Fatwa JAKIM Perjuangan ISIS Umat Islam Malaysia

Fatwa umat islam Malaysia yang berjuang atas nama ISIS atau ISIL, Fatwa JAKIM terhadap ISIS atau ISIL,

Semalam saya telah membaca satu artikel berkenaan fatwa rasmi perjuangan umat Islam Malaysia atas nama Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) atau Islamic State of Iraq and Levant (ISIL). Ia dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan boleh juga dirujuk melalui Portal Rasmi Fatwa Malaysia (e-fatwa) di >> SINI. Justeru, saya terpanggil untuk memanjangkan penjelasan fatwa tersebut untuk peringatan dan pengetahuan bersama.

Fatwa JAKIM tentang ISIS

Penubuhan Perjuangan ISIS Atau ISIL


Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke-106 pada 21-22 Oktober 2014 telah membincangkan isu perjuangan umat Islam Malaysia atas nama ISIS dan ISIL ini. Setelah meneliti laporan penyelidikan yang telah diperakukan oleh Panel Pakar Akidah JAKIM dan kertas kerja yang disediakan beserta fakta-fakta, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan diperjelaskan seperti berikut;

ISIS atau ISIL merupakan rentetan daripada gerakan Salafi Jahidi di Iraq, pada asalnya terdiri dari tiga organisasi jihad yang berbeza. Pertama adalah Ansar al-Islam yang terdiri dari kelompok Salafi Jihadi, warga Iraq yang membentuk kawasan ‘pemerintahan Islam’ tersendiri yang mengamalkan kehidupan Islami ortodoks dan radikal. Kedua adalah kumpulan Mujahidin berasal dari Jordan di Iraq yang mengistiharkan diri mereka sebagai ‘Jamaah al-Tawhid wa al-Jihad’ di bawah pimpinan Abu Mus’ab al-Zarqawi yang berhijrah ke Iraq untuk melancarkan jihad memerangi pendudukan tentera Amerika Syarikat ke atas Iraq. Ketiga adalah kumpulan mujahidin al-Qaeda yang berhijrah dari Afganistan akibat serangan Amerika Syarikat ke atas Afganistan selepas peristiwa 11 September 2001.

Fatwa Jakim Tentang ISIS

ISIS Atau ISIL Adalah Bercanggah Dengan Islam


Kebanyakan para ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah seluruh dunia telah mengingatkan umat Islam agar tidak terpengaruh dengan kumpulan ISIS atau ISIL ini kerana ideologi keganasan dan pendirian mengkafirkan dan menghalalkan darah sesiapa yang tidak sehaluan. Mereka telah membunuh rakyat tidak berdosa dan menghalau golongan Kristian dan Yazidi dengan kezaliman. Para Ulama Ahli Sunnah seluruh dunia melabelkan ISIS atau ISIL ini sebagai Khawarji di zaman moden. Jumhur Ulama Ahli Sunnah bersepakat mengenai kesesatan dan penyelewengan serta memperingatkan umat Islam agar tidak terpedaya dengan segala propaganda ISIS dan ISIL ini.

Sehubungan itu, berdasarkan fakta-fakta yang telah dikemukakan dan selaras dengan nas-nas syarak, Muzakarah berpandangan bahawa kecenderungan dan kegairahan umat Islam untuk berjihad atas nama ISIS dan ISIL ini adalah berpunca daripada kekeliruan dalam memahami konsep jihad dan mati syahid mengikut Hukum Syarak. Seruan jihad dan mati syahid yang dipegang adalah bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada kekufuran kerana menghalalkan darah sesama umat Islam.

Fatwa Jakim tentang ISIS

Fatwa Perjuangan Umat Islam Malaysia Atas Nama ISIS Atau ISIL

  
Oleh itu, Muzakarah menegaskan bahawa tindakan umat Islam dari Malaysia yang telah ataupun yang ingin berjuang atas nama jihad bagi menyokong golongan ISIS atau ISIL adalah sia-sia kerana perjuangan mereka tidak tergolong sebagai jihad dan kematian mereka juga tidak dikategorikan syahid mengikut kerangka Hukum Syarak. Muzakarah menasihatkan seluruh umat Islam di Malaysia supaya menginsafi diri dan tidak mudah terpengaruh atau terjebak dengan propaganda kumpulan ISIS atau ISIL ini. 

Semoga Fatwa Majlis Kebangsaan mengenai perjuangan ISIS dan ISIL masyarakat Islam Malaysia ini menjadi panduan peringatan yang bermanfaat buat kita semua, in shaa Allah. 

Artikel berkaitan:
   

COMMENTS

BLOGGER: 25
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Fatwa JAKIM Perjuangan ISIS Umat Islam Malaysia
Fatwa JAKIM Perjuangan ISIS Umat Islam Malaysia
Fatwa umat islam Malaysia yang berjuang atas nama ISIS atau ISIL, Fatwa JAKIM terhadap ISIS atau ISIL,
https://4.bp.blogspot.com/-viKpaXvfT88/VS8P5oJFDdI/AAAAAAAAJuE/aKH8_GJNwVU/s1600/is-malaysia.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-viKpaXvfT88/VS8P5oJFDdI/AAAAAAAAJuE/aKH8_GJNwVU/s72-c/is-malaysia.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/04/fatwa-jakim-perjuangan-isis-umat-islam.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/04/fatwa-jakim-perjuangan-isis-umat-islam.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy