Jadual Padat Di Musim Cuti Sekolah

Cuti persekolahan pada penggal pertama tahun 2015 ini agak sedikit sibuk berbanding cuti sekolah hujung tahun. Baru hari ini berkesempata...

Cuti persekolahan pada penggal pertama tahun 2015 ini agak sedikit sibuk berbanding cuti sekolah hujung tahun. Baru hari ini berkesempatan menyentuh papan kekunci menerbitkan artikel sekadar sempat.

Kenduri Kahwin Cuti Sekolah

Kenduri Kahwin Cuti Sekolah

Saya berada di selatan tanah air sewaktu artikel ini ditulis. Petang Jumaat sebenarnya sudah mula terasa kesibukan musim cuti sekolah. Syukurlah anak yang bersekolah di asrama pulang menumpang ibu rakannya yang tinggal berdekatan. Maka tidak perlulah saya pergi menjemputnya pada kali ini.  

Tambahan lagi saya pula berhadapan dengan sedikit kesibukan kerja pada waktu tersebut. Nasib baik juga puan Mem sentiasa sempat menjemput anak-anak yang bersekolah pada sesi sebelah petang. Itulah lumrah kehidupan bila anak-anak semua sudah bersekolah. Masa pun kadang kala asyik terkejar-kejar. Mujur masih diberi kesempatan waktu atas izin Illahi untuk berblog berkongsi ekspresi peribadi disamping perjuangan kerjaya atas nama pembangunan sosial, in shaa Allah.

Kekeluargaan Di Musim Cuti Sekolah

Malam Jumaat kami bergegas pulang ke kampung untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupu rapat di Pontian, Johor yang diadakan pada hari Sabtu. Suasana di Johor kini mengimbas kembali keadaan sewaktu dizaman persekolahan. Pada waktu dahulu, Johor bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu. Kemudian ditukar pada Sabtu dan Ahad dan kini kembali semula seperti sebelumnya. Maka, banyak acara dan majlis yang kebiasaannya berlangsung pada hari Sabtu memandangkan ia merupakan hari cuti rasmi di negeri Johor. 
Pengantin baru Nadin dan Zura
Selamat Pengantin Baru
Semoga berbahagia hingga ke Jannah... aamiin

Kelapangan hari Ahad pula dapat dimanfaatkan menguruskan beberapa perkara tertunggak. Mujur juga pejabat kerajaan dibuka pada hari Ahad. Beberapa urusan berkaitan Allahyarham ayahanda yang baru sempat diuruskan dapat diselesaikan dengan lancar. Rumah juga banyak yang perlu dikemas memandangkan ia hanya berpenghuni bila kami pulang ke kampung.

Apa pun, tidak dapat berada lama di kampung pada kali ini disebabkan urusan yang memerlukan kehadiran saya pada hari Selasa. Program yang akan dihadiri pastinya akan dikongsikan nanti untuk pengetahuan dan manfaat bersama.

Cuti Sekolah Dan Urusan Kerja

Justeru, saya memohon kemaafan kepada rakan-rakan di Pontian, Johor kerana tidak berkesempatan untuk berjumpa. In shaa Allah, kesempatan yang lain pasti akan bertemu jua. Kepada rakan-rakan blogger dan pembaca seluruhnya, maaf juga jika tidak berkesempatan berblogging dalam beberapa hari ini. In shaa Allah, akan tetap berblogwalking jika berkesempatan.

Sehingga ini.. diucapkan Selamat Menyambut Cuti Persekolahan kepada semua terutamanya pelajar sekolah dan warga pendidik yang mengikuti blog ini. Salam ceria selalu.. :)


COMMENTS

BLOGGER: 49
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Jadual Padat Di Musim Cuti Sekolah
Jadual Padat Di Musim Cuti Sekolah
http://3.bp.blogspot.com/-oODX5WUevv4/VQWuxHYndYI/AAAAAAAAJWA/IkNn87IERRc/s1600/Groupfie%2Bfamily.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-oODX5WUevv4/VQWuxHYndYI/AAAAAAAAJWA/IkNn87IERRc/s72-c/Groupfie%2Bfamily.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/03/jadual-padat-di-musim-cuti-sekolah.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/03/jadual-padat-di-musim-cuti-sekolah.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy