Sleeping Directorship : Pengarah Syarikat Hanya Pada Nama

Pengarah Syarikat, Sleeping Director, Sleeping partner, Jenayah perdagangan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Penjara, Akta bank dan institusi kewangan, Bank Negara Malaysia

Sleeping Directorship : Pengarah Syarikat Hanya Pada Nama – Artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman sebenar tentang pengarah syarikat hanya pada nama atau lebih dikenali dengan panggilan 'Sleeping partner' atau 'Sleeping director'. Ia sebenarnya mengambil masa yang lama untuk saya kongsikan setelah mengambilkira pelbagai faktor. Mudah-mudahan menjadi renungan buat kita semua tentang perkara yang kadangkala tidak disangka boleh terjadi dalam kehidupan ini.

Pengarah syarikat hanya pada nama

Kisah Pengarah Syarikat Hanya Pada Nama


“Aku ditahan dan didakwa dibawah Seksyen 25 (1), Akta Bank Dan Institusi Kewangan. Disabit kesalahan, aku dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun dan denda RM 1 juta. Manalah aku mampu membayar denda sebanyak itu. Akibatnya hukuman ditambah setahun lagi kerana gagal membayar denda…”

“Sungguhpun begitu… aku hanya menjalani hukuman selama 2 tahun setelah ditolak hari bekerja dan berkelakuan baik serta diberikan parol.”

Kisah hitam ku bermula setelah tamat pengajian dan bekerja di sebuah syarikat sesuai dengan kelulusan. Sebagai orang baru, aku seronok apabila diberi kepercayaan melakukan perkara yang diminati. Seluruh kudrat dicurahkan kepada kerja dan aku gembira apabila berpeluang dinaikkan pangkat dan usaha ku dihargai majikan.

Suatu hari, majikan menyuarakan hasrat untuk menggunakan namaku sebagai penama pengarah syarikat. Alasan yang diberikan, nama rakan kongsinya telah muflis. Majikan menyatakan bahawa dia hanya menggunakan nama ku sahaja tetapi aku masih melakukan tugas harian sebagai pengurus. Amat berbesar hati apabila diberi kepercayaan sebegitu oleh majikan. Lagi pun ia bukanlah sebarangan syarikat... modal berbayar jutaan ringgit, kemudahan pejabat yang serba lengkap dan canggih, terletak di tengah-tengah ibu kota dengan pelanggan yang tidak putus-putus setiap hari. Tanpa rasa sangsi dan percaya kepada majikan… aku bersetuju…

Agenda Majikan Membawa Mimpi Ngeri

Bagaimana pun kegembiraan dan penghargaan itu bertukar mimpi ngeri apabila syarikat disiasat atas kesalahan akta perlesenan pelaburan dan perbankan agenda majikan yang tidak aku sedari dari awal. Berdasarkan dokumen aku tersenarai sebagai pengarah syarikat dan disiasat manakala rakan kongsi majikan ku yang dikatakan muflis itu hanya dianggap sebagai pekerja di syarikat tersebut.

Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur

Selama tempoh itu, aku berhadapan dengan saat-saat sukar dan terpaksa menjawab soalan-soalan yang kadang kala tidak aku ketahui jawapannya. Aku ditahan reman dengan jaminan sebanyak RM500,000.00. Mujur pelanggan yang mengetahui kisah sebenar sanggup menjamin ku walaupun jumlahnya setengah juta ringgit. Aku amat berterima kasih dan sampai bila-bila pun aku tidak dapat membalas budi baiknya.

Hampir 10 tahun aku terpaksa turun naik mahkamah dengan penuh debaran dan beremosi. Setiap kali ke mahkamah, hati ini berkecamuk dan takut. Perasaan kesal dan marah kepada majikan bagai tidak dibendung. Tidak ku sangka dalam diam dia membunuh masa depan dan cita-cita ku. Aku terasa diri ini dipermainkan sedangkan aku bekerja dengan telus, jujur dan ikhlas.

Akhirnya majikan bersama rakan-rakan kongsinya yang lain semuanya didapati bersalah manakala aku telah dibebaskan. Alasan penghakiman walaupun secara bertulis aku sebagai pengarah, tetapi berdasarkan keterangan saksi dan bukti aku tidak mempunyai sebarang kuasa dalam syarikat.. hanya sekadar ‘sleeping partner’ atau ‘ sleeping director’.

Liabiliti Sebagai Seorang Pengarah Syarikat

Namun sebulan selepas itu, pihak pendakwa mengemukakan rayuan penghakiman ke mahkamah tinggi. Malangnya kali ini aku didapati bersalah kerana dalam perundangan tiada istilah pengarah hanya pada nama. Oleh itu sebagai pengarah syarikat, aku mesti bertanggungjawab atas apa yang berlaku keatas syarikat.

Aku tidak berpuas hati dengan keputusan penghakiman dan cuba membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan. Namun setelah lebih setahun menjalani hukuman penjara barulah aku dipanggil untuk dibicarakan semula. Disebabkan sudah lama berada di sini serta berpeluang mendapat pembebasan awal dibawah perintah parol, aku mula redha dengan apa yang berlaku dan tidak mahu mengambil risiko andai rayuan tersebut gagal.

Dipenjara kerana penama syarikat

Aku mahu segera menghabiskan hukuman dan ingin segera keluar untuk membina hidup baru bersama isteri dan anak-anak tercinta. Syukurlah isteri dan keluarga kedua-dua pihak sentiasa memberi kekuatan untuk aku menempuh hari-hari gelap ini.

Memang pahit menyandang gelaran banduan… jauh tersasar daripada apa yang aku impikan. Tidak tertahan rasanya bahu memikul. Sokongan dari pihak Jabatan Penjara Malaysia serta Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P.Kuala Lumpur juga amat membantu memberi galakan dan motivasi agar aku dapat memulakan hidup baru dengan pandangan yang positif.

Jangan Mudah Percayakan Orang Mahupun Majikan

Berdasarkan kisah diatas, ingin saya bertanyakan pandangan peribadi daripada pembaca yang sudi. Sekiranya anda mampu memberikan jalan sokongan sewajarnya kepada insan ini, adakah anda sudi membantunya? 

Adakah sesiapa dikalangan ahli keluarga atau kenalan anda yang pernah terlibat dalam isu penama Sleeping Directorship : Pengarah Syarikat Hanya Pada Nama yang hampir seperti ini dan apakah kesudahannya? Kalau ada mohon kongsikan demi kebaikan sesiapa jua yang membaca. Mudah-mudahan menjadi peringatan dan kesedaran buat kita semua, in shaa Allah.


Kredit suntingan daripada artikel kewartawanan
Penulis : Ade Irma Suryani Che’ Leh
Penghargaan : Bahagian Dasar Kepenjaraan, Jabatan Penjara Malaysia

COMMENTS

BLOGGER: 33
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Sleeping Directorship : Pengarah Syarikat Hanya Pada Nama
Sleeping Directorship : Pengarah Syarikat Hanya Pada Nama
Pengarah Syarikat, Sleeping Director, Sleeping partner, Jenayah perdagangan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Penjara, Akta bank dan institusi kewangan, Bank Negara Malaysia
http://4.bp.blogspot.com/-t24Q1wUhVXg/VNjAJrI1ygI/AAAAAAAAJGQ/e50BrXkNw7E/s1600/Singapore-resident-director-and-company-secretary.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-t24Q1wUhVXg/VNjAJrI1ygI/AAAAAAAAJGQ/e50BrXkNw7E/s72-c/Singapore-resident-director-and-company-secretary.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/02/sleeping-directorship-pengarah-syarikat.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/02/sleeping-directorship-pengarah-syarikat.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy