Hakikat Mimpi Dalam Kehidupan Manusia

Mimpi hakikat tidur, Jenis-jenis tafsir mimpi, Kebenaran mimpi, Teori sains tentang mimpi dalam Islam,

Baru-baru ini saya telah mendengar tazkirah subuh yang menceritakan tentang hakikat mimpi dalam kehidupan manusia di dunia ini. Ia meninggalkan kesan yang mendalam dan pemahaman yang jelas kepada diri. Lantas terpanggil untuk memanjangkannya kepada pengetahuan sahabat pembaca alam siber yang dikasihi sekelian.

Hakikat mimpi, mimpi

Hakikat Mimpi Berdasarkan Sains Dan Islam


Biasanya dalam kehidupan ini kita mendengar kenyataan bahawa mimpi itu hanyalah permainan tidur manusia. Namun apakah sebenarnya yang didefinasikan dengan ‘mainan tidur’ itu. Ia adalah istilah yang diterjemahkan berdasarkan kupasan saintifik bahawa mimpi adalah pengalaman bawah sedar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, fikiran, perasaan dan deria lain dalam tidur. Kejadian dalam mimpi berdasarkan kaji selidik saintifik mendapati ia biasanya mustahil akan terjadi dalam dunia nyata. Ilmu saintifik mempelajari mimpi ini disebut Oneirologi.

Namun kaji selidik tersebut hanyalah rumusan pandangan dari sudut psikologi Barat dan jauh berbeza dengan pandangan Islam. Berdasarkan Riwayat Muslim, mimpi adalah gambaran yang dicipta Allah swt dan dilihat manusia dalam tidur mereka. Mimpi dari sudut pandangan Islam ini sebenarnya terbahagi kepada 3 sebagaimana sabda Rasulullah saw.

Rasulullah saw bersabda ; “Apabila hari kiamat telah dekat, jarang mimpi orang Muslim yang tidak benar. Mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar, Dan mimpi seorang Muslim adalah sebahagian dari 45 macam nubuwah (wahyu). Mimpi itu ada 3 macam, mimpi yang baik adalah khabar dari Allah, mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datangnya dari syaitan, dan mimpi yang timbul kerana ilusi angan-angan atau khayalan seseorang.” (Hadis Sahih Muslim)

Tiga Jenis Mimpi Berdasarkan Sabda Rasullullah 


Tiga jenis mimpi telah dikupas dan diperjelaskan dengan baik agar kita dapat memahami perbezaan diantara satu dengan yang lain. Berikut adalah huraian ringkas untuk pengetahuan dan renungan bersama kita semua.

1. Mimpi Dari Allah swt


Mimpi dari Allah swt adalah jenis mimpi yang membawa kebaikan. Ia adalah mimpi yang menyenangkan hati seperti melihat kekuasaan Allah, mimpi bertemu Rasulullah saw dan mimpi yang membawa kejayaan dan kebaikan.

Mimpi dari Allah swt juga merupakan hidayah walaupun mengerikan seperti melihat azab kubur dan azab meninggalkan larangan Allah swt. Walaupun mimpi itu mengerikan, ia sebenarnya adalah peringatan supaya kita bertaubat memperbaiki diri dan kembali ke jalan Allah swt.

2. Mimpi Dari Syaitan


Mimpi yang membuatkan kita berasa sangat takut, khuatir, bimbang dan membuatkan diri kita berasa letih serta trauma apabila bangun tidur itu sesungguhnya datang dari syaitan. Mimpi sedemikian ini membuatkan kita berasa sedih dan teringat-ingat. Adakalanya ia memakan waktu yang lama untuk hilang dari ingatan.

Apabila menerima mimpi sedemikian, kita perlulah beristigfar bagi mengembalikan semangat diri. Meludah tiga kali juga adalah simbolik menangkis gangguan syaitan serta menghina syaitan yang mengganggu. Hal berkaitan suruhan meludah ke kiri sebanyak 3 kali ini ada dinyatakan melalui hadis sahih.

Rasulullah saw bersabda ; “Apabila seseorang melihat sesuatu yang buruk dalam mimpinya, hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah dari keburukannya dan kejahatan syaitan, meniupkan sebanyak tiga kali dan jangan menceritakan kepada sesiapa pun, maka sesungguhnya mimpi tersebut tidak akan mencelakakannya.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)

3. Mimpi Angan-Angan Manusia


Bagi kategori ini boleh dikaitkan dengan istilah saintifik kajian Barat yang dinyatakan di atas. Kajian cetek saintifik Barat hanya sampai ke peringkat terbawah dalam jenis dan peringkat mimpi manusia. Ia adalah mimpi angan-angan atau mimpi yang terkait dengan apa yang berlaku dalam kehidupan orang yang bermimpi. Ia hanyalah mimpi biasa atau kebanyakkan, yang diungkapkan sebagai ‘mainan tidur’. Sesungguhnya ia tidak membawa sebarang makna dalam realiti kehidupan.

Hakikat mimpi sabda Rasulullah saw

Hakikat Kebenaran Mimpi Umat Akhir Zaman


Hakikat mimpi yang benar umat akhir zaman adalah mimpi hamba-hamba Allah yang soleh. Mimpi orang alim dan beriman lebih benar dari orang jahil. Allah swt menganugerahkan kelebihan dan kemuliaan kepada orang yang tinggi keimanannya dengan mimpi-mimpi yang benar. Justeru, mentafsir mimpi bukanlah kerja pawang dan bomoh yang nyatanya adalah berpaksikan ramalan dusta belaka.

Bersamalah kita renungkan dimanakah letaknya tingkatan mimpi yang kebiasaan hadir dalam tidur kita. Ia menjadi peringatan buat diri sendiri juga. Mudah-mudahan sebagai umat akhir zaman kita berpeluang memperolehi mimpi benar yang diilhamkan terus dari Allah swt… aamiin.

Artikel yang berkaitan :
Mimpi yang belum ditemui hakikatnya >> Tafsir Mimpi Penjara Bentong


COMMENTS

BLOGGER: 28
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,36,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,123,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,135,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Hakikat Mimpi Dalam Kehidupan Manusia
Hakikat Mimpi Dalam Kehidupan Manusia
Mimpi hakikat tidur, Jenis-jenis tafsir mimpi, Kebenaran mimpi, Teori sains tentang mimpi dalam Islam,
http://2.bp.blogspot.com/-G9D7v93IXcI/VRVT7r2hJmI/AAAAAAAAJg4/2rE7aPHN-74/s1600/Hakikat%2Bmimpi.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-G9D7v93IXcI/VRVT7r2hJmI/AAAAAAAAJg4/2rE7aPHN-74/s72-c/Hakikat%2Bmimpi.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/03/hakikat-mimpi-dalam-kehidupan-manusia.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/03/hakikat-mimpi-dalam-kehidupan-manusia.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy