut telunjuk agenda Barat melalui perjanjian Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) secara ikut-ikutan pasti membawa padah dalam pembangunan jangka panjang pembentukan akhlak dan budaya negara. Kita sepatutnya mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku di Sweden untuk tidak mengikuti fahaman sempit modernisasi jahiliah mereka. Apa yang pasti, modernisasi Barat tentang hak kemanusiaan banyak yang dilihat bertentangan dengan budaya Timur yang tidak semestinya kita ikut sepenuhnya.

Merotan anak berlandaskan Islam

Merotan, Jenayah Dan Masyarakat Sejahtera

Bagaimana kita mampu mengimpikan sebuah masyarakat yang sejahtera jika isu merotan ini pun dijadikan sesuatu bebanan. Merotan, memukul anak dan mendera sangatlah berbeza. Tambahan lagi… dalam kehebatan modernisasi dan hak asasi Barat itu penuh dengan kegiatan mungkar seperti kegiatan pelacuran berlesen ‘red light district’ atau Soho Street seperti di London. Itu juga terkandung dalam hasil didikan Barat memperjuangkan hak kemanusiaan acuan mereka. Sila baca artikel KK terdahulu >>> Hak Allah, Hak Kemanusiaan Dan Hak Syaitan

Anda turunlah ke dasar kota-kota besar dan tinjaulah sendiri… bukan sebagai penguatkuasa mahupun seorang yang berpangkat tetapi sebagai rakyat biasa yang tidak dikenali. Lihatlah bagaimana ‘red light district’ tidak rasmi yang sudah ada dinegara kita. Ditambah dengan tekanan hak LGBT, perkahwinan sama jantina dan yang setaraf dengannya, sememangnya tidak mustahil kita juga boleh terarah membenarkan semua nanti… Mungkin bukan sekarang… tapi pastinya akan ke arah itu jika ‘tiada pilihan’ menjadi faktor menyuburkannya…

Merotan anak-anak besar kepala

Kaitannya dengan merotan… Sedangkan dengan didikan merotan yang ada pun masih ramai masyarakat kita yang terjerumus ke lembah dosa, apatah lagi jika ia menjadi satu jenayah… Makin besar kepala lah anak-anak yang tak makan saman nanti… Boleh ke masyarakat kita nak ‘handle’ mendidik anak bangsa dan membangun dengan acuan hak asasi Barat itu. Indah luaran tetapi busuk rohaninya.

Mudah-mudahan perkara merotan anak sebagai satu jenayah ini dapat diperhalusi dengan sebaik-baiknya berdasarkan rasional agama dan pendirian budaya masyarakat Timur.  wassalam.   


COMMENTS

BLOGGER: 43
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Merotan Anak Sebagai Satu Jenayah
Merotan Anak Sebagai Satu Jenayah
Merotan satu jenayah, Merotan anak, Rotan, Merotan adalah jenayah
http://1.bp.blogspot.com/-VSeDCUk0AXw/VNAzq0Tgv6I/AAAAAAAAJFA/5fRvcxu2X7E/s1600/Rotan%2Banak.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-VSeDCUk0AXw/VNAzq0Tgv6I/AAAAAAAAJFA/5fRvcxu2X7E/s72-c/Rotan%2Banak.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/02/merotan-anak-sebagai-satu-jenayah.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/02/merotan-anak-sebagai-satu-jenayah.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy