Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Guru SMK Bandar Tasik Puteri

Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru KRK / KKA, Kelas Rancangan Khas, Kelas Aliran Agama, SMK Bandar Tasik Puteri,

Sekadar mencoretkan kenangan ringkas pengalaman saya bersama isteri menghadiri Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Dan Guru KRK / KAA di SMK Bandar Tasik Puteri, Rawang hujung minggu terdahulu. Ia merupakan pengalaman pertama kami menghadiri majlis seperti ini, memahami dan mengetahui perkara berkaitan pembelajaran anak-anak dari sudut yang baru.

SMK Bandar Tasik Puteri, Rawang

Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Dan Guru


Majlis permuafakatan ibu bapa dan guru ini merupakan majlis yang pertama bagi tahun 2015 di SMK Bandar Tasik Puteri ini. Ia merupakan sesi perjumpaan, penerangan serta perbincangan antara ibu bapa dan guru bagi anak-anak yang terpilih dalam Kelas Rancangan Khas (KRK) dan Kelas Aliran Agama (KAA). Ia dihadiri oleh ibu bapa murid-murid yang menduduki kelas KRK dan KAA tingkatan 1 hingga 3.

Saya bersyukur kerana anak kedua yang merupakan satu-satunya anak lelaki kami telah terpilih untuk memasuki kelas KRK tingkatan 1 tahun ini. Melalui majlis ini, kami berpeluang bersemuka dengan pengetua sekolah dan ibu bapa yang hadir dalam suasana yang mesra. Kami turut diperjelaskan tentang hasrat dan perlaksanaan pihak sekolah memastikan kecemerlangan pelajar dalam pelajaran. Selain itu penglibatan ibu bapa dalam memperkasa harapan tersebut juga turut dikongsikan bersama oleh pengerusi terdahulu melalui berpengalaman sebelum ini.  

SMK Bandar Tasik Puteri, Rawang

Perlantikan AJK KRK Dan KAA SMK Bandar Tasik Puteri 


Sesi pemilihan ahli jawatankuasa baru ibu bapa KRK dan KAA 2015 juga turut diadakan sejurus selepas sesi penerangan dan soal jawab berlangsung. Pada tahun ini saya cuma memerhati dan menimba pengalaman sahaja memandangkan anak di SMK Bandar Tasik Puteri baru tingkatan satu. Ibu bapa yang terlibat kebanyakkannya adalah mereka yang mempunyai anak di tingkatan 3. Fokus utama adalah memperkasa usaha dan menjalin kerjasama ibu bapa bersama guru demi mencapai kecemerlangan anak-anak untuk peperiksaan PT3 yang akan dihadapi nanti.
AJK Ibu Bapa Kelas Rancangan Khas, SMK Bandar Tasik Puteri, Rawang
AJK Ibu Bapa Kelas Rancangan Khas 2015
AJK Ibu Bapa Kelas Aliran Agama, SMK Bandar Tasik Puteri, Rawang
AJK Ibu Bapa Kelas Aliran Agama 2015

Anak sulung kami yang berada di asrama juga akan menduduki peperiksaan PT 3 pada tahun ini. Justeru, tumpuan kami pada tahun ini adalah kepada yang sulung, namun ia tidak bermaksud pembelajaran anak-anak yang lain dibiarkan. Pengalaman majlis permuafakatan ini menjadi asas bagi saya untuk memahami sistem dan kriteria pembelajaran KRK buat anak.

Permuafakatan Ibu Bapa Dan Guru Membawa Berkat


Lain padang lain belalang.. tradisi sekolah asrama berbeza dengan sekolah menengah biasa. KRK dan KAA juga mempunyai tradisi yang tersendiri. Anak-anak yang masih disekolah rendah juga lain caranya. Namun, kesemuanya mengejar hasrat yang sama iaitu kecemerlangan dalam pembelajaran dan kehidupan. Bagi perkara ini memerlukan penglibatan ibu bapa sebagai kumpulan sokongan yang membantu guru serta pelajar untuk merealisasikan kejayaan tersebut.

Semoga segalanya berjalan lancar dgn sepenuh kejayaan… aamiin.   


COMMENTS

BLOGGER: 24
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Guru SMK Bandar Tasik Puteri
Majlis Permuafakatan Ibu Bapa Guru SMK Bandar Tasik Puteri
Majlis Permuafakatan Ibu Bapa dan Guru KRK / KKA, Kelas Rancangan Khas, Kelas Aliran Agama, SMK Bandar Tasik Puteri,
http://4.bp.blogspot.com/-wQC6jKB0wsw/VTJMrf8aTjI/AAAAAAAAJuw/8W0xIo931YM/s1600/SMK%2BBandar%2BTasik%2BPuteri.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-wQC6jKB0wsw/VTJMrf8aTjI/AAAAAAAAJuw/8W0xIo931YM/s72-c/SMK%2BBandar%2BTasik%2BPuteri.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/04/majlis-permuafakatan-ibu-bapa-guru-smk.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/04/majlis-permuafakatan-ibu-bapa-guru-smk.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy