Keusahawanan Sosial Memperkasa Kesejahteraan Ummah

Definasi dan kepentingan keusahawanan sosial dalam kelestarian sosio-ekonomi masyarakat di Malaysia dan dunia.

Definasi Keusahawanan Sosial,
Keusahawanan Sosial (Social Entrepreneurship) merupakan kaedah paling strategik memperkasa pembangunan sosio-masyarakat masa kini. Saya percaya ia adalah solusi terbaik kepada pengukuhan sahsiah pembangunan modal insan dan kelestarian sosio-ekonomi masyarakat. Namun, ramai yang masih kurang jelas tentang maksud Keusahawanan Sosial.

Apa Itu Keusahawanan Sosial


Keusahawanan Sosial membawa interpretasi yang lebih mendalam dari sekadar 'keusahawanan'. Ia bukan prinsip yang cenderung kepada pemantapan ekonomi semata-mata, tetapi merancang kepada pemerkasaan sosio-masyarakat sejahtera.

Aspirasi keusahawanan telah mencipta mekanisme Keusahawanan Sosial yang mempunyai definasi lebih luas. Usahawan Sosial menyumbang idea, visi dan usaha melangkaui material dan kewangan kepada masyarakat. Ia fundamental penting dalam konteks sosio-ekonomi kini dan akan datang.


Definasi keusahawanan sosial

Seorang usahawan sosial akan memanfaatkan peluang merangka usaha memperkasa sistem dan solusi kepada permasalahan masyarakat. Mereka lebih terdorong mencapai impak sosial dari sekadar meraih kekayaan material semata-mata.

Sebagai contoh, kita lihat pelbagai usaha menyelamatkan alam sekitar daripada kemusnahan. Melalui kesedaran, kita faham implikasi yang bakal dihadapi sekiranya alam sekitar musnah. Begitu juga perlu dilakukan dalam pembangunan sosial agar nilai sosio-budaya dapat dipelihara seperti ekologi semulajadi alam dalam arus kemajuan dunia.

Itulah antara aspirasi yang diketengahkan usahawan sosial melalui penglibatan kerjaya untuk keuntungan perniagaan dan sosio masyarakat seluruhnya.

Usahawan Sosial Melahirkan Masyarakat Minda Positif


Seorang usahawan sosial bertindak lebih dari sekadar aktivisme atau sukarelawan. Mereka mengetengahkan solusi menangani cabaran dalam masyarakat melalui inisiatif perniagaan yang dijalankan. Antara aspek yang perlu diketahui seorang usahawan sosial adalah seperti berikut:

  • Visi dan misi keusahawanan yang disertai impak sosial.
  • Kesedaran sosial dan tanggungjawab kepada masyarakat.
  • Sistem masyarakat, sistem perniagaan dan sistem perundangan.
  • Etika kepimpinan usahawan dan pembangunan modal insan.
  • Menyumbang usaha untuk kemantapan sosio-ekonomi.

Definasi keusahawanan sosial,

Motivasi Keusahawanan Sosial Memperkasa Pembangunan Insan


Sejak sebelum wujudnya blog ini, saya telah bergiat aktif memperkasa maksud keusahawanan sosial  melalui program pembangunan sosio-pendidikan dengan sokongan dan kerjasama pelbagai pihak. Ia sentiasa menjadi aspirasi perjuangan untuk diri, keluarga dan masyarakat seluruhnya.

Justeru, sebarang sesi motivasi sosio pendidikan dan pembangunan modal insan dalam konteks keusahawanan sosial amat dialu-alukan.

Info perhubungan dan profil di sini: Profil Khir Khalid


Artikel terkait;
> Perkara Perlu Tahu Tentang Keusahawanan Sosial

COMMENTS

BLOGGER: 23
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Keusahawanan Sosial Memperkasa Kesejahteraan Ummah
Keusahawanan Sosial Memperkasa Kesejahteraan Ummah
Definasi dan kepentingan keusahawanan sosial dalam kelestarian sosio-ekonomi masyarakat di Malaysia dan dunia.
https://3.bp.blogspot.com/-w3_HorI58r4/VRkHugD90gI/AAAAAAAAJhw/E8ELbL-s1pg/s1600/Keusahawanan%2Bsosial.JPG
https://3.bp.blogspot.com/-w3_HorI58r4/VRkHugD90gI/AAAAAAAAJhw/E8ELbL-s1pg/s72-c/Keusahawanan%2Bsosial.JPG
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/03/keusahawanan-sosial-memperkasa.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/03/keusahawanan-sosial-memperkasa.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy