Kesedaran Masyarakat Membenteras Aedes Dan Denggi

Aedes, Denggi, Membenteras Aedes dan Denggi. Program gotong-royong sekitar kediaman BTP 6 Bandar Tasik Puteri membenteras Aedes dan Denggi, BTP 6 Indah Height, Primula Julian Blok 6 Bandar Tasik Puteri,

Kesedaran Masyarakat Membenteras Aedes Dan Denggi – Aktiviti kemasyarakatan yang berlangsung beberapa hari selepas ayahanda KK selamat dikebumikan baru sempat dikongsikan kali ini. Ia berkenaan program gotong-royong persatuan penduduk di taman perumahan KK yang diadakan bertujuan membeteras pembiakan nyamuk Aedes dan Denggi. Gotong royong yang diadakan bukan sahaja membersihkan kawasan sekitar tetapi turut didatangi pegawai Pejabat Kesihatan Daerah untuk memberi penerangan berkenaan nyamuk Aedes dan wabak Denggi. Justeru, terpanggil untuk berkongsi beberapa maklumat untuk peringatan bersama.

Program gotong-royong membentras denggi Primula Julian BTP 6 Bandar Tasik Puteri

Mengenali Tanda-Tanda  Demam Denggi

Pastinya ramai sudah sedia maklum bahawa demam denggi boleh membawa maut. Demam denggi adalah sejenis penyakit disebabkan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk aedes. Sesiapa pun boleh mengidap penyakit ini melalui gigitan nyamuk Aedes yang membawa virus denggi.

Banyak tanda-tanda yang boleh dikenalpasti terhadap individu yang mengidapi demam Denggi. Antaranya ialah kerap muntah, sakit perut, pening, berasa gelisah, pucat atau berasa sejuk apabila kulit disentuh termasuk mengalami simptom sesak nafas. Selain itu pesakit juga akan mengalami pendarahan seperti bintik atau tompok-tompok merah pada kulit, pendarahan pada hidung atau gusi, muntah darah, najis berwarna hitam dan mengalami haid yang banyak atau pendarahan pada faraj bagi pengidap wanita.

Sesi penerangan membenteras aedes dan denggi  BTP 6 Bandar Tasik Puteri

Jangka Hayat Dan Pembiakan Nyamuk Aedes

Kami juga turut diberi penjelasan tentang jangka hayat serta tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes. Nyamuk Aedes membiak dan menjadi dewasa dalam satu minggu. Sebenarnya ada beberapa maklumat yang baru KK ketahui iaitu, nyamuk Aedes hanya memerlukan satu sudu teh takungan air bagi membolehkan ia membiak. Lebih merisaukan ialah telur nyamuk Aedes mempunyai ketahanan yang membolehkan ia bertahan hidup tanpa air selama 6 bulan. Makanya, jangan disangka tempat yang kering tiada telur Aedes ye… cuma belum aktif bagi membolehkan ia menetas dan membiak.

Tempat pembiakan nyamuk Aedes pula seperti kebanyakkan kita sedia maklum adalah di tempat-tempat takungan dan penyimpanan air. Antara ‘spot’ yang perlu kita ketahui di rumah adalah palong hujan tersumbat dan tangki air yang terdedah. Siapa tahu tanpa kita sangka air tangki rumah yang kita gunakan untuk keperluan harian rupa-rupanya adalah tempat pembiakan aktif nyamuk Aedes… wallahualam.

Gotong-Royong Penduduk Mencegah Pembiakan Aedes

Berpandukan penerangan yang diberikan itu menjadi matlamat gotong-royong diadakan. Seluruh tempat yang dijangka mempunyai potensi mengundang pembiakan nyamuk Aedes dibersihkan. Selain itu, pegawai kesihatan turut pergi ke setiap rumah sekadar memberi peringatan kepada penduduk agar sentiasa memastikan tempat-tempat takungan air dan kawasan persekitaran rumah sentiasa terjaga dari pembiakan nyamuk Aedes.

Penduduk seluruh taman juga diminta memberikan kerja sama semasa aktiviti semburan (fogging) dilakukan dengan membuka semua tingkap dan pintu. Turut dinyatakan bahan kimia yang digunakan untuk semburan ‘fogging’ adalah berasaskan air dan selamat serta berkesan terhadap nyamuk Aedes.

Fogging membenteras Denggi
Fogging membenteras Denggi

Kesedaran Masyarakat Membenteras Aedes Dan Denggi

Justeru, bersamalah kita sentiasa memastikan terutama kawasan persekitaran rumah sentiasa bebas dari pembiakan nyamuk Aedes. Sentiasa menukar air yang disimpan serta memasukkan bahan pembunuh jentik-jentik mengikut sukatan yang disyorkan sekurang-kurangnya setiap 2 bulan.

Kompaun sebanyak RM500.00 akan dikenakan sekiranya rumah kita didapati membiak jentik-jentik. Bersamalah kita membentras pembiakan nyamuk Aedes bermula dengan menjaga persekitaran rumah kita disamping berdoa agar sentiasa dijauhkan dari wabak denggi... aamiin.

COMMENTS

BLOGGER: 40
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Kesedaran Masyarakat Membenteras Aedes Dan Denggi
Kesedaran Masyarakat Membenteras Aedes Dan Denggi
Aedes, Denggi, Membenteras Aedes dan Denggi. Program gotong-royong sekitar kediaman BTP 6 Bandar Tasik Puteri membenteras Aedes dan Denggi, BTP 6 Indah Height, Primula Julian Blok 6 Bandar Tasik Puteri,
http://1.bp.blogspot.com/-DsTBdAHdpIE/VPppgtHDXAI/AAAAAAAAJRM/o_Qbu80VPW0/s1600/Primula%2BJulian%2BBlok%2B6%2BBandar%2BTasik%2BPuteri.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-DsTBdAHdpIE/VPppgtHDXAI/AAAAAAAAJRM/o_Qbu80VPW0/s72-c/Primula%2BJulian%2BBlok%2B6%2BBandar%2BTasik%2BPuteri.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/03/kesedaran-masyarakat-membenteras-aedes-dan-denggi.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/03/kesedaran-masyarakat-membenteras-aedes-dan-denggi.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy