Kompleks Taman Seni Islam Selangor

Kompleks Taman Seni Islam Selangor | Galeri Seni Islam | Shah Alam | sejarah, seni dan artifak Tamadun Islam.

Kompleks Taman Seni Islam Selangor

Baru dapat menyiapkan artikel perkongsian santai kekeluargaan sewaktu cuti sekolah yang lalu. Setelah beredar dari Taman Botani Negara, kami juga berkesempatan melawat Kompleks Taman Seni Islam Selangor yang terletak diseberang jalan bersebelahan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Pada mulanya kami ke masjid menunaikan solat Zohor, namun memandangkan lokasi kompleks yang berhampiran, kami sempat singgah sebelum ke rumah makcik.

Melawat Kompleks Taman Seni Islam


Kompleks Taman Seni Islam ini juga dikenali dengan nama Yayasan Restu dan merupakan pusat perkembangan seni Islam. Ia merupakan satu-satunya kompleks seni Islam seumpamanya di dunia hasil perkenan DYMM Tuanku Sultan Selangor dibawah inisiatif kerajaan negeri Selangor.

Ia bukan sahaja mempamerkan hasil seni Islam seperti khat dan tulisan jawi malah turut menyediakan pelbagai jenis bengkel dan kelas latihan yang berkaitan dengan kesenian Islam.

Konsep yang diketengahkan di kompleks ini berteraskan falsafah ‘pusat penawar inspirasi kehidupan’ yang berunsurkan kesenian sebagai medium dakwah dengan elemen senibina sebagai tarikan umum pelbagai lapisan masyarakat yang menghargai dan meminati seni. Terdapat beberapa tingkat dan bahagian yang memperjelaskan siri perkembangan ketamadunan dan seni Islam di dunia.

Kompleks Taman Seni Islam Selangor
Milestones Al Quran

Pameran Sejarah dan Kesenian Islam


Memandangkan tiada sebarang acara khusus sedang berlangsung sewaktu kedatangan kami, kompleks ini tidak begitu sibuk dan memudahkan kami berjalan-jalan melawat persekitaran.

Tarikan Kompleks Taman Seni Islam ini adalah galeri-galeri yang mempamerkan perkembangan ketamadunan Islam sejak mulanya wahyu diturunkan kepada Rasulullah saw sehinggalah cabaran yang dihadapi dunia Islam moden.

Terdapat pelbagai replika dipamerkan yang kebanyakkannya adalah hasil tangan penuntut-penuntut Yayasan Restu. Ia membantu memberi pendedahan praktikal terutama kepada anak-anak berkaitan pembelajaran sejarah dan ketamadunan Islam. Namun pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar dalam galeri pameran.

Saya hanya dapat berkongsi beberapa gambar dibahagian luar sekitar kompleks ini sahaja untuk diabadikan sebagai kenangan.
Kompleks Taman Seni Islam Selangor
Cenderamata yang terdapat di bahagian pintu masuk
Kompleks Taman Seni Islam Selangor
Taman Seni Islam di tengah-tengah perkarangan kompleks
Kompleks Taman Seni Islam Selangor
Peraturan lawatan

Antara tarikan lain yang berkaitan dengan seni Islam adalah Galeri Al Quran Mushaf Malaysia, Galeri Nur Fatimah, Galeri As Sakinah, Bahagian Penyalinan Mushaf Al Quran, Grafik, Design, Pewarnaan dan Penerapan Emas termasuk Galeri Cenderamata. Terdapat pelbagai jenis kesenian khat termasuk warisan kesenian dari Timur Tengah yang berlandaskan Al Quran turut dipamerkan.

Kompleks Taman Seni Islam Selangor
Bonda tercinta di salah satu pintu masuk galeri pameran
Kompleks Taman Seni Islam Selangor
Seni ukiran perabot dengan ayat Al-Quran
Kompleks Taman Seni Islam Selangor
Bonda bersama cucunya di mimbar

Teratak Baginda Rasulullah Di Kompleks Taman Seni Islam


Terdapat satu galeri yang dicipta untuk menggambarkan keadaan di gua Hira' semasa wahyu diturunkan. Terdapat juga replika bahtera Nabi Nuh a.s., saiz badan Nabi Adam a.s berbanding manusia biasa serta pelbagai peralatan kesenian termasuk jenis-jenis warna dan dakwat. Sebagai seorang yang menghargai seni, saya amat tertarik dengan apa yang dipamerkan.

Apa yang paling menarik perhatian saya adalah replika kediaman Baginda Rasulullah saw bersama Siti Khadijah r.a. yang dibina berpandukan pelan asal. Walaupun saiz pembinaan tidak sama seperti skala sebenar, tetapi kita berpeluang merasai suasana masuk ke dalam rumah tersebut. Terdapat beberapa bilik yang teratur sederhana tetapi menarik. Sangat bagus… boleh ambil konsep rumah Rasulullah saw untuk kediaman sendiri.

Kompleks Taman Seni Islam Selangor
Santai selepas melawat Kompleks Taman Seni Islam

Secara keseluruhan, kompleks ini senantiasa menyampaikan mesej kepada pengunjungnya tentang tingginya nilai seni dalam kemakmuran dunia ketamadunan Islam. Ia juga menyuntik kesedaran dalam menghargai nilai warisan seni Islam serta peranan Muslim sebagai duta Islam melalui daya kreativiti demi memartabatkan keindahan serta kesucian Islam.

Kami di sini sekitar 2 jam sebelum beredar meneruskan perjalanan ke destinasi yang hendak dituju.

Kompleks Taman Seni Islam beroperasi setiap hari kecuali Isnin bermula jam 9:30 pagi sehingga 5:30 petang. Tiada sebarang bayaran masuk dikenakan. Suasana persekitaran dalam sungguh sejuk dan tidak memenatkan untuk berjalan sekeluarga ke setiap pelusuk galeri untuk menghargai nilai kesenian dalam ketamadunan Islam.

Alamat : Yayasan Restu, Kompleks Taman Seni Islam Selangor
Seksyen 14, 40000, Shah Alam, Selangor
Tel: 03 55119001
Faks: 03 5512 3788
Justeru, sekian sahaja perkongsian kali ini. Salam ceria selalu buat anda semua.. :)


COMMENTS

BLOGGER: 37
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Kompleks Taman Seni Islam Selangor
Kompleks Taman Seni Islam Selangor
Kompleks Taman Seni Islam Selangor | Galeri Seni Islam | Shah Alam | sejarah, seni dan artifak Tamadun Islam.
https://4.bp.blogspot.com/-Of4MhYRNDLo/VSNRF50tFjI/AAAAAAAAJnI/MipVmr0cHv8/s1600/Kompleks%2BTaman%2BSeni%2BIslam%2BSelangor.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-Of4MhYRNDLo/VSNRF50tFjI/AAAAAAAAJnI/MipVmr0cHv8/s72-c/Kompleks%2BTaman%2BSeni%2BIslam%2BSelangor.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/04/kompleks-taman-seni-islam-selangor.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/04/kompleks-taman-seni-islam-selangor.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy