MY Buskers Penghibur Jalanan Malaysia

MY Buskers Club, Kelab Penghibur Jalanan Malaysia, Buskers, Penghibur Jalanan, kerjaya profesional penghibur jalanan,

MY Buskers Penghibur Jalanan Malaysia – Penghibur jalanan sudah mula diterima kebanyakkan masyarakat kita pada masa kini. Mereka sinonim dengan panggilan ‘Buskers’ yang kebiasaannya boleh dilihat di kota dan bandar-bandar besar. Menghiburkan orang ramai dari jalanan, kompleks membeli belah hinggalah ke pentas yang berprestij. Mereka mempunyai bakat dan minat semulajadi yang diasah hampir setiap hari menghiburkan sesiapa sahaja di jalanan.

Backyard Buskers, MY Buskers Club

Kelab Penghibur Jalanan MY Buskers (MYBC)


Selepas selesai menghadiri acara jemputan pelancaran Petronas Syntium di Suria KLCC, langkah perjalanan pulang terhenti seketika apabila terlihat satu persembahan buskers yang diadakan di persekitaran masuk stesen Putra LRT KLCC. Sememangnya saya memilih untuk menaiki tren ke mana-mana ‘spot’ utama di persekitaran Kuala Lumpur kerana ia mudah dan menjimatkan.

Bagi saya, bakat yang dilihat kebanyakkan buskers ini memang tidak disangkal lagi. Saya sememangnya meminati bakat-bakat yang dipersembahkan oleh pemuzik-pemuzik jalanan ini sejak sebelum popularnya Caliph Buskers. Malah sekitar awal 90an ketika diawal usia merantau ke Kuala Lumpur, saya juga pernah mengikuti beberapa rakan buskers membuat persembahan. Namun pada ketika itu golongan buskers ini sering dipandang serong malah disalah erti sebagai peminta sedekah.

Sebelum ini saya pernah menulis satu artikel berkenaan penghibur jalanan dan mengganggap ia merupakan satu kerjaya keusahawanan yang tiada bezanya dengan yang lain. Menjadi seorang penghibur jalanan memerlukan minat, bakat serta keazaman… niat dan ketahanan untuk terus bermotivasi menghiburkan… menyuntik inspirasi kepada orang ramai.
Backyard Buskers, MY Buskers Club
Backyard Buskers - MY Buskers Club


Stigma Terhadap Buskers Di Malaysia


Setelah dunia menjejaki alam generasi Z dengan meluasnya penguasaan informasi melalui media sosial menguasai kehidupan, nasib penghibur jalanan juga mula berubah. Menghapuskan stigma masyarakat bahawa mereka adalah golongan terpinggir dan hanyalah peratusan kecil sahaja yang terlibat dengan jenayah dan penyalahgunaan dadah. Mereka menghiburkan dari hati tatkala ada golongan memandang rendah kepada mereka seolah-olah seperti insan tanpa cita-cita dan masa hadapan.  

Ketahuilah sejak awal 90an lagi ada diantara buskers ini merupakan pelajar institusi tinggi. Ada yang memiliki diploma, ijazah kejuruteraan muzik, awam, perundangan, perniagaan malah PHD. Memilih tapak ini untuk memperkasa pengalaman hidup disamping mengikut hasrat hati mengasah minat dan bakat yang ada disamping menjana pendapatan. Mereka mempunyai jiwa usahawan dan aktivisme bukan peminta sedekah meraih simpati tetapi mencipta peluang melalui kebolehan dan kreativiti dengan cara tersendiri dalam mencapai impian dan matlamat.

Menyokong Seniman Jalanan Sebagai Satu Kerjaya Berbakat


Saya merupakan antara penyokong tegar penghibur jalanan. Kini dalam usia dan tanggungjawab yang dikurniakan Illahi sememangnya tidak mampu terlibat dalam aktiviti 'busking'. Namun ia tidak bermaksud saya tidak mengikuti perkembangannya. Laman sosial sebagai pilihan media generasi kini yang sepatutnya kita pertahan dan manfaatkan secara positif menjadi penyampai perkhabaran terkini seniman jalanan.

Berdasarkan maklumat, kini terdapat lebih 8 ribu ahli buskers di seluruh Malaysia. Penubuhan MY Buskers Club (MYBC) ini dilihat amat wajar dalam memperkasa pembangunan sosial agar mesej dan dakwah dapat disebarkan kepada orang ramai melalui jalan yang kreatif dan berkesan. Semoga Kelab Buskers Penghibur Jalanan Malaysia terus maju membentuk buskers sebagai satu bidang kerjaya professional generasi kini dan akan datang.

“Kita mahu mewujudkan ‘Kolej Penghibur Jalanan’, supaya kerjaya buskers ini diberi satu lesen dan kita pun tengah cuba untuk mengharapkan pihak kerajaan menaik taraf buskers ini kepada satu standard, pengiktirafan ahli seniman jalanan,” – Wadi Hamdan, Presiden MYBC


Artikel berkaitan:


COMMENTS

BLOGGER: 26
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: MY Buskers Penghibur Jalanan Malaysia
MY Buskers Penghibur Jalanan Malaysia
MY Buskers Club, Kelab Penghibur Jalanan Malaysia, Buskers, Penghibur Jalanan, kerjaya profesional penghibur jalanan,
https://1.bp.blogspot.com/-Y7y1OxiedfQ/VRO14l4K0FI/AAAAAAAAJgY/2BimoOFT50o/s1600/Kelab%2BBuskers%2BPenghibur%2BJalanan%2BMalaysia.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-Y7y1OxiedfQ/VRO14l4K0FI/AAAAAAAAJgY/2BimoOFT50o/s72-c/Kelab%2BBuskers%2BPenghibur%2BJalanan%2BMalaysia.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/03/my-buskers-penghibur-jalanan-malaysia.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/03/my-buskers-penghibur-jalanan-malaysia.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy