Komuniti Isteri Banduan Amerika Syarikat

Komuniti isteri banduan, Komuniti isteri banduan Amerika Syarikat, Sokongan keluarga banduan, memperkasa pembangunan sosial Malaysia,

Sebelum ini saya ada menulis artikel mengenai program sokongan keluarga banduan antarabangsa yang boleh dibaca di >> SINI. Justeru, artikel kali ini ingin saya berkongsi maklumat berkenaan laman komuniti facebook Wifes Of Inmates yang ditubuhkan sebagai tapak sokongan dan rujukan isteri banduan di Amerika Syarikat. Kepada sesiapa yang berhasrat berkecimpung dalam aktiviti pembangunan keusahawanan sosial dan koreksional, ‘community page’ ini boleh dijadikan antara inspirasi rujukan yang bermanfaat.
Komuniti Isteri Banduan Amerika Syarikat
Lawati Page Komuniti >>> Wives Of Inmates

Page Komuniti Wives Of Inmates


Saya telah mengikuti perkembangan page komuniti Wives Of Inmates selama 2 tahun. Ia memaparkan banyak perkongsian luahan hati serta konflik yang dihadapi keluarga, isteri, teman wanita atau kekasih mereka yang dihadapkan hukuman penjara di Amerika Syarikat. Segala status yang dikongsikan di komuniti page ini adalah luahan dan pendedahan sebenar.

Melalui pemerhatian, saya akur bahawa budaya masyarakat Barat yang ‘open minded’ ada ‘prons and cons’nya. Dalam kes ini ia dilihat sebagai satu elemen yang positif untuk masyarakat mereka. Pelbagai permasalahan dan maklumat dikongsikan secara interaktif oleh mereka yang mengalami nasib yang sama. Ia membantu mengurangkan tekanan kepada mereka yang terpalit menanggung kesan kesalahan orang yang mereka sayangi.

Keluarga Banduan Dan Persepsi Masyarakat


Kita sering menonton dan membaca berita mereka yang didakwa dan dipenjarakan atas pelbagai kesalahan. Namun sedarkah kita bahawa sebahagian besar pesalah yang didakwa itu juga mempunyai keluarga. Pesalah yang dijatuhkan hukuman sudah sewajarnya bertanggungjawab atas kesalahan yang dilakukan. Tetapi, kebanyakkan kita tidak menyedari kesan’ tempias’ kepada mereka yang terdekat seperti anak, isteri, kekasih, saudara atau yang bersangkutan dengannya.

Komuniti Isteri Banduan Amerika Syarikat

Saya ada satu kisah tentang seorang isteri yang suaminya keluar rumah untuk bekerja. Tanpa disangka si isteri telah menerima panggilan telefon yang memaklumkan suaminya telah ditangkap. Ia berpunca daripada kes pergaduhan yang membawa kepada hukuman 18 tahun penjara disebabkan kematian tanpa niat. Peristiwa tersebut menyebabkan keluarga pesalah itu dipulaukan jiran tetangga. Anak-anak dipersenda di sekolah. Tekanan dan kesempitan hidup menanggung gelaran ‘isteri dan anak pembunuh’ membuatkan mereka terpaksa berpindah menangani ‘stigma masyarakat’.

Cuba anda bayangkan sekiranya individu yang menerima panggilan itu adalah anda. Orang yang anda cintai didakwa dan dipenjarakan. Apakah perasaan bila masyarakat sekeliling turut mencemuh anda dan keluarga. Stigma masyarakat sesetengah kita yang masih menebal membuatkan ada diantara keluarga banduan mengambil keputusan untuk berdiam diri memendam rasa. Kesannya pasti akan turut mempengaruhi psikologi anak-anak mereka yang merupakan generasi masa hadapan kita sendiri. 

Komuniti Isteri Banduan Amerika Syarikat

Sokongan Keluarga Banduan Untuk Kesejahteraan Negara 


Buat masa ini saya tidak menemui ‘community page’ seperti ini di negara kita. Ia sebenarnya adalah cara yang kos efektif memulihkan semangat keluarga banduan. Jangan diperkecil potensi media sosial kerana ia akan menjadi elemen interaksi induk masyarakat ‘hiper connected’ dalam beberapa tahun akan datang di seluruh dunia.  

Justeru, jika ada pembaca yang mengetahui ‘community page’ sokongan isteri atau keluarga banduan seperti ini di Malaysia, mohon maklumkan di ruang komen, inbox atau hubungi saya. Ia membantu kepada mereka yang memerlukan. Faktor keluarga dan mereka yang berkaitan dengan banduan juga merupakan antara asbab utama banduan insaf diberi peluang kedua. Informasi koreksional rujukan komuniti negara-negara luar akan saya kongsikan dari masa ke semasa sebagai panduan alternatif memperkasa pembangunan sosial demi kesejahteraan negara.


COMMENTS

BLOGGER: 23
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Komuniti Isteri Banduan Amerika Syarikat
Komuniti Isteri Banduan Amerika Syarikat
Komuniti isteri banduan, Komuniti isteri banduan Amerika Syarikat, Sokongan keluarga banduan, memperkasa pembangunan sosial Malaysia,
http://2.bp.blogspot.com/-DjlDTDJz4eM/VSaO_atctQI/AAAAAAAAJqY/H1drqOLmslA/s1600/Komuniti%2BIsteri%2BBanduan%2BAmerika%2BSyarikat.png
http://2.bp.blogspot.com/-DjlDTDJz4eM/VSaO_atctQI/AAAAAAAAJqY/H1drqOLmslA/s72-c/Komuniti%2BIsteri%2BBanduan%2BAmerika%2BSyarikat.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/04/komuniti-isteri-banduan-amerika-syarikat.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/04/komuniti-isteri-banduan-amerika-syarikat.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy