Memperkemas Hasrat Demi Matlamat Kerjaya

Artikel kali ini dan seterusnya menggunakan ‘saya’ menggantikan kata ganti diri ‘KK’. Begitu juga artikel-artikel sebelumnya yang perlu dip...

Artikel kali ini dan seterusnya menggunakan ‘saya’ menggantikan kata ganti diri ‘KK’. Begitu juga artikel-artikel sebelumnya yang perlu diperbetulkan semula.

Kata ganti diri dalam penulisan blog adakalanya menjadi masalah juga. Ia berlaku apabila blog mula dijadikan medium perantara sokongan dalam membentangkan fakta kepada pihak tertentu. Ia merupakan satu perkara yang mula saya rasai penghujung tahun lepas dan semakin dirasai masa kini.

UEM Learning Centre, Keusahawanan Sosial

Kata Ganti Diri Dan Berblogging


Begini ceritanya... Pengalaman memaparkan beberapa artikel blog sebagai eleman sokongan pembentangan kerjaya menunjukkan kesan psikologi jangka panjang yang kurang meyakinkan kepada diri ini.

Ia semakin terasa apabila menggunakan projector untuk ‘presentation’ yang dilakukan kepada tatapan umum. Apatah lagi apabila ia dihadiri oleh pihak ‘decision maker’ atau mereka yang lebih berpengalaman berkecimpung dalam usul yang dibentangkan.

Inspirasi berblogging sebagai sokongan keusahawanan sosial membuatkan saya mengambil keputusan menggunakan artikel blog sebagai salah satu medium pembentangan am selain ‘pendrive’ dan ‘handouts’.

Blog juga menjadi pilihan strategik untuk beberapa perkara asas termasuk program dan ceramah motivasi kesedaran sosial yang dirangka untuk masa-masa akan datang kerana ia merupakan medium strategik yang dapat dicapai pada bila-bila masa selepas ‘presentation’ untuk rujukan pihak yang disasarkan.
Keusahawanan Sosial Positive Unity For Life
Initiatives Of Change : antara inspirasi memperkasa matlamat keusahawanan sosial

Namun psikologi perasaan kurangnya keseriusan dalam komitmen memperkasa usaha kerjaya mula timbul apabila terdapat sesetengah artikel yang menggunakan perkataan ‘AKU’ dan juga ‘KK’. Motif keseriusan topik juga dirasakan terjejas apabila ia dibentangkan dalam sesi rasmi yang memerlukan perhatian serius responden yang hadir.

Ganti nama ‘KK’ dan ‘Aku’ seringkali mengganggu kredibiliti sewaktu pembentangan rasmi disebabkan faktor istilah bahasa yang agak terlalu personal, berdasarkan situasi… wallahualam. Maka, ‘saya’ adalah kata nama ganti diri yang paling sesuai untuk semua situasi termasuk berblogging.

Blog Sebagai Sokongan Kerjaya


Inspirasi rakan blogger Sylarius Yusof melalui artikel beliau bertajuk Harapan Terhadap Penulisan Blog juga telah membuka minda ini untuk memasukkan beberapa nukilan berbahasa Inggeris dimasa akan datang.

Blog peribadi berbahasa Inggeris yang terabai pernah saya buka akan ditutup bagi memastikan penumpuan sepenuhnya kepada blog picisan ini. Ia juga membantu memperkasa matlamat kerjaya sebagai medium menterjemahkan mesej dengan lebih berkesan berdasarkan topik tertentu yang bersesuaian dengan tujuannya.
Terjemahan Google Translator
Terjemahan yang membawa maksud berbeza.. lain jadinya jika tiada penjelasan sewajarnya
Mujur ada 5 puteri yang sentiasa tersenyum menyambut kunjungan... :D

Selain itu, untuk tempoh beberapa tahun bermula 2015 ini, saya juga mengharapkan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih baik. Saya berhasrat memanjangkan penulisan ke media cetak satu hari nanti.

Berdasarkan nasihat, penerbitan buku berunsur pengkajian layak ditempatkan sebagai arkib rujukan institusi pengajian tinggi tempatan dan antarabangsa yang tinggi nilainya jika ia disokong kelulusan akademik PhD. Lebih mantap sekiranya seorang PhD itu sendiri sanggup turun padang demi memperolehi fakta kesimpulan pengkajiannya.

Bagi saya, ia menjadi satu kepuasan apabila dapat membantu meletakkan 'stigma masyarakat' ditempat yang betul. Saya sentiasa bersedia untuk bertemu sesiapa jua tanpa mengira pangkat dan darjat untuk merealisasikan hasrat ini.

Justeru, ia juga menjadi matlamat jangka panjang keusahawanan sosial bermula dengan penulisan di blog yang ada diantaranya akan dibukukan untuk kebaikan rujukan generasi akan datang… in shaa Allah. Antara intipati buku yang dirancang termasuk pandangan masyarakat berdasarkan interaktif komen blogger yang bersesuaian dengan topik sebagai rujukan sokongan pengkajian.

Secara jujur, identiti komentar akan turut dipercetak sebagaimana asalnya dan tidak sesekali akan di ubah. Itulah antara perlunya komentar seperti apa yang dinyatakan oleh rakan blogger Bin Muhammad berdasarkan artikelnya yang bertajuk Kenapa Entri Perlu Ada Komen. Sesungguhnya terdapat banyak komen-komen ilmiah yang antaranya saya kongsikan di bawah. Setiap komen yang dilontarkan pastinya membantu membawa kebaikan untuk yang lain.
Antara contoh komentar ilmiah >>> Memahami Remaja Dari Perspektif Sosial
Komen blogger
Antara contoh komentar ilmiah dari rakan blogger yang lama tiada perkhabaran berita
Artikel >>> Penjara Sejahtera

Memperkemas Hasrat Dan Matlamat 


Justeru, itulah antara hasrat jangka panjang yang saya sasarkan melalui sokongan blog sekiranya diberikan umur yang panjang, in shaa Allah. Perjalanan masih jauh dengan 1001 kebarangkalian dan dugaan. Namun ia perlu difokuskan bermula sekarang.

Kini adalah waktu buat saya memperkemaskan hasrat dan matlamat kerjaya agar sentiasa releven dengan apa yang ingin dicapai. Penambahbaikan dari segenap aspek juga harus dipertingkatkan dari masa kesemasa selagi diizinkan Illahi.

Kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih buat semua rakan-rakan blogger dan pembaca atas silaturahim, inspirasi dan sokongan. Mungkin adakala saya tidak mampu untuk berblog. Sungguh pun begitu, perkongsian artikel sebagaimana sebelumnya akan tetap diteruskan jika tiada kekangan, in shaa Allah.. 

Akhir kata, semoga bersama kita semua beroleh kejayaan dalam apa jua yang kita impikan… aamiin.


COMMENTS

BLOGGER: 53
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,121,Intervensi,50,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,173,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Memperkemas Hasrat Demi Matlamat Kerjaya
Memperkemas Hasrat Demi Matlamat Kerjaya
https://2.bp.blogspot.com/-nGMIShPZdSo/VR64keiH4yI/AAAAAAAAJlc/fvAF3kI6rgo/s1600/Khir%2BKhalid%2Bblogger.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-nGMIShPZdSo/VR64keiH4yI/AAAAAAAAJlc/fvAF3kI6rgo/s72-c/Khir%2BKhalid%2Bblogger.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/04/memperkemas-hasrat-demi-matlamat-kerjaya.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/04/memperkemas-hasrat-demi-matlamat-kerjaya.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy