Isu Jenayah Warga Asing Di Malaysia

Saya tertarik dengan penulisan rencana saudara M Jasni Majid, seorang kolumnis Utusan Malaysia bertajuk 'Iktibar pandangan seorang haki...

Saya tertarik dengan penulisan rencana saudara M Jasni Majid, seorang kolumnis Utusan Malaysia bertajuk 'Iktibar pandangan seorang hakim' bertarikh 27 April 2015. Ia berkenaan isu jenayah yang membabitkan warga asing di Malaysia. Lantas terpanggil untuk saya panjangkan maklumat tersebut secara ringkas pada artikel kali ini. Ia sebenarnya memberi kesedaran terhadap keselamatan serta kesejahteraan kita sebagai warganegara Malaysia. Mudah-mudahan menjadi renungan dan peringatan untuk kebaikan bersama.   

Warga Asing Di Malaysia

Warga Asing Dan Indeks Kesalahan Jenayah


Seorang hakim di mahkamah tinggi Shah Alam baru-baru ini menjelaskan bahawa kemasukan pendatang asing ke negara ini telah meningkatkan indeks jenayah sekaligus mendatangkan kesan negatif kepada nama baik negara. Disamping ada yang datang mencari rezeki, ada juga yang mengambil kesempatan melakukan jenayah terutamanya jenayah berat. Agak malang kerana sudah berlaku kes-kes penculikan sesama pendatang asing, pembunuhan dan pergaduhan yang terpaksa kita tangani kerana berlaku di negara kita, apatah lagi jika membabitkan warga tempatan.

Saya sendiri akui pernah mengetahui kes pergaduhan akibat dendam yang sebenarnya bermula sewaktu di negara asal mereka. Apabila warga asing ini bertemu di Malaysia, mereka menyambung dendam tersebut dan melepaskannya sehingga tercetus pergaduhan. Ada juga pergaduhan yang menyebabkan kematian. Sememangnya ada dikalangan mereka yang sanggup bertetak berparang sesama mereka kerana dengki, cemburu dan dendam. Berdasarkan penulisan tersebut juga menyatakan ada kejadian dimana mayat dipotong dan diletakkan di tepi jalan dengan keadaan yang menakutkan serta mengerikan.     

Kes jenayah warga asing

Terdapat trend jenayah warga asing terbaru yang menculik warga mereka sendiri dan dijadikan tebusan. Kita tidak pasti apakah lagi bentuk jenayah yang bakal berlaku sesama mereka di negara kita. Permasalahan mereka menjadi beban penguatkuasaan tempatan untuk menyelesaikan yang adakalanya lebih serius dari permasalahan yang kita hadapi sesama kita warga Malaysia. Secara tidak langsung juga meningkatkan statistik jenayah dalam negara malah menambahkan kos dalam urusan siasatan termasuk penghakiman dan hukuman dalam negara.

Kesedaran Komuniti Terhadap Jenayah Warga Asing


Kita sedia maklum bahawa tidak semua warga asing itu merbahaya. Ramai juga dikalangan mereka yang datang melalui jalan yang sah dan mencari rezeki dengan cara yang betul. Apabila penguatkuasaan kerap dilakukan, ramai majikan mula sedar dan tidak berani mengambil risiko pekerja asing tanpa izin bekerja walaupun boleh diperolehi dengan kos upah yang rendah. Ia memberi kesan yang besar dikalangan mereka yang datang melalui cara yang tidak sah. Akibat kesukaran mendapatkan pekerjaan membuatkan mereka terdorong melakukan jenayah untuk memperolehi hasil seperti yang mereka idamkan di negara ini.  

Warga asing di Malaysia

Justeru, kita perlu menyedari bahawa negara kita sememangnya menjadi lubuk rezeki pekerja asing yang sudah menguasai pelbagai sektor. Kita juga akui bahawa tenaga kerja mereka sememangnya diperlukan. Sikap berwaspada dan pelbagai langkah peringatan perlu kita lakukan setiap masa. Keadaan sekarang tidak seperti dahulu. Selain menghadapi permasalahan jenayah sesama warga Malaysia, kita juga terdedah dengan permasalahan warga asing ini.

Kepekaan bersama terhadap persekitaran juga perlu kita pertingkatkan kepentingannya kerana jenayah boleh berlaku tidak kira di mana. Apa yang penting, setiap kita perlu sentiasa memastikan agar tidak membuka peluang kepada penjenayah ke atas diri dan keluarga. Menjadi peringatan juga buat diri saya..


COMMENTS

BLOGGER: 38
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,23,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,113,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,14,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Isu Jenayah Warga Asing Di Malaysia
Isu Jenayah Warga Asing Di Malaysia
http://4.bp.blogspot.com/-2o0NU3ucZkA/VT8IvRircvI/AAAAAAAAJzk/xBno1Dyr9aI/s1600/warga%2Basing%2Bdi%2Bmalaysia.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-2o0NU3ucZkA/VT8IvRircvI/AAAAAAAAJzk/xBno1Dyr9aI/s72-c/warga%2Basing%2Bdi%2Bmalaysia.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/04/isu-jenayah-warga-asing-di-malaysia.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/04/isu-jenayah-warga-asing-di-malaysia.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy