Perkataan ‘World’ Dan Dunia Penagihan Dadah

Dunia Penagihan Dadah, Simptom pencetus penagihan berulang, Psikologi rawatan penagihan dadah, rindu dadah, Perkataan world pencetus penagihan dadah berulang,

Pasti anda pernah mendengar sebutan perkataan ‘world’. Paling popular sewaktu kemunculan Mawi sebagai artis baru Akademik Fantasia. Saya sebenarnya kurang menggemari isu artis dan lebih meminati bakat persembahan mereka. Paling syok, bila ia melibatkan instrumen seperti gitar, bass, keyboard dan drum secara live. Saya memang obsess dengan gitar terutamanya gitar elektrik. Saya amat menghargai bakat dari sekadar populariti seseorang artis.

Konsert

Asal Usul Perkataan ‘World’


Berkongsi mengenai perkataan ‘world’. Lain orang mungkin lain pengalamannya, tetapi sejarah perkataan tersebut terpahat sewaktu saya bersama beberapa penghuni Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, Negeri Sembilan. Mereka adalah pesalah berkaitan penyalahgunaan dadah. Ada diantaranya yang ‘keluar-masuk’ beberapa kali atas kesalahan yang sama. Itulah susahnya bahana dadah… serik, namun bukan mudah untuk ditinggalkan kalau tidak kena caranya...

Menurut mereka, perkataan ‘world’ itu sebenarnya sangat sinonim dengan penagih dadah. Perkataan ini biasanya disebut selepas penagih mendapat dos yang sesuai dengan apa yang diharapkan. Penghuni penjara tersebut siap melakonkan dalam bentuk skrip bagi menjelaskan gambaran kepada saya tentang maksud sebenar perkataan ‘world’ tersebut.

Penagih 1 : “Lu amacam rasa beb… stim???”

Penagih 2 : “Barang world  ni beb, mana boleh tak stim… world!!!”

Perkataan ‘world’ tepat menggambarkan tahap kepuasan khayal yang sedang penagih nikmati setelah mengambil dadah. Menurut mereka lagi ; “Mawi ambil inspirasi bahasa kita orang tu sebenarnya bro… ntah mana dia dapat ntah... legend weii perkataan tu…”. Kebanyakkan penagih sangat kenal dengan perkataan ‘world’. Sememangnya popular sama ada penagih belakang lorong, kebun getah, ladang kelapa sawit atau di tempat-tempat ‘penagih high class’ di mana-mana sahaja.

Dunia penagihan dadah

Perkataan ‘World’ Merupakan Antara Pencetus Penagihan Berulang


Sekadar berkongsi pengetahuan dari pembacaan, pemerhatian dan pengalaman. Penagih dadah yang sedang dalam proses pemulihan sebenarnya sentiasa bertarung dengan simptom pencetus yang mampu menarik diri mereka untuk menagih kembali pada bila-bila masa sahaja. Pencetus berbentuk psikologi ini boleh datang dari suasana keadaan yang mereka alami setiap hari.

Sebagai contoh; bunyi motorsikal yang lalu berhampiran mampu membangkitkan aura ‘selera’ terhadap penagihan. Disebabkan bunyi motor, ingatan penagih menarik mereka untuk membayangkan jalan yang motor itu lalui sehingga membawa imaginasinya ‘rindukan’ tempat ‘port’ atau ‘tokan dadah’ yang pernah mereka pergi dahulu. Mereka sentiasa berlawan dengan perasaan 'RINDU' tersebut. Ia memerlukan kekuatan diri yang sangat tinggi berserta sokongan masyarakat terdekat untuk sentiasa memastikan penagih itu tidak terjebak kembali disebabkan faktor psikologi ini.
Kaedah rawatan pemulihan dadah di Thailand
Antara kaedah rawatan penagihan dadah di Thailand

Kita sebagai masyarakat biasa juga perlu prihatin tentang faktor psikologi ini terutama kepada yang berhadapan dengan penagih yang berhasrat untuk pulih. Ia diibaratkan seperti waktu kita menahan kehausan di tengah cuaca panas terik.. tiba-tiba ada perkara yang membuatkan kita terbayang Teh Ais, ABC, cendol dan sebagainya. Fuhh.. kecur… Malangnya, ‘kecur’ yang dialami penagih dalam proses pemulihan boleh dikatakan 1000 kali lebih tinggi dari kita yang normal. Faktor ‘kecur’ tersebut juga boleh muncul kepada mereka hanya dengan mendengar perkataan ‘WORLD!!!”.

Kisah ‘World’ Dan Dunia Penagih Dadah


Perkongsian perkataan 'world' dan penagihan dadah ini sebenarnya tiada berkait langsung dengan Mawi atau sesiapa jua. Cuma, menjelaskan tentang perkataan ‘world’ itu sendiri berdasarkan pemahaman dari pengalaman. Tercetus artikel ini disebabkan saya terbaca senaskah majalah hiburan lama yang memaparkan tentang perkataan tersebut. Pastinya Mawi dan perkataan ‘world’ dengan cerita saya hanya secara kebetulan semata-mata.

Apa yang ingin saya sampaikan adalah sekadar pengetahuan bersama. Mengubati penagihan dadah bukan sesuatu yang mudah. Boleh dikatakan tiada ubat yang betul-betul berkesan kerana dadah itu sendiri asalnya adalah ubat-ubatan. Kekuatan jati diri serta sokongan masyarakat sekeliling yang sebenarnya amat membantu menyelamatkan mereka yang berhasrat untuk pulih dan membezakan dengan yang menagih kembali… wallahualam.

Jauhi Dadah.. mencegah lebih baik dari mengubati.


COMMENTS

BLOGGER: 28
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,46,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,114,Sunway,15,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Perkataan ‘World’ Dan Dunia Penagihan Dadah
Perkataan ‘World’ Dan Dunia Penagihan Dadah
Dunia Penagihan Dadah, Simptom pencetus penagihan berulang, Psikologi rawatan penagihan dadah, rindu dadah, Perkataan world pencetus penagihan dadah berulang,
http://1.bp.blogspot.com/-C_2hwLadeck/VSSGFCW928I/AAAAAAAAJo0/SLJ74i52f6Y/s1600/Konsert.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-C_2hwLadeck/VSSGFCW928I/AAAAAAAAJo0/SLJ74i52f6Y/s72-c/Konsert.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/04/perkataan-world-dan-dunia-penagihan.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/04/perkataan-world-dan-dunia-penagihan.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy