Sejarah Bermula Hedonisme Di Malaysia

Sejarah Hedonisme di Malaysia berdasarkan pertanyaan pembaca, fakta kaji selidik sosio pendidikan.

Sejarah Bermula Hedonisme Di Malaysia,

Baru-baru ini saya sekali lagi menerima pertanyaan berkenaan isu sosio pendidikan. Kali ini berkaitan artikel yang pernah dikongsikan satu masa dahulu bertajuk Gejala Hedonisme Di Malaysia.

Soalan ini telah diutarakan oleh seorang penuntut institusi pengajian tinggi yang ingin mendapatkan sumber rujukan lanjut bagi menjelaskan fakta tentang sejarah bermula hedonisme di Malaysia. Terima kasih atas kesudian saudari Izzati mengutarakan persoalan tersebut.

Bermulanya hedonisme di Malaysia

Pengkajian Hedonisme Di Malaysia


Berdasarkan kaji selidik bersama beberapa aktivis, usahawan sosial dan NGO yang pernah dilaksanakan sebelum ini mendapati sumber rasmi mengenai sejarah bermulanya Hedonisme di Malaysia ini sebenarnya belum lagi dijelaskan secara terperinci.

Pengajian yang kami laksanakan pada sekitar penghujung 2013 melibatkan pencarian data sama ada berdasarkan rujukan beberapa NGO, aktivis dan pengkaji sosial termasuk maklumat melalui carian siber demi mendapatkan penjelasan terperinci mengenai gejala hedonisme.

Justeru, kami telah melakukan beberapa kaji selidik latar belakang remaja bagi mengenalpasti symptom tarikan mereka terhadap hedonisme moden kini.

Kajian turut dilakukan secara tanpa sedar semasa program KL EDGE Day anjuran Drug Free Youth Association. Ia merupakan acara menyuntik kesedaran positif berterusan kepada remaja yang menggemari muzik berentak keras dan berpegang kepada aliran Straight Edge. Artikel tersebut boleh dibaca di sini > KL Edge Day 2013

Selain itu, saya juga ada mengumpulkan maklumat melalui beberapa aktiviti intervensi yang pernah dilaksanakan. Individu yang dipilih adalah mereka yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah atas tujuan hiburan.

Mereka bukanlah jenis penagih dadah tegar sebaliknya penagih jenis dadah sintetik yang diambil untuk tujuan berhibur. Mereka akui melalui pengambilan ‘fun drugs’ ini, hiburan berterusan selama satu hari memang dirasakan tidak cukup, sehinggalah mereka tertangkap polis dan dihadapkan tindakan undang-undang. Beberapa siri catatan berkaitan aktiviti intervensi ada dikongsikan di sini > Intervensi

Latar Belakang Sejarah Hedonisme Di Malaysia 


Berdasarkan kaji selidik melalui kesemua sumber dan subjek di atas mendapati pengaruh utama hedonisme ini sebenarnya timbul dari pengaruh kehidupan keluarga mereka sendiri.

Terdapat 30 peratus maklumat yang diperolehi berdasarkan kaji selidik menyatakan mereka sebenarnya terdorong melalui budaya dan gaya hidup ibu bapa dan datuk nenek mereka sendiri. Manakala 70 peratus lagi terikut dengan pengaruh rakan sebaya dari golongan 30 peratus itu yang cenderung dan sentiasa teruja dengan hiburan melampau.

Bermulanya hedonisme di Malaysia

Antara kenyataan perbualan daripada beberapa subjek utama adalah seperti berikut…

Kenyataan 1 : “Enjoy sakan ni biasalah bang.. dari zaman kecil dulu pun ayah kaki enjoy juga. Nasib baiklah mabuk-mabuk pun masih ingat balik rumah. Dari zaman atuk pun ikutkan cerita ayah lagi teruk.. layan ronggeng.. rock n’ roll sampai ke pagi. Zaman tu lagi ‘pure’..”

Kenyataan 2 : “Layan ice (syabu) buat saya tak boleh tidur… boleh enjoy sampai ke pagi. Punca pun dari cerita-cerita zaman datuk neneklah… Dia orang lagi ‘havoc’ sebenarnya… waktu tu ramai layan whiskey.. beer.. lagi advance pekena heroin… candu… Kalau orang-orang KL atau Singapore zaman 60an ni taulah kan… Baru merdeka, pengaruh barat masih kuat lagi…”

Kenyataan 3 : "Ikut member punya hal jadi layan sekali... mula-mula ikut sebab nak jaga hati member... lepas tu sendiri terjebak jadi tak tau nak balik rumah dah hahaa.. "

Kenyataan 4 : “Saya tak layan drugs-drugs ni. Saya stay sober, cuma bila bab entertainment ni memang hyper sikit. Memang dah keturunan jenis kaki muzik… Kami tau apa yang salah dengan undang-undang, Cuma bila bab ‘gig’ ni memang tak tertahan.. sampai pagi pun layannn…”

Kenyataan diatas direkodkan daripada mereka yang dianggap pencetus utama kepada gejala hedonisme. Mereka mampu mempengaruhi rakan-rakan sebaya lain terutamanya yang kurang mendapat perhatian dari ibu bapa serta keluarga. Kebanyakkan yang terpengaruh disebabkan ‘pengaruh kawan’ adalah remaja yang berlatarkan keluarga senang. Mereka yang mudah mendapat wang ringgit dari ibu bapa tanpa bimbingan kekeluargaan yang sewajarnya.

Hedonisme Dahulu, Kini Dan Akan Datang


Berdasarkan pertemuan dengan hampir 200 remaja dan dewasa berpotensi di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Johor Bahru pada tahun 2013 mendapati pengaruh hedonisme ini berakar umbi dari mereka yang mempunyai latar belakang 'keluarga senang' yang gemar berhibur. Tanpa disedari pengaruh dari yang tua membawa hingga ke generasi termuda melalui perbualan, penceritaan dan perlakuan yang berlaku melalui proses pembesaran subjek dalam keluarga itu sendiri.

Secara tidak sedar juga, didikan yang terbentuk dalam diri golongan akar umbi ini sebenarnya mampu mempengaruhi rakan sebaya yang lain dengan mudah.

Berdasarkan kaji selidik juga kami berpendapat bahawa trend hedonisme moden ini secara nyata mula subur sekitar awal 60an. Golongan generasi ini semakin bertambah pada hari ini dan mula kelihatan dikhalayak ramai sehingga mampu menggugat kesejahteraan sosial masyarakat dan negara.

Rujukan Rasmi Berkenaan Hedonisme Di Malaysia


Berdasarkan apa yang saya ketahui, belum ada lagi maklumat rasmi tentang punca dan sejarah bermulanya gejala hedonisme di Malaysia yang diperolehi sehingga kini. Pengkajian yang telah dilakukan ini juga merupakan sebahagian kecil fakta yang dikumpulkan demi membantu mencipta rujukan untuk kebaikan pengkajian sosial. Ia diperolehi melalui kaji selidik jalanan secara praktikal dengan berhadapan individu yang pernah terlibat dalam gejala hedonisme itu sendiri.

Sesungguhnya kaji selidik dan tesis yang saudari laksanakan nanti juga pastinya membantu mengukuhkan lagi maklumat tentang hedonisme ini. Setakat ini, artikel ini sahaja yang mampu dikongsikan bagi membantu hasrat yang saudari Izzati.

Mudah-mudahan ia juga membantu saudari dalam menyumbang memperkasa pembangunan sosial sejahtera demi kebaikan generasi akan datang. Semoga berjaya... In shaa Allah.

Justeru kepada pembaca yang dihormati, sekiranya ada maklumat atau pendapat lain yang bermanfaat dalam membantu memperkasakan informasi Sejarah Bermula Hedonisme Di Malaysia, mohon kongsikan di ruang komen demi kebaikan bersama. 


COMMENTS

BLOGGER: 20
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Sejarah Bermula Hedonisme Di Malaysia
Sejarah Bermula Hedonisme Di Malaysia
Sejarah Hedonisme di Malaysia berdasarkan pertanyaan pembaca, fakta kaji selidik sosio pendidikan.
https://4.bp.blogspot.com/-mOV6FsljkGU/W0cW_lNOUVI/AAAAAAAAUdU/KsqKQpOcJA40rNg3XOLNzFk9kmVkiGJTgCLcBGAs/s640/hedonisme.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-mOV6FsljkGU/W0cW_lNOUVI/AAAAAAAAUdU/KsqKQpOcJA40rNg3XOLNzFk9kmVkiGJTgCLcBGAs/s72-c/hedonisme.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/03/sejarah-bermula-hedonisme-di-malaysia.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/03/sejarah-bermula-hedonisme-di-malaysia.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy