Panduan Hiburan Dalam Islam JAKIM Edisi Ke-2

Garis Panduan Hiburan Dalam Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, Garis Panduan Hiburan edisi ke2,

Garis panduan hiburan dalam Islam edisi ke-2 yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) baru-baru ini dilihat sebagai langkah yang wajar dan sepatutnya diberi sokongan sepenuhnya terutama kita sebagai masyarakat Islam di Malaysia ini. Ia diperakui Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan kali ke-107 yang berlangsung pada Februari 2015. Garis panduan tersebut merupakan edisi ke-2 selepas edisi pertama yang dikeluarkan pada tahun 2007. Ia boleh dibaca di laman rasmi JAKIM di sini >> Garis Panduan Hiburan Dalam Islam.  

Garis panduan hiburan dalam Islam

Garis Panduan Hiburan Dalam Islam


Kita sedia maklum, dunia hiburan berkembang begitu pesat sehingga melahirkan sub-budaya Barat yang kebanyakkannya bertentangan dengan gaya hidup masyarakat Islam. Lebih memburukkan apabila suntikan hiburan tersebut menyuburkan gejala sosial seperti budaya hedonisme, pergaulan bebas tanpa batas dengan trend pakaian serta sikap yang terarah kepada gaya hidup jahiliah moden. Budaya hiburan sedemikian dilihat semakin mencengkam masyarakat terutamanya remaja dan belia masa kini.

Tindakan JAKIM mengeluarkan garis panduan ini merupakan usaha mengekang suburnya pelbagai sub-budaya yang tidak sihat melalui hiburan. Antara objektif utama adalah memberi panduan kepada pihak yang terlibat untuk berkarya tanpa melangkaui batas syarak disamping membantu penganjur dalam menyusun program hiburan sejajar dengan sensitiviti masyarakat Malaysia yang majoritinya beragama Islam.
Panduan Hiburan Dalam Islam
Kredit gambar - Rotikaya.com

Antara garis panduan terutamanya bagi penganjur konsert hiburan ialah pengasingan penonton mengikut jantina ketika konsert berlangsung. Penganjur juga perlu memastikan agar intipati program tidak mengandungi unsur pendustaan, penghinaan, lucah, kata-kata kesat atau terarah kepada tarikan negatif yang bertentangan dengan Islam dan norma kehidupan masyarakat Malaysia. Selain itu, perlu memberi penekanan sejauh mana program yang dianjurkan memberi manfaat kepada kesejahteraan masyarakat seluruhnya.

Garis Panduan Hiburan Serta Penguatkuasaan


Hakikatnya, garis panduan hiburan dalam Islam yang lengkap sudahpun diperkasa mengikut kesesuaian cabaran dan peredaran zaman. JAKIM sebagai pihak berkuasa agama telah melaksanakan tanggungjawab menyediakan garis panduan yang sebaiknya dalam konteks kehidupan masyarakat majmuk Negara Malaysia ini. Namun, ia tertakluk juga kepada sejauhmana penerimaan pihak yang terlibat dalam mematuhi segala garis panduan yang telah ditetapkan.

Kerjasama masyarakat juga dilihat memainkan peranan penting menjayakan usaha yang diketengahkan bermula dengan kesedaran serta pemerkasaan bimbingan dalam institusi kekeluargaan. Selain itu, tiada gunanya juga garis panduan yang mantap sekalipun jika tiada pemantauan, penguatkuasaan mahupun yang menghormati dan mematuhinya. Adalah diharap agar penguatkuasaan terhadap garis panduan ini akan lebih agresif dan proaktif demi kebaikan generasi kini dan masyarakat seluruhnya. 

COMMENTS

BLOGGER: 16
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Panduan Hiburan Dalam Islam JAKIM Edisi Ke-2
Panduan Hiburan Dalam Islam JAKIM Edisi Ke-2
Garis Panduan Hiburan Dalam Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, JAKIM, Garis Panduan Hiburan edisi ke2,
https://4.bp.blogspot.com/-n41J_CFVMP8/VTiXt7rD1UI/AAAAAAAAJxU/rIET9eBtGOg/s1600/garis%2Bpanduan%2Bhiburan%2Bdalam%2BIslam%2BJAKIM.png
https://4.bp.blogspot.com/-n41J_CFVMP8/VTiXt7rD1UI/AAAAAAAAJxU/rIET9eBtGOg/s72-c/garis%2Bpanduan%2Bhiburan%2Bdalam%2BIslam%2BJAKIM.png
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/04/panduan-hiburan-dalam-islam-jakim-edisi.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/04/panduan-hiburan-dalam-islam-jakim-edisi.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy