Kaji Selidik Generasi Z Di Malaysia

Kaji selidik Generasi Z Malaysia (Gen Z Survey Launch) anjuran INTI International Universiti and Colleges.

Gen Z Survey Launch
Pada Selasa (17/3/2015), saya telah menghadiri pembentangan kaji selidik Generasi Z (Gen Z Survey Launch) anjuran INTI International Universiti and Colleges di kampus INTI Kuala Lumpur.

Merupakan kaji selidik ‘qualitative and quantitative research’ yang telah dilaksanakan pada November dan Disember 2014, melibatkan lebih 500 responden dari kalangan Generasi Z di sekitar Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang. Ia merupakan kaji selidik pertama dilaksanakan di Malaysia. 

Fakta Kaji Selidik Tentang Generasi Z


Gen-Z merupakan singkatan popular Generasi Z, merujuk kepada kluster generasi yang lahir antara tahun 1995 hingga 2009. Kaji selidik Gen Z dengan motto ‘Meet the next generation’ ini dimulakan dengan pembentangan fakta oleh Mr Rohit Sharma, Ketua Pegawai Eksekutif, INTI International University and Colleges.

Berdasarkan pengkajian, Gen-Z memiliki sifat berdikari dan gemar membuat keputusan sendiri (selfstarter). Kebanyakkan mereka berhasrat membina kerjaya tersendiri dan bercita-cita menjadi usahawan. Sentiasa berusaha membina kreativiti melalui kemahiran, mencari penyelesaian sendiri terhadap masalah yang dihadapi, memahami erti kerjasama, bijak mengurus masa dan berkepimpinan. Ia merupakan antara sifat yang seharusnya di puji.

Fakta kaji selidik Gen-Z yang menjelaskan seramai 42% kluster generasi Z memilih untuk melakukan sesuatu yang baru sebagai kerjaya pilihan. Seramai 37% pula berharap dapat menjadikan hobi sebagai profesyen, manakala 31% lagi bercita-cita menjadi usahawan (product owner).

Mr Rohit Sharma, CEO of INTI
Mr Rohit Sharma
Ketua Pegarah Eksekutif (CEO)
INTI International University and Colleges

Fakta turut menjelaskan bahawa 75% dikalangan Generasi Z menganggap individu yang memperolehi pendapatan tinggi merupakan individu berjaya. Seramai 69% menganggap individu yang berjaya adalah mereka yang gembira dan 69% juga memilih faktor kesihatan.

Manakala 60% menganggap individu berjaya adalah mereka yang gembira dengan kerjaya yang dilakukan. Kaji selidik berkaitan role model pula mendapati seramai 39% Generasi Z menjadikan ibu bapa sebagai role model, 19% memilih atlit dan 12% pula memilih dari kalangan pemimpin politik.

Generasi Z : Internet Dan Media Sosial


Gen-Z juga dikenali dengan label generasi ‘hiper-connected’ yang amat menggemari gadget sama ada smartphone, tablet, laptop atau televisyen.

Kaji selidik mendapati 80% dari kalangan mereka menghabiskan masa secara purata 8 jam sehari dengan internet. 47% merasakan kehidupan mereka seolah-olah tidak lengkap jika tidak ber'online'.

Laman sosial menjadi pilihan utama dengan hampir 94% mengemari Facebook dan Twitter. Seramai 56% melayari internet untuk mencari maklumat dan informasi manakala 55% menggunakan internet untuk ‘messaging dan chatting’.

Secara keseluruhan, 5 platform paling popular dikalangan Generasi Z adalah Facebook (95%), WeChat (70%), YouTube (66%), WhatsApp (66%) dan Google+ (33%).

Mr Sajith Sivanandan, Managing Director of Google Malaysia
Sesi perbincangan Mr Rohit Sharma bersama Mr Sajith Sivanandan,
Pengarah Urusan Google Malaysia, Mr Roshan Thiran, Pengarah Urusan Leaderonomics
dan Mr Patrick Ng, Partner PwC Malaysia.
Freda Liu, BFM Producer dan Presenter merupakan moderator.
Sesi bersama Generasi Z
Sesi Perbincangan bersama Generasi Z bernama Ahmad Mustaqim Nordin (19 tahun),
Ruby Wong Chui Yee (19 tahun), Jacinta Jea Ling (17 tahun) dan
Moh Shu Jenn (17 tahun). Mr Pete Teo, seorang ahli muzik, pencipta filem dan
motivational speaker adalah moderator bagi sesi ini.

'Fear of being offline’ menggambarkan sebahagian besar Generasi Z ini. Sungguh pun begitu, 50% sedar tentang kepentingan pelajaran sebagai elemen penting untuk mereka maju dan memahami faktor luaran yang mempengaruhi corak kehidupan dimasa hadapan.

Walaupun cenderung kepada dunia siber, 60% mereka sedar tentang bahaya profil samaran di media sosial dan 54% sentiasa berhati-hati untuk mendedahkan maklumat peribadi ke pengetahuan umum.

Melalui pelbagai platform digital ini juga meningkatkan kesedaran tanggungjawab Generasi Z terhadap dunia dan masyarakat. Seramai 28% terlibat dalam pelbagai aktiviti sukarelawan dan keusahawanan sosial. Ia generasi viral yang cenderung membantu pembangunan masyarakat sejagat. 

Menurut Mr Rohit Sharma lagi, beberapa tahun dahulu kita dapat melihat sempadan perbezaan antara kehidupan dunia nyata dan alam siber. Namun sempadan tersebut sudah mula menghilang. Alam siber menjadi keperluan dalam kebanyakkan urusan kehidupan kita.

Kini Generasi Z yang lahir dan membesar dalam arus teknologi dunia siber sudah mula menjejakkan kaki ke alam dewasa. Mereka sudah mula melangkah mengisi kekosongan keperluan industri, alam kerjaya dan kepimpinan negara dalam beberapa tahun akan datang.

Gen Z Survey Launch
'Key Industry Leaders' bersama Generasi Z

Berdasarkan fakta kaji selidik dan sesi perbincangan ini mendapati, kebergantungan Generasi Z terhadap rangkaian dunia siber adalah satu realiti yang kita semua perlu terima dengan positif serta tangani secara intelek.

Kaji Selidik Generasi Z Di Malaysia ini merupakan langkah penting dalam menyuntik kefahaman kepada semua untuk bersama-sama memainkan peranan dan dorongan sewajarnya kepada seluruh Generasi Z demi kebaikan masyarakat dan kejayaan masa hadapan negara. 

COMMENTS

BLOGGER: 23
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,22,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,112,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,155,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,13,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Kaji Selidik Generasi Z Di Malaysia
Kaji Selidik Generasi Z Di Malaysia
Kaji selidik Generasi Z Malaysia (Gen Z Survey Launch) anjuran INTI International Universiti and Colleges.
https://1.bp.blogspot.com/-s35_pTokY-I/VQsknuKsXII/AAAAAAAAJWg/h07_mjBDZ_M/s1600/Gen%2BZ%2BSurvey%2BLaunch%2C%2BINTI.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-s35_pTokY-I/VQsknuKsXII/AAAAAAAAJWg/h07_mjBDZ_M/s72-c/Gen%2BZ%2BSurvey%2BLaunch%2C%2BINTI.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/03/kaji-selidik-generasi-z-di-malaysia.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/03/kaji-selidik-generasi-z-di-malaysia.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy