Program Intervensi Badminton Parol Kuala Lumpur

Program intervensi Parol, intervensi kecerdasan dan kesihatan, intervensi pembangunan modal insan, intervensi Parol Kuala Lumpur,

Pada pagi Isnin (13/4/2015), saya telah berkesempatan menghadiri program intervensi badminton bertempat di Dewan Komuniti Dato Keramat, Kuala Lumpur. Ia merupakan salah satu aktiviti kesihatan dan kecerdasan buat mereka yang sedang menjalani perintah Parol dibawah penyeliaan Parol dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur.

Program intervensi badminton parol Kuala Lumpur

Program Intervensi Badminton Parol Kuala Lumpur 

Kepada sahabat pembaca yang mengikuti blog saya pasti mengetahui aktiviti intervensi badminton seperti ini pernah saya kongsikan pada beberapa artikel terdahulu. Ia sebenarnya merupakan salah satu aktiviti yang terkandung dalam program intervensi yang dijalankan untuk meningkatkan kecerdasan disamping menyuntik bimbingan gaya hidup positif kepada Orang DiParol (ODP) dan Pesalah KehadiranWajib (PKW) di sekitar ibu kota Kuala Lumpur.

Artikel sebelumnya boleh dibaca di bawah:

Sungguhpun ia telah beberapa kali diadakan, haruslah kita faham bahawa setiap intervensi sebenarnya dihadiri oleh responden yang berbeza. Ini adalah kerana tempoh perintah parol dan kehadiran wajib setiap individu adalah berbeza bergantung kepada penghakiman mahkamah. Adalah menjadi tanggungjawab Parol memastikan setiap individu yang diselia perlu melalui fasa pembangunan insan sebagai proses kesedaran, pemulihan dan pemutihan demi mengintegrasi mereka kembali ke dalam masyarakat.

Program intervensi badminton parol Kuala Lumpur

Intervensi Parol Dan Pemutihan Insan

Saya juga berkesempatan berbual dengan salah seorang ODP sewaktu intervensi badminton ini berlangsung. Respon yang saya terima tentang badminton ini agak terkesan buat diri. Menurut katanya…

“Sebelum ini memang dah lama sangat tak main badminton. Kali terakhir pun waktu budak-budak dulu. Lama tak main ni… penat… habis peluh keluar semua. Kalaulah dulu selalu ada peluang macam ni, pasti tak bercampur dengan geng yang menyalah tu…”

Justeru, pendekatan intervensi riadah badminton ini merupakan salah satu pendedahan kepada ODP dan PKW untuk membantu mereka membina jalan kehidupan yang positif. Mudah-mudahan dengan penglibatan masyarakat sebagai kumpulan sokongan juga dapat membantu menyumbang dan memastikan kadar kesalahan berulang atau residivism sentiasa diparas terendah demi kesejahteraan masyarakat seluruhnya... in shaa Allah.

Program intervensi badminton parol Kuala Lumpur

Artikel ini diterbitkan dengan kerjasama 
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti W.P. Kuala Lumpur
Ia merupakan sebahagian perlaksanaan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) untuk mencapai sasaran NKRA mengurangkan jenayah terutamanya jenayah berulang demi kesejahteraan negara.

Maklumat lanjut boleh dirujuk di link ini:
Parol Dan Perkhidmatan Komuniti
Jabatan Penjara Malaysia


COMMENTS

BLOGGER: 39
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,22,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,112,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,44,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,155,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,51,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,113,Sunway,13,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Program Intervensi Badminton Parol Kuala Lumpur
Program Intervensi Badminton Parol Kuala Lumpur
Program intervensi Parol, intervensi kecerdasan dan kesihatan, intervensi pembangunan modal insan, intervensi Parol Kuala Lumpur,
http://3.bp.blogspot.com/-PYyVxHRBfIM/VS3dsk4coMI/AAAAAAAAJtE/hgODKZuN9Vg/s1600/Intervensi%2BBadminton%2BParol.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-PYyVxHRBfIM/VS3dsk4coMI/AAAAAAAAJtE/hgODKZuN9Vg/s72-c/Intervensi%2BBadminton%2BParol.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/04/program-intervensi-badminton-parol.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/04/program-intervensi-badminton-parol.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy