Sambutan Hari Penjara ke-225 Peringkat Parol Kuala Lumpur

Pada Khamis (19/3/2015), telah berlangsungnya Sambutan Hari Penjara yang ke-225 bagi peringkat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri W.P. ...

Pada Khamis (19/3/2015), telah berlangsungnya Sambutan Hari Penjara yang ke-225 bagi peringkat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri W.P. Kuala Lumpur. Majlis sambutan bermula pada jam 9 pagi bertempat di Pejabat Parol Negeri W.P. Kuala Lumpur

Sambutan Hari Penjara Parol Kuala Lumpur

Sambutan Hari Penjara Parol Kuala Lumpur


Majlis Sambutan Hari Penjara peringkat Parol Kuala Lumpur ini diadakan dalam suasana sederhana dengan intipati pengisian bermanfaat buat semua anggota yang hadir. Ia dimulakan dengan bacaan doa disertakan dengan ucapan yang disampaikan oleh PP Saidun Othman selaku Pengarah Parol dan Perkhidmatan Komuniti Negeri, W.P. Kuala Lumpur.

Acara diteruskan dengan sesi bacaan Yaasin dan doa selamat agar segala urusan yang dilaksanakan sentiasa berjalan dengan lancar dan beroleh keberkatan Allah swt. Majlis sambutan pada sebelah pagi berakhir selepas selesai bacaan Yaasin dan doa selamat. Ia kemudiannya diteruskan lagi dengan sesi intervensi kekeluargaan bersama sukarelawan Parol yang bermula sekitar jam 2:30 petang.

Bacaan Yaasin dan doa selamat Parol WPKL
Bacaan Yaasin dan doa selamat sempena Sambutan Hari Penjara ke-225
Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur

Intervensi Kekeluargaan Bersama Sukarelawan Parol


Pengisian intervensi kekeluargaan merupakan acara sambutan sebelah petang dengan program santai perlawanan bowling bersama anggota dan sukarelawan parol Kuala Lumpur. Ia telah diadakan di Pusat Rekreasi Bowling, Brem Mall, Kepong. Turut hadir adalah bekas Orang DiParol dibawah penyeliaan Parol Kuala Lumpur yang telah pun menamatkan tempoh hukuman dan kini menjalani kehidupan dengan sebaiknya.

Perlawanan bowling yang diadakan ini hanyalah acara persahabatan tanpa melibatkan pemilihan pemenang. Tujuan utama adalah bagi memastikan silaturrahim yang terjalin diantara semua yang terlibat sentiasa akrab dan saksama. Ia sememangnya penting agar segala perancangan yang telah dan akan dilaksanakan sentiasa dapat mencapai hasrat dengan jayanya.
Perlawanan Bowling bersama anggota dan sukarelawan Parol WPKL
Perlawanan Bowling bersama anggota dan sukarelawan Parol WPKL
Intervensi Bowling bersama anggota dan sukarelawan Parol WPKL
Antara ahli keluarga rakan seperjuangan yang turut hadir
Intervensi Bowling bersama anggota dan sukarelawan Parol WPKL
'Game point' pusingan pertama.. semua belum panas lagi ni... :D
Intervensi Bowling bersama anggota dan sukarelawan Parol WPKL
Barbaritos.. hidangan daripada rakan yang merupakan pengusaha makanan Mexico.
Intervensi Bowling bersama anggota dan sukarelawan Parol WPKL
Fokus bro.. fokus... :D

Acara bowling yang berlangsung dengan 3 pusingan perlawanan berakhir sekitar jam 5:30 petang. Intervensi kekeluargaan ini sesungguhnya juga dapat memperkasa informasi melalui perbincangan dan perkongsian santai diantara anggota dan sukarelawan Parol sepanjang perlawanan bowling berlangsung. Mudah-mudahan segala intipati Sambutan Hari Penjara ke-225 Peringkat Parol Luala Lumpur ini menjadi penyuntik inspirasi dan semangat kepada semua dalam meneruskan amanat tanggungjawab demi kesejahteraan masyarakat dan negara… aamiin.
Intervensi Bowling bersama anggota dan sukarelawan Parol WPKL
Ahli Keluarga Parol W.P. Kuala Lumpur

Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama 
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 
untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah 
berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia

COMMENTS

BLOGGER: 34
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Sambutan Hari Penjara ke-225 Peringkat Parol Kuala Lumpur
Sambutan Hari Penjara ke-225 Peringkat Parol Kuala Lumpur
http://3.bp.blogspot.com/-Wr4gTuZ85Eo/VQ2HKsUmCGI/AAAAAAAAJXg/MU06BPnJdQg/s1600/Hari%2BPenjara%2BParol%2BKuala%2BLumpur.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-Wr4gTuZ85Eo/VQ2HKsUmCGI/AAAAAAAAJXg/MU06BPnJdQg/s72-c/Hari%2BPenjara%2BParol%2BKuala%2BLumpur.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/03/sambutan-hari-penjara-ke-225-peringkat.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/03/sambutan-hari-penjara-ke-225-peringkat.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy