Rezeki Perasmian Petronas Bandar Tasik Puteri, Rawang

Perasmian Petronas Bandar Tasik Puteri, Petronas Tasik Puteri, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Bandar Tasek Puteri,

Rezeki Perasmian Petronas Bandar Tasik Puteri, Rawang – Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk. Aktiviti berblogging pun tidak dapat dilakukan seperti kebiasaan. Itulah yang biasa berlaku apabila ada perkara penting yang perlu diutamakan. Artikel kali ini, saya berhasrat mengabadikan sketsa kekeluargaan tentang rezeki yang diperolehi anak ketiga pada pagi Sabtu yang lalu sempena perasmian pembukaan stesen Petronas di tempat saya… Alhamdulillah.

Stesen Petronas Bandar Tasik Puteri

Perasmian Stesen Petronas Bandar Tasik Puteri


Pada Sabtu (28/2/2015), boleh dikatakan seluruh penduduk Bandar Tasik Puteri telah dijemput menghadiri majlis perasmian pembukaan stesen Petronas di sini. Ia merupakan satu-satunya stesen minyak yang terdapat di sekitar Bandar Tasik Puteri setakat ini. Kini ia memudahkan kami untuk mengisi minyak tanpa perlu pergi jauh.

Sayangnya saya tidak kesempatan untuk hadir disebabkan urusan lain. Hanya Puan Mem dan 3 orang anak kami yang pergi menghadiri majlis perasmian tersebut. Terdapat pelbagai acara yang berlangsung dengan meriah bermula jam 8 pagi sehingga lewat jam 1 tengah hari. Antaranya acara sukaneka seperti bowling kelapa, pertandingan makan tembikai dan sebagainya sesuai dengan konsep kekeluargaan dan kejiranan. Selain itu terdapat juga acara menari berpasangan dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak. Jamuan juga disediakan buat tetamu yang hadir... percuma lagi...

Pertandingan Mewarna Petronas Bandar Tasik Puteri


Pertandingan mewarna menjadi pilihan anak-anak memandangkan mereka sememangnya meminati bidang senilukis. Justeru, hobi waktu lapang yang biasa dilakukan di rumah tidak disia-siakan. 2 orang anak kami telah menyertai pertandingan mewarna tersebut.

Pertandingan Mewarna Petronas Bandar Tasik Puteri

Peserta dikehendaki mewarna gambar stesen Petronas yang disediakan oleh pihak penganjur mengikut kreativiti masing-masing. Peralatan mewarna perlulah dibawa sendiri dan ia merupakan ‘advantage’ buat anak disebabkan sudah biasa menggunakan pensel warna yang ada. Waktu yang diberikan adalah 40 minit untuk disiapkan.

Rezeki Anak Menang Pertandingan Mewarna Petronas


Alhamdulillah… Anak ketiga kami telah memenangi tempat pertama pertandingan mewarna tersebut. Saya sendiri tidak menyangka apabila Puan Mem pulang membawa basikal baru. Ingatkan beli, rupanya hadiah… syukurlah. Jimat sikit duit... :D

Perasmian Pembukaan Petronas Bandar Tasik Puteri

Anak bongsu kami tidak memenangi apa-apa memandangkan dia baru berusia 7 tahun dan tidak sempat menghabiskan mewarna dalam tempoh yang diberikan. Tapi takpe lah.. dia pun tak kisah. Apa pun, semuanya menjadi pengalaman manis buat mereka bersama penduduk Tasik Puteri yang hadir.

Perasmian Pembukaan Petronas Bandar Tasik Puteri


So.. lepas ni senang nak isi minyak. Pemilik stesen pun tinggal di kejiranan yang sama. Jadi, kira promote sekalilah stesen minyak Petronas Bandar Tasik Puteri... Jiran-jiran apa ada hal kan… cuma kalau kami isi minyak dapat 'free gift' selalu pun oklah keh keh…

Apa pun, didoakan semoga perniagaan saudara terus maju dan sukses... aamiin.. :)

COMMENTS

BLOGGER: 35
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Rezeki Perasmian Petronas Bandar Tasik Puteri, Rawang
Rezeki Perasmian Petronas Bandar Tasik Puteri, Rawang
Perasmian Petronas Bandar Tasik Puteri, Petronas Tasik Puteri, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Bandar Tasek Puteri,
http://2.bp.blogspot.com/-AxLJdhLBZfM/VPXCvfH52YI/AAAAAAAAJPk/jcDIaPKdc3E/s1600/Petronas%2BBandar%2BTasik%2BPuteri.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-AxLJdhLBZfM/VPXCvfH52YI/AAAAAAAAJPk/jcDIaPKdc3E/s72-c/Petronas%2BBandar%2BTasik%2BPuteri.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/03/rezeki-perasmian-petronas-bandar-tasik.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/03/rezeki-perasmian-petronas-bandar-tasik.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy