Scene Underground Di Malaysia

Underground Malaysia, Sejarah scene underground sub-budaya remaja Malaysia,

Scene underground di Malaysia sememangnya tidak asing terutama kebanyakkan mereka yang menempuhi alam remaja sekitar era 90an. Pengaruh muzik ‘bawah tanah’ yang tidak dikategorikan sebagai aliran perdana (mainstream) mempengaruhi gaya hidup kebanyakkan generasi-X. Ia menyuburkan genre muzikal ‘hardcore’ seperti trash metal, death metal, industrial, grindcore, punk, skinhead, alternative, grunge, indie dan yang sealiran dengannya.

Kesemua sub-budaya ini berkembang dengan prinsip, falsafah dan identiti tersendiri. Rujukan siber paling lengkap yang menjelaskan sejarah underground Malaysia boleh di baca di sini >>> Malayaneum : Sejarah Underground MalaysiaJusteru, saya kupaskan secara ringkas untuk pengetahuan dan rujukan lanjutan kajiselidik sosial.

Scene Underground Malaysia

Sejarah Underground Di Malaysia


Segalanya bertitik tolak dari kurangnya tarikan industri muzik tempatan yang dianggap ‘muzik leleh’ serta kemasukan rentak muzik Barat yang lebih bertenaga dan mampu menyusup ke jiwa kebanyakkan remaja. Muzik underground dilihat sebagai satu cetusan budaya yang mampu menjana pengikut tersendiri dan sangat subur sekitar dekad 90an.

Sebagai insan yang lahir dikalangan generasi-X, saya sendiri tidak terkecuali dari tercebur dalam kancah underground terutamanya aliran alternative, grunge, indie dan punk sepanjang usia remaja. Band idola punkers seperti Sex Pistols dan Ramones serta band tempatan seperti Sub-Culture dan Butterfinger merupakan antara ‘music band’ terawal saya minati.

Scene underground di Malaysia ini sebenarnya sudahpun dimulai oleh segelintir remaja lewat 70an. Antaranya diperkenal oleh pelajar-pelajar yang terpengaruh dengan muzik Punk dari England. Selepas pulang, mereka mula mengumpul berita, kaset dan majalah mengenai punk serta berhubung dengan scene punk di luar negara untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut.

Sex Pistols sememangnya antara pencetus revolusi muzik punk yang sememangnya popular ketika itu. Ia merupakan antara titik induk scene underground ini tersebar ke seluruh dunia termasuk di Malaysia.  
Scene Underground Malaysia
Mengabadikan gambar kenangan... Grunge and Punk-o-rama 1995.. :D

Sekitar awal 80an pula menyaksikan perkembangan irama underground Trash Metal yang lebih keras. Pengaruh band-band Trash Metal luar negara seperti Kreator, Black Sabbath, Venom, Slayer dan King Diamond telah mencetus kewujudan band-band underground tempatan. Antara band metal terawal di Malaysia ialah Punisher, Nemesis, Glottis, Picagari dan FTG.

Tidak ketinggalan juga sekumpulan pelajar Malaysia di Australia yang menubuhkan band trasher dan mendapat sambutan hangat undergrounder seantero dunia bernama Cromok. Ia merupakan kemuncak scene underground di Malaysia era 90an.

Perkembangan Sub-Budaya Underground Malaysia


Sekitar 90an juga, revolusi sub-budaya underground boleh dikatakan sebagai ancaman kepada generasi-X. Ia ditambah dengan segelintir pengikut sub-budaya Punk dan Skinhead yang bersifat agresif dan membahayakan ketenteraman awam. Saya tidak menafikan perkara tersebut yang mana kita boleh lihat sekumpulan remaja punk dan trasher yang berpeleseran di kaki lima pusat membeli belah. 

Namun, ia sebenarnya tidak menggambarkan intipati underground sebenar di Malaysia. Tidak keterlaluan jika saya katakan bahawa punkers dan trasher yang berpeleseran itu hanyalah pengikut ikut-ikutan. Mereka hanya gah dengan trend pakaian demi menyatakan kepada umum bahawa mereka adalah punkers dan trasher semata-mata. Mereka mencemari intipati scene underground sebenar yang mempunyai peminat tulen jauh lebih ramai dari penglihatan umum.

Majoriti penggemar underground Malaysia sebenar meminati revolusi industri muzik itu sendiri. Apabila zaman berubah, kebanyakkan ‘undergrounders’ tegar ini sebenarnya menjadi tulang belakang memperkasa sosial generasi kini. Ada diantaranya masih menceburkan diri sebagai pemuzik underground profesional yang berpengaruh. Mereka menjadi ikon yang mampu membimbing generasi muda ke arah yang sewajarnya dalam cabaran gaya hidup sosial masa kini.

Scene Underground Di Malaysia
Bersama saudara Khai Aziz, vokalist straightedge Second Combat.
Beliau juga merupakan Presiden Drug Free Youth Association Malaysia (DFYA)

Selain itu, boleh dikatakan terdapat ramai undergrounders yang berjaya dalam kehidupan. Ada yang menjawat jawatan penting dalam kerjaya dan tidak kurang juga usahawan berjaya. Berdasarkan pengetahuan, mereka kebanyakkannya prihatin dengan perkembangan sosial masyarakat kerana telah melalui gaya hidup tanpa pendedahan ‘mainstream’. Apabila sudah memasuki umur tertentu dengan kerjaya serta berkeluarga, mereka menjadi individu yang mengenali permasalahan sosial berdasarkan ‘street wise’. Mereka juga mampu membentuk antidote bimbingan yang mudah dicerna remaja underground kini.

Budaya Underground Dan Pembangunan Sosio Masyarakat


Terdapat ramai juga ‘revolusioner undergrounders’ yang ‘anti-establishment’ terlibat dalam pembangunan sosio-remaja melalui antidote tersendiri. Saya berpendapat, acara remaja yang diketengahkan mampu membendung gejala sosial terus kepada golongan akar umbi. Ini kerana ramai remaja terutamanya di kota dan bandaraya besar lebih menggemari kegiatan yang tidak terkait dengan arus perdana.

Ikon terkenal ‘mainstream’ tentunya tidak mampu menarik remaja yang terdedah kepada gejala sosial kerana program yang biasanya diadakan dilihat hanya sesuai untuk ‘remaja skema’. Remaja underground trash metal atau punk rock pasti tidak langsung teruja atau tertarik untuk menyertai program tersebut.

Scene Underground Di Malaysia
Kenangan santai sahabat bersama Sub-Culture
Mini Konsert Amal Selamatkan Gaza

Justeru, kepada pengkaji yang mahukan pembangunan sosial yang mampan… kajilah sedalam-dalam melihat dunia sosial peringkat ‘bawah tanah’. Kenali dunia yang mungkin tidak pernah anda lihat malah sukar dibentras. Ia melibatkan kebijaksanaan minda dan cabaran psikologi strategik. Turun padang… Anda pasti berhadapan mereka yang tidak mungkin terpengaruh dengan kehebatan motivasi kesedaran yang disuntik dengan penerampilan tali leher, blazer, kelulusan atau pangkat yang anda sandang.

Scene Underground bukan sekadar muzik... ia adalah revolusi minda (attitude) yang telah bertapak memikat jiwa kebanyakkan remaja sejak berzaman lagi...


Saya menulis berdasarkan fakta pengalaman, pemerhatian dan kajian jalanan sebagai individu yang mengikuti 'attitude' scene underground di Malaysia sejak berusia 16 tahun. Kini setelah 23 tahun sewaktu aktikel ini ditulis, sesungguhnya menjadi satu kepentingan untuk saya ketengahkan demi pengetahuan, kesedaran dan kebaikan bersama.

*Genre sub-budaya underground akan saya perjelaskan secara terperinci satu persatu dalam artikel-artikel yang lain nanti. Sehingga itu, silalah baca artikel berkaitan yang disertakan di bawah untuk kefahaman lanjut. Mudah-mudahan membawa kebaikan bersama, in shaa Allah.


COMMENTS

BLOGGER: 36
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Scene Underground Di Malaysia
Scene Underground Di Malaysia
Underground Malaysia, Sejarah scene underground sub-budaya remaja Malaysia,
https://2.bp.blogspot.com/-sF5PJ2-BQAQ/VTsU8PKFXFI/AAAAAAAAJyQ/F8CxfCYpWWU/s1600/Underground%2BMalaysia.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-sF5PJ2-BQAQ/VTsU8PKFXFI/AAAAAAAAJyQ/F8CxfCYpWWU/s72-c/Underground%2BMalaysia.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/04/scene-underground-di-malaysia.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/04/scene-underground-di-malaysia.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy