Berkunjung Ke Taman Botani Negara Shah Alam

Taman Botani Negara | Taman Pertanian Bukit Cerakah | Shah Alam | Selangor | Malaysia.

Taman Botani Negara

Kelapangan cuti sekolah yang lalu, saya sekeluarga berkesempatan berkunjung ke Taman Botani Negara Shah AlamTujuan asal kami ke Shah Alam sebenarnya disebabkan hajat ibu yang ingin ke rumah makcik. Tapi sebelum ke sana, kami mengambil keputusan untuk singgah jalan-jalan ke sini. Ia juga dikenali dengan nama Taman Pertanian Bukit Cerakah dan kebetulan berada tidak jauh dari lokasi yang hendak kami tuju.

Taman Botani Negara Shah Alam


Kami tiba sekitar jam 12 tengah hari dan terlebih dahulu bercadang singgah makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan. Hasrat kami tidak mengecewakan kerana terdapat sebuah kedai makan di pintu masuk Taman Botani Negara ini.

Secara jujur, juadah yang dihidangkan memang tidak mengecewakan… marvelous!!.. sedap, simple dan harga pun berpatutan. Belum berjalan lagi tapi semua dah kenyang haha.

Taman Botani Negara

Terdapat beberapa lokasi menarik yang boleh dilawati antaranya ialah Taman Haiwan, Taman Hiasan, Rumah Iklim Sederhana 4 Musim, Taman Rempah Ratus, Taman Kaktus, Taman Buah-Buahan Tropika, Taman Padi dan Taman Konservasi Herba.

Sayangnya, Rumah Iklim Sederhana 4 Musim ditutup kerana ia sedang dalam proses pencairan iklim untuk persediaan musim bunga dan akan dibuka semula penghujung bulan nanti. Memandangkan waktu yang terhad kami hanya bersiar-siar ke lokasi Taman Haiwan sahaja.

Untuk ke setiap lokasi di Taman Botani Negara ini ada disediakan bas. Pengunjung boleh memilih sama ada berjalan kaki, menaiki bas atau menyewa basikal yang ada disediakan. Bagi kes kami ni, bas adalah pilihan yang sesuai... lagi pun bawa mak kan.. takkan nak naik basikal pulak.

Taman Botani Negara

Taman Haiwan Di Taman Botani Negara Shah Alam


Haiwan-haiwan yang terdapat di Taman Haiwan ini tidaklah banyak jika dibandingkan dengan apa yang terdapat di zoo. Namun bagi anak-anak ia sesuatu yang menarik bila dapat melihat rusa dan kuda yang banyak di sini secara dekat. Selain itu, seronok juga melihat haiwan spesis reptilia yang ada.. nampak 'brutal' je walaupun kecil.

Taman Haiwan, Taman Botani Negara
Jalan masuk ke Taman Haiwan Taman Botani Negara
Taman Haiwan, Taman Botani Negara
Papan tanda berhampiran pintu masuk Taman Haiwan
Taman Haiwan, Taman Botani Negara
Layan Burung kakak tua
Burung kakak Tua
Burung kakak Tua, hinggap di jendela... nenek sudah tua, giginya tinggal dua.. :D
Taman Haiwan, Taman Botani Negara
Apa tengok-tengok!!
Taman Haiwan, Taman Botani Negara
Landak yang malas dan pemalu
Taman Haiwan, Taman Botani Negara
Labi-labi... bukan Labu dan Labi.. :D

Meneruskan perjalanan ke kandang kuda... Ibu saya tak larat nak berjalan jauh. Beliau hanya duduk di tempat duduk yang disediakan. Sempat juga berbual dengan orang lain yang turut membawa ibunya. Sama juga duduk membiarkan anak bersama cucu-cucunya mengenal alam.

Taman Botani Negara
Ibu dapat kawan baru dari Klang.. :)

Sepanjang di Taman Haiwan, apa yang saya perhatikan banyak haiwan yang seperti kelaparan dan tidak bertenaga… kesian pula tengok. Paling sedih bila tengok rusa-rusa kelaparan.

Sesiapa jua yang hadir pasti mendapati tiada satu daun pokok yang berguguran terdapat di dalam kandang. Semuanya habis dimakan oleh rusa-rusa tersebut. Memandangkan keadaan seperti itu, ramai pelawat mencampakkan daun-daun pokok gugur yang bertebaran ke dalam kandang. Rusa-rusa tu pun datang dan makan setiap daun yang ada seperti makan keropok.. krup.. krup…

Taman Rusa, Taman Botani Negara
Taman Rusa di Taman Haiwan
Rusa Taman Haiwan, Taman Botani Negara
Antara pengunjung yang memberi daun-daun kepada rusa
Rusa Taman Haiwan, Taman Botani Negara
Hello...
Rusa Taman Haiwan, Taman Botani Negara
Nyum-nyum...

Meneruskan perjalanan ke kandang kuda... seronok pula tengok kuda-kuda yang comel. Kuda padi barangkali. Saya pun tak berapa tahu tentang kuda. 

Namun apa yang menarik perhatian ialah gelagat seekor kuda yang seolah-olah merajuk. Tak taulah kenapa dia macam tu.. terdapat nama 'Shela' di kandangnya. Mungkin nama kuda tersebut...

Kuda merajuk, Taman Botani Negara
Shela yang merajuk huhu..
Kuda Taman Haiwan, Taman Botani Negara
Kuda yang ni sempoi.. rambut retro..

Setelah penat berjalan dalam bahang tengah hari kami pun mengambil keputusan untuk beredar. Sewaktu menunggu bas untuk turun pulang ke pintu masuk utama, kedengaran juga beberapa keluhan dari pengunjung yang sedikit kecewa dengan apa yang terdapat di sini.

Mujurlah kami hanya berhasrat untuk singgah dan tidak meletakkan harapan yang tinggi. Biasalah.. harga masuk dewasa adalah RM 3.00 dan RM 1.00 untuk kanak-kanak dibawah 12 tahun. Masakan sama seperti apa yang terdapat di iCity tu... agak-agak la brader haha.

Selfie di Taman Botani Negara

Keistimewaan Taman Botani Negara Shah Alam


Taman Botani Negara ini sememangnya terkenal satu masa dahulu. Tetapi apabila membangunnya pelbagai lokasi rekreasi baru, ia agak sedikit ketinggalan walaupun diselenggara dengan baik.

Apa pun, tempat ini sesuai untuk rekreasi secara berkumpulan memenuhi aktiviti atau program-program motivasi seperti summer camp dan sealiran dengannya. Terdapat juga lokasi 'skytrek' yang sesuai untuk acara seperti itu.

Selain itu, bagi yang minat mengkaji hutan juga amatlah sesuai sangat bertandang ke Taman Botani Negara ini.

Perkhidmatan Bas Taman Botani Negara
Bye-bye

Bagi saya, Taman Botani Negara boleh dijadikan aktiviti ilmu dan santai sekeluarga yang menjimatkan. Kami pulang sekitar jam 3 petang kerana ada beberapa lokasi lain yang hendak dituju.

Bagi sesiapa yang ingin mengetahui aktiviti atau lokasi Bukit Cerakah ini boleh Google je... dekat sangat dengan Bandaraya Shah Alam. Justeru... sekian dulu buat kali ini.. :D


COMMENTS

BLOGGER: 28
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Berkunjung Ke Taman Botani Negara Shah Alam
Berkunjung Ke Taman Botani Negara Shah Alam
Taman Botani Negara | Taman Pertanian Bukit Cerakah | Shah Alam | Selangor | Malaysia.
https://2.bp.blogspot.com/-hrP1Vzeo0E8/VRFca-zChZI/AAAAAAAAJbM/t_13jvYcILk/s1600/Taman%2BBotani%2BNegara.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-hrP1Vzeo0E8/VRFca-zChZI/AAAAAAAAJbM/t_13jvYcILk/s72-c/Taman%2BBotani%2BNegara.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/03/berkunjung-taman-botani-negara-shah-alam.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/03/berkunjung-taman-botani-negara-shah-alam.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy