Gadis Alternative Punk Rock London

Scene Alternative Punk Rock London, Realiti sosial remaja Barat, Alternatif punk rock, Kisah Kesedaran Sosial,

Ada satu kisah yang ingin saya kongsikan sewaktu menetap di Illford, East London pada tahun 1997. Ketika itu saya baru tamat pengajian di University Of Wolverhampton dan berhijrah ke London mencari pekerjaan. Sewaktu itu usia saya baru mencecah 21 tahun. Kisah gadis alternative punk rock ini bernokhtah beberapa minggu sebelum Puteri Diana menemui ajal kemalangan jalan raya di Paris. Saya kongsikan kisah ini sebagai peringatan buat semua.

Tower Bridge, London

Alternative Punk Dan Gaya Hidup Remaja London  


Sejak awal remaja saya merupakan penggemar muzik dan meminati gitar sebagai instrument pilihan. Disebabkan sedikit kebolehan bermain gitar, saya mudah dapat bergaul dengan pelajar antarabangsa yang meminati muzik terutamanya genre Grunge dan Punk Rock di kampus. Pelajaran tetap diutamakan dan selebihnya sekadar aktiviti kehidupan sosial remaja sewaktu pengajian.

Setelah berpindah, ada diantara rakan kampus yang berasal dari London, mengajak saya menyertai kumpulan ‘jamming’ di Seven Kings yang tidak jauh dari kediaman. Boleh dikatakan hampir setiap petang kami berjamming. Saya dikenalkan dengan beberapa kenalan lain yang pandai bermain gitar, bass dan drum. Mereka ‘sporting’ dan turut menyertai kami berjamming silih berganti. Muzik Alternative Punk Rock telah merapatkan perkenalan kami antara satu sama lain.

Gitar elektrik pertama
Kenangan gitar elektrik pertama... gambar pun sudah mulai pudar...

Hari berganti minggu, salah seorang gadis diantara rakan jamming bernama Jez mula rapat dengan saya. Gadis London berusia 18 tahun yang meminati muzik alternative punk rock dan pandai bermain gitar. Kami bertukar pelbagai kod gitar lagu-lagu yang dimain bersama rakan-rakan yang lain. Jez seorang gadis Inggeris yang cantik dengan penerampilan simple, Britlook dan sedikit ‘gothic’ gaya Donna Matthews, Elastica. Saya tertarik dengannya.
    
Geng Alternatif Punk Rock
Gelagat buruk rakan sekampus yang juga geng jamming di Seven Kings...

Kehidupan Sosial Gadis London Bernama Jez  


Pada satu petang, kami berjamming sehingga lewat jam 9:30 malam. Ketika itu Jez beritahu telah berlaku pertengkaran antara beliau dan ibunya. Jez tidak mahu pulang ke rumah dan berharap menumpang tinggal bersama saya buat sementara... ahh berat... Saya menyewa bersama 5 orang rakan senegara. Ketua rumah adalah bekas pelajar kejuruteraan yang disegani, alim dan telah 8 tahun berkerja di London. Membawa Jez adalah satu permasalahan saya kepada mereka semua. 

Setelah diperjelaskan, Jez dibenarkan tinggal di bilik yang dikosongkan. Secara jujur, iman siapa yang tidak tergoda... darah muda... nyaris terjerat bisikan syaitan. Namun syukurlah mempunyai rakan serumah yang tegas. Pesan ibu bapa juga masih tersemat walaupun jiwa ‘rebel’ memberontak. Jez tinggal selama 3 hari sebelum pergi sebagai kenangan. Barangkali Jez beranggapan saya tidak 'gentlemen' seperti kebanyakkan lelaki di London… Astagfirullah... Sejak kejadian itu, saya meninggalkan kumpulan jamming sehinggalah pulang ke tanah air tercinta.

Realiti sosial remaja Eropah di era 90an... pasti lebih hebat sekarang...

Mengenali Jez Dan Pengajaran Di Kota London


Pengalaman mengenali Jez… tiada gambar... hanya istigfar dan ingatan pengajaran yang tersimpan dalam lipatan kehidupan di United Kingdom. Bila kenang kembali, saya bersyukur kerana terselamat dari tergelincir ke arah yang tidak sepatutnya. Kesyukuran yang tidak terhingga juga saya panjatkan ke hadrat Illahi kerana kini dikurniakan isteri dan anak-anak yang setia menempuh cabaran kehidupan bersama... Subhanallah walhamdulillah. Ampunkanlah dosa-dosa ku ya Allah...

Kisah Gadis Alternative Punk Rock London ini bukanlah sesuatu yang dibanggakan. Saya kongsikan sebagai iktibar peringatan dari kelemahan sendiri. Ia juga antara cebisan pengalaman silam yang mendorong saya berkecimpung memperkasa pembangunan sosio-remaja di Malaysia.

Berilah peringatan jika ada ahli keluarga yang melanjutkan pelajaran ke luar negara agar tidak tersasar. Semoga masyarakat kita terutamanya remaja terhindar dari gejala sosial dan konflik jiwa sepertimana kebanyakkan yang dialami remaja di Barat… in shaa Allah.

COMMENTS

BLOGGER: 24
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Gadis Alternative Punk Rock London
Gadis Alternative Punk Rock London
Scene Alternative Punk Rock London, Realiti sosial remaja Barat, Alternatif punk rock, Kisah Kesedaran Sosial,
https://2.bp.blogspot.com/-NWMzNiGEiJ4/VSWAqm7GhYI/AAAAAAAAJpg/-zDVLWqEaBY/s1600/Khir%2BKhalid%2Bin%2BLondon.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-NWMzNiGEiJ4/VSWAqm7GhYI/AAAAAAAAJpg/-zDVLWqEaBY/s72-c/Khir%2BKhalid%2Bin%2BLondon.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/04/gadis-alternative-punk-rock-london.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/04/gadis-alternative-punk-rock-london.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy