Program Pencarian Pemimpin Abadi Bersama Dr Niki Shuhada

Pencarian Pemimpin Abadi, Kerjaya kewangan, Motivasi kewangan pelaburan dan kerjaya, Bijak wang, Tips jana wang, Dr Niki Shuhada Shukor, Mentor kewangan, Life Success Resources,

Program Pencarian Pemimpin Abadi Bersama Dr Niki Shuhada - Nama Dr Niki Shuhada Shukor merupakan personaliti kewangan dan keusahawanan yang tidak asing di persada industri kewangan Malaysia. Pada petang Ahad (8/3/2015), saya berpeluang menyertai program Pencarian Pemimpin Abadi bersama Dr Niki atas undangan rakan blogger Halim Brothers. Program tersebut diadakan untuk membuka peluang kerjaya dalam bidang kewangan dan berkongsi tips, rahsia serta panduan menjana kekayaan menguruskan wang dengan bijak. Ia telah berlangsung di kediaman Dr Niki dan dihadiri oleh beberapa perunding kewangan serta rakan-rakan blogger.  

Pencarian Pemimpin Abadi bersama Dr Niki
Pencarian Pemimpin Abadi Bersama Dr Niki

Biodata Mentor Kewangan Dr Niki Shuhada Shukor


Dr Hjh Niki Shuhada Shukor, PhD adalah pakar motivasi kewangan dan mentor perunding kewangan yang telah memenangi lebih dari 112 anugerah kecemerlangan. Beliau telah melatih lebih dari 5000 usahawan kewangan sama ada secara persendirian, berkumpulan hinggalah untuk sektor korporat. Beliau juga merupakan mentor yang diiktiraf melalui pengiktirafan Independent Licenced Life Success Consultant (Bob Proctor, USA) dan kini menerajui 5 buah syarikat yang merupakan agensi nombor satu syarikat unit amanah terkemuka di Malaysia.

Dr Niki Shuhada atau lebih mesra dengan panggilan Mummy Niki telah berkecimpung dalam industri kewangan selama lebih 18 tahun sewaktu artikel ini ditulis. Merupakan ibu kepada 2 cahaya mata dan isteri yang penyayang. Dr Niki telah mendirikan rumahtangga bersama Tuan Haji Amirul Shukri Kadri selama 23 tahun. Mereka suami isteri adalah perancang utama untuk kejayaan yang dikecapi. Kini impian mereka bukan sahaja untuk keluarga tetapi juga kepada masyarakat yang ingin maju mengubah nasib kehidupan. Beliau menerbitkan buku berjudul ‘Ambition, Aspiration & Achievement’ yang mampu memberi inspirasi kepada mereka yang ingin berjaya. Selain itu, turut  berkongsi ilmu di corong radio menerusi program Bijak Wang di Radio 93.9FM.

Tips bijak urus wang rahsia membina kekayaan
Tips bijak urus wang rahsia membina kekayaan
Blogger Bijak Wang
Rakan blogger mendengar perkongsian dengan penuh minat

Bijak Urus Wang Menjana Kekayaan Abadi


Program Pemimpin Abadi Bersama Dr Niki Shuhada ini merupakan hasrat Dr Niki mencungkil bakat kerjaya sesiapa jua yang berhasrat memajukan diri sebagai perunding kewangan yang berkaliber, professional dan berjaya. Melalui penubuhan syarikat Life Success Resources, ia sentiasa menjadi inspirasi kepada Dr Niki untuk mengembangkan lagi minatnya mengendalikan seminar dan latihan berkaitan kewangan dan motivasi sebagai wadah menyumbang kepada pemantapan pembangunan modal insan. Pencarian Pemimpin Abadi bermaksud membentuk pemimpin yang cemerlang untuk diri sendiri, keluarga serta masyarakat seluruhnya dalam konteks kerjaya, kewangan dan kehidupan.

Program yang bermula sekitar jam 12 tengah hari ini dimulakan dengan ucapan pengenalan menjelaskan tentang program yang dijalankan. Selain itu terdapat juga sesi perkongsian pengalaman daripada perunding-perunding kewangan berjaya dibawah didikan Dr Niki yang menceritakan pelbagai latar belakang serta pengalaman kerjaya. Perkongsian juga merangkumi usaha dalam merealisasikan impian sehingga berjaya menjana pendapatan mencecah 5 angka sebulan.

Sesi Perkongsian Perunding Kewangan Berjaya
Sesi perkongsian oleh perunding kewangan berjaya
Berkongsi pengalaman dalam merealisasikan kejayaan 

Sesi Soal Jawab Pencarian Pemimpin Abadi Bersama Dr Niki


Kami juga dihidangkan dengan juadah tengah hari yang menyelerakan sebelum sesi soal jawab bersama Dr Niki bermula. Sesungguhnya, terlalu banyak ilmu bermanfaat yang diperolehi sewaktu sesi soal jawab ini. Pelbagai soalan dilontarkan oleh rakan-rakan bloggers tentang kerjaya dalam bidang kewangan termasuk tips menguruskan wang secara bijak yang mampu membina kekayaan sebenar. Pelbagai tips dan panduan membina kekayaan yang tidak mungkin diperolehi secara mudah telah dikongsikan dengan ikhlas dalam suasana santai yang menceriakan.

Bloggers bersama Dr Niki Shuhada Shukor
Bergambar selepas selesai menjamu selera
Sesi Soal Jawab Dr Niki Shuhada
Sesi interview, soal jawab bersama Dr Niki Shuhada

Saya juga tidak ketinggalan mengajukan beberapa soalan berkaitan peluang kerjaya dan tips urus wang dengan bijak. Tahukah anda, dengan menguruskan kewangan secara bijak serendah RM200.00 sebulan mampu mengubah masa depan kewangan dan kehidupan anda. Bukan sekadar itu, ia amat membantu sebagai persediaan persaraan yang sangat lumayan. Apa yang penting dalam membina kerjaya dan melabur adalah usaha, ketekunan, sabar dan istiqamah dengan bimbingan mentor yang pakar, bertauliah serta terjamin disisi perundangan negara.  

Selain itu, antara soalan lain adalah mengenai pengalaman pahit yang pernah beliau tempuhi sepanjang 18 tahun berkecimpung dalam industri kewangan. Jawapan yang dikongsikan cukup terkesan dalam diri ini. Justeru sebagai blog yang berorientasikan motivasi sosial, Saya kongsikan jawapan beliau sebagai nasihat untuk dijadikan panduan bersama. Ia cukup membina semangat dan memotivasikan diri!

“Saya sentiasa berfikiran positif dalam kehidupan ini. Justeru, tiada pengalaman pahit yang tersemat dalam ingatan kerana semuanya adalah pengajaran. Seseorang yang berjaya pasti mampu belajar dari pengalaman yang maha pahit sebagai satu pelajaran bermanfaat untuk kejayaan diri”  - Dr Niki Shuhada Shukor 

Dr Niki Shuhada Shukor, Khir Khalid, khirkhalid.com
Cenderahati daripada Dr Niki Shuhada

Membina Kerjaya Dengan Ilmu Bijak Wang


Mungkin terdapat segelintir yang berkata bahawa wang bukanlah segalanya tetapi ingatlah, wang adalah elemen yang penting dalam membentuk kehidupan yang sempurna. Menguruskan wang dengan bijak juga merupakan ibadah yang dipertanggungjawabkan kepada setiap insan. Belajarlah dari yang pakar… semoga ilmu yang diperolehi membawa manfaat untuk kejayaan dalam kehidupan di dunia dan juga akhirat… aamiin.

Blogger bersama Dr Niki Shuhada Shukor
Sesi Fotografi Bersama Dr Niki Shuhada Shukor (Kredit gambar fanpage Dr Shuhada Shukor)

Sesi berakhir sekitar jam 5 petang dengan mengabadikan foto kenangan bersama. Perkongsian yang diperolehi juga menarik minat saya untuk menimba ilmu menjana kekayaan dengan pengurusan kewangan bijak demi kehidupan yang lebih sejahtera. Kepada pembaca yang dihormati... jangan terperanjat sekiranya saya berkongsi tentang motivasi kewangan dan kerjaya pelaburan pula nanti ye... :)

Program Pencarian Pemimpin Abadi Bersama Dr Niki Shuhada.. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan program terkini yang dijalankan berserta tips dan nasihat kewangan yang bermanfaat di Fb fanpage >>> Dr Shuhada Shukor.

"Belajar dari yang terbaik dari kemungkinan ke kebarangkalian luarbiasa"

COMMENTS

BLOGGER: 82
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,121,Intervensi,50,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,173,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Program Pencarian Pemimpin Abadi Bersama Dr Niki Shuhada
Program Pencarian Pemimpin Abadi Bersama Dr Niki Shuhada
Pencarian Pemimpin Abadi, Kerjaya kewangan, Motivasi kewangan pelaburan dan kerjaya, Bijak wang, Tips jana wang, Dr Niki Shuhada Shukor, Mentor kewangan, Life Success Resources,
http://4.bp.blogspot.com/-5SUfJ-YFXWo/VP2JdWGDM1I/AAAAAAAAJR8/CZ5Km4oi_fw/s1600/Pencarian%2BPemimpin%2BAbadi%2Bbersama%2BDr%2BNiki%2BShuhada%2BShukor.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-5SUfJ-YFXWo/VP2JdWGDM1I/AAAAAAAAJR8/CZ5Km4oi_fw/s72-c/Pencarian%2BPemimpin%2BAbadi%2Bbersama%2BDr%2BNiki%2BShuhada%2BShukor.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/03/program-pencarian-pemimpin-abadi.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/03/program-pencarian-pemimpin-abadi.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy