Ranking Alexa Dan Program Affiliate

Ranking Alexa, Alexa khirkhalid.com, alexa, program affiliate, affiliate marketing, agen affiliate, buat duit online, dana pembangunan sosial blog Khir Khalid,

Ranking Alexa Dan Program Affiliate OnlineAlexa oh Alexa… baru sahaja selang beberapa artikel sebelum ini saya ada menulis tentang ranking Alexa. Bolehlah kalau nak dikatakan artikel kali ini adalah bersifat memujuk. Tambahan kepala ni tengah sarat fikir macam-macam… belum mengizinkan untuk menulis perihal yang serius. Maka biarlah dulu… ada 6 artikel yang masih dalam pembikinan. Idea tengah menghilang… lek la lu der… :D

Ranking Alexa Khir Khalid
Ranking Alexa KhirKhalid.com [5/3/2015]

Ranking Alexa KhirKhalid.com 


Kesempatan waktu semalam, saya tergerak nak meninjau lagi ranking Alexa sekadar nak menyedapkan hati. Alhamdulillah... bounce rate ok dan ranking yang menyenangkan. Bagi saya, kalaulah Alexa ni seorang perempuan, memang tak laratlah nak dilayan… Jenis suka jual mahal bila kita mengharapkan, tetapi datang pula memberi harapan bila kita sudah tidak mengharapkan hehee. Penat nak melayan perangai awek macam tu weii... Justeru, kepada rakan-rakan blogger dan pembaca wanita, janganlah bersikap seperti Alexa ni. Penat tau bf atau en suami.. :D   

Apa pun, syukurlah. Lepas ni malaslah nak harap selalu kat cik Alexa.. nak buat-buat jual mahal sikit hoho. Alexa.. please be good to me… Mudah-mudahan berterusan dalam keadaan baik. Lagipun saya tiadalah meletakkan harapan yang terlalu tinggi. Cuma sekadar menjadi usaha sampingan sebagai rencah motivasi dan cabaran alang-alang dah berblogging. Paling penting seperti yang dikatakan sebelum ini adalah niat perkongsian dan jalinan ukhwah yang baik dalam berkongsi pengetahuan untuk manfaat bersama.

Program Affiliate Online Dengan Blog

Selain berkongsi ekspresi hati tentang ranking Alexa, tujuan utama menulis artikel kali ini juga adalah untuk memujuk. saya tujukan terutamanya kepada rakan-rakan yang mengenali diri ini serta pembaca yang sudi. Anda boleh menyumbang dengan membeli secara online melalui setiap iklan affiliate yang ada di blog ini. Kepada yang belum pernah membeli secara online… cuba-cubalah. Jangan disempitkan dengan stigma negatif risiko membeli secara online. Mana-mana pun ada risiko… Mudah dan terjamin sebenarnya..

Saya menyediakan program affiliate yang terpilih. Ia membantu memperkasa usaha saya berblogging agar dapat pergi lebih jauh. Namun, jauh bukanlah bererti sejauh rakan-rakan ‘travel blogger’ tegar seperti blogger Kaki Travel Khairuddin, Jari Manis Travel, Pojiegraphy atau Warga Alam tu. Cuma berhasrat merealisasikan hasrat jangka panjang berblogging melalui sumber maya untuk mencapai apa yang diinginkan. Antara sumber berpotensi adalah melalui program-program affiliate.

Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah pun membantu. Apa yang anda sumbangkan ada bahagiannya untuk manfaat insan. Teruskan membeli di blog ini. Dengan membeli anda juga memberi. Apa yang diterima juga membuatkan saya mampu memberi kepada yang lain. Sekurang-kurangnya menjadi sumber yang bermanfaat untuk meneruskan wadah kesedaran sosial menyelam lubuk realiti kehidupan dan berkongsi secara telus disamping membantu apa yang termampu sebagai sumbangan kepada pembangunan sosio negara.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM
Kenangan, penghormatan dan inspirasi keusahawanan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Pendapatan Affiliate Buat Manfaat Insan

Walaupun pendapatan yang diperolehi melalui blog tidaklah seberapa dan sehebat para internet marketer, usahawan online atau blogger-blogger hebat, sekurang-kurangnya ia membantu untuk menterjemahkannya kepada sesuatu yang bermakna. Pastinya setiap kita ada niat tersendiri dalam berblogging. Tak kisahlah apa pun selagi baik.. yang penting kita dapat sama-sama berkongsi ilmu dan belajar. Saya beroleh ilmu dari rakan-rakan blogger yang lain, begitu juga hasrat saya untuk menyumbang pengetahuan dengan cara sendiri buat manfaat rakan dan pembaca seluruhnya juga.

Terima kasih atas perkongsian dan silaturrahim sahabat pembaca sekelian. Semoga sentiasa sihat, dirahmati dan diberkati kehidupan semuanya… aamiin… :)

COMMENTS

BLOGGER: 74
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Ranking Alexa Dan Program Affiliate
Ranking Alexa Dan Program Affiliate
Ranking Alexa, Alexa khirkhalid.com, alexa, program affiliate, affiliate marketing, agen affiliate, buat duit online, dana pembangunan sosial blog Khir Khalid,
https://4.bp.blogspot.com/-CdOZ_zT8umM/VPfmrMQzJhI/AAAAAAAAJQo/xynWNmdRQCI/s1600/alexa.com%2BKhir%2BKhalid.png
https://4.bp.blogspot.com/-CdOZ_zT8umM/VPfmrMQzJhI/AAAAAAAAJQo/xynWNmdRQCI/s72-c/alexa.com%2BKhir%2BKhalid.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/03/ranking-alexa-dan-program-affiliate.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/03/ranking-alexa-dan-program-affiliate.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy