Ranking Alexa Dan Sokongan Kerjaya

Alexa, Ranking Alexa, Blog sebagai sokongan kerjaya, keusahawanan melalui blog, blogger, inspirasi berblog

Ranking Alexa menjadi pengukur kekuatan atau populariti blog yang sememangnya tidak asing dikalangan blogger-blogger tegar di seluruh dunia. Sama ada blogger yang mengisi minat menulis secara suka-suka atau berblogging untuk meraih sumber pendapatan sampingan, hinggalah blogger yang menjadikan blog sebagai sumber pendapatan utama... Laman web Alexa pasti akan dijengah.

Ranking Alexa KhirKhalid.com


Pada permulaan tahun 2015 mendapati ranking blog ini semakin membesar. Petanda yang kurang memuaskan bagi sesebuah blog apabila angka Alexa melonjak naik. Ia juga didapati berlaku kepada kebanyakkan blog tanpa mengetahui asbab sebenar. Namun, setelah menjejaki bulan kedua tahun ini, ranking Alexa KhirKhalid.com telah menampakkan pengecilan yang positif. Walaupun belum mencapai angka memuaskan seperti di ranking tahun sebelumnya yang sedikit lebih baik, saya bersyukur… Alhamdulillah.

Alexa Khir Khalid
Ranking Alexa Khirkhalid.com [20/2/2015]

Sungguh pun mengejar ranking Alexa ini bukanlah matlamat utama tujuan saya berblogging, tetapi ia sedikit sebanyak boleh dijadikan sebagai dorongan. Apa yang lebih penting adalah menulis untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman untuk kebaikan. Paling tidak, penulisan yang ada dapat dijadikan arkib untuk tatapan diri dan perkongsian kenalan, sahabat, saudara serta ahli keluarga terutama anak-anak sebagai motivasi sosial kehidupan.

Atas faktor tersebut pastinya saya bersyukur kerana kebolehan blog melebihi dari sekadar itu. Melalui serba sedikit ilmu yang dipraktikkan, perkongsian yang ada sekurang-kurangnya dapat juga dicapai oleh golongan sasar dan subur dalam carian maya. Tidak kurang dari itu… blog juga terbukti amat membantu sebagai wadah dalam menyokong matlamat untuk dijadikan satu kerjaya yang bermanfaat berdasarkan niat serta perancangan yang betul, sabar dan berterusan.

Blog Sebagai Sumber Sokongan Kerjaya


Ingin saya kongsikan hasrat menjadikan blog sebagai sumber sokongan kerjaya sepanjang berblogging secara suka-suka bermula tahun 2011. Penubuhan URL asal Khirkarya.blogspot.com mula aktif sekitar 2012 dan beralih ke domain berbayar (Khirkhalid.com) sekitar 2013. Mungkin apa yang dikongsikan ini agak longgar untuk dijadikan sebagai nasihat memandangkan saya masih dikira baru dalam dunia berblogging jika dibandingkan dengan blogger-blogger senior.

Apa pun, segalanya adalah berdasarkan niat… Disamping berkongsi ekspresi hati, blog juga boleh dijadikan sebagai nukilan 'portfolio' untuk merialisasikan hasrat kerjaya. Blog membantu saya mengukuhkan ruang dalam segmen pembangunan keusahawanan sosial (Social Entrepreneurship) di Malaysia ini. Menulis untuk manfaat insan.

Hasrul Hassan, Khir Khalid, Blogger Malaysia

Menyahut Seruan Hati Dari Inspirasi Berblogging


Setelah lebih sedekad menyelami pelbagai perspektif kehidupan melalui aktiviti keusahawanan sosial, akhirnya dapat diterjemahkan melalui perkongsian di blog ini. Inspirasi tersebut meyakinkan saya untuk lebih serius dengan mendaftar entiti perniagaan bernama Khir Khalid Resources. Sebuah perniagaan kecil perundingan motivasi kesedaran sosial dengan program tanda nama terpelihara Positive Unity For Life, termasuk menyokong segmen berblogging dalam niche kesedaran sosial dan gaya hidup.

Blog ini saya jadikan sebagai laman web dan lidah rasmi yang membantu mengukuhkan hubungan sedia ada disamping meluaskan lagi prospek motivasi sosial yang dirancang kepada golongan sasar. Ia saya lakukan selepas mengambil keputusan untuk menolak secara baik tawaran berblogging yang pernah diceritakan sebelum ini dengan mengambilkira komitmen urusan sedia ada yang lain. Blog sebagai inspirasi menyahut seruan hati dalam membina platform kerjaya yang lebih utuh melalui cara tersendiri, in shaa Allah...

Khir Khalid Resources

Ranking Alexa Dan Sokongan Kerjaya


Kemungkinan untuk beberapa minggu akan datang, saya agak kurang berblogging untuk sementara waktu. Beberapa urusan penambahbaikan kertas kerja dengan beberapa pihak dalam merangka matlamat keusahawanan sosial perlu dipersiapkan. Ia juga terkait dengan impian dan hasrat jangka panjang berblogging. Apa pun akan terus berblogwalking sebagai sokongan silaturrahim maya dalam kesempatan yang termampu.

Bersama kita sebarkan ilmu disamping belajar dan terus belajar... Semoga ukhwah yang terjalin akan terus berkekalan dengan keberkatan serta kejayaan bersama semua… aamiin. 

COMMENTS

BLOGGER: 50
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Ranking Alexa Dan Sokongan Kerjaya
Ranking Alexa Dan Sokongan Kerjaya
Alexa, Ranking Alexa, Blog sebagai sokongan kerjaya, keusahawanan melalui blog, blogger, inspirasi berblog
https://4.bp.blogspot.com/-zQtY4zThQ9k/VOehkz5uoII/AAAAAAAAJLE/qHkEVAWpIpA/s1600/Alexa%2BKhir%2BKhalid.png
https://4.bp.blogspot.com/-zQtY4zThQ9k/VOehkz5uoII/AAAAAAAAJLE/qHkEVAWpIpA/s72-c/Alexa%2BKhir%2BKhalid.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/02/ranking-alexa-dan-sokongan-kerjaya.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/02/ranking-alexa-dan-sokongan-kerjaya.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy