Sejarah Sambutan Hari Penjara Malaysia

Hari Penjara, Sejarah Hari Penjara Malaysia, Penjara Pulau Pinang, Kota Cornwallis, Sejarah penjara moden Malaysia,

Baru-baru ini Jabatan Penjara Malaysia telah meraikan ulangtahun Sambutan Hari Penjara ke-225. Ia juga menunjukkan bahawa institusi penjara di Malaysia secara rasminya telah mencecah usia 225 tahun pada 2015 ini. Ada diantara kita yang mungkin tidak menyedari bahawa usia sejarah kepenjaraan Malaysia ini telah pun melangkau lebih dua abad dan merupakan antara institusi tertua di Malaysia pada hari ini.
Sejarah Hari Penjara Malaysia
Sambutan Hari Penjara ke-225

Sejarah Hari Penjara Malaysia

Terdapat beberapa persoalan yang dilontarkan bukan sahaja diruang komen, malah di mesej fb page saya dari sahabat pembaca terhadap sedikit kekeliruan berkenaan tempoh usia sebenar sambutan Hari Penjara di Malaysia ini. Melalui beberapa artikel terdahulu juga terdapat perkongsian dengan tempoh kiraan ulangtahun sambutan yang berbeza.

Ia boleh di baca di sini:

Saya perjelaskan secara ringkas hasil maklumat portal MStar untuk pengetahuan bersama. Hasil kajian kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dengan penyelidik daripada Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuka dimensi baru fakta sejarah penjara Malaysia. Penemuan dokumen mengenai 2 banduan dari India yang dipenjarakan di Pulau Pinang pada Mac 1790 baru-baru ini telah membongkar penemuan baru tentang sejarah penjara moden di Malaysia.

Sejarah Hari Penjara Malaysia
Sejarah Hari Penjara Malaysia
Sejarah Hari Penjara Malaysia

Pakar sejarah yang dipertanggungjawabkan, Dr Mohd Samsudin telah meneliti beberapa dokumen yang mendapati sejarah penjara di Malaysia sebenarnya bermula lebih awal. Ia secara rasmi membawa kepada penetapan Hari Penjara yang telah mencecah usia 225 tahun pada 2015, berbanding 208 tahun sebelumnya.

Sejarah Penjara Moden Malaysia 

Berdasarkan kajian menjelaskan ia bermula sewaktu Pulau Pinang diambil oleh British daripada Kesultanan Kedah pada 11 Ogos 1786. Pembukaan Pulau Pinang oleh pengasas colonial British, Fransic Light juga merupakan punca tertubuhnya sistem kepenjaraan di Malaysia.

Terdapat beberapa dokumen lain juga mendedahkan sejarah pemerintahan British di India pada 1780an telah menghantar keluar banduan-banduan India ke Bengkulu, Sumatera di Indonesia dan Pulau Pinang. Gabenor Jeneral India warga British, Charles Cornwallis telah mencadangkan agar banduan yang menjalani hukuman penjara seumur hayat di India dipindahkan ke Pulau Pinang.   
Sejarah Hari Penjara Malaysia
Kota Cornwallis Pulau Pinang

Menurut kajian, Pulau Pinang dijadikan ‘penal settlement’ apabila 700 banduan dari Kepulauan Andaman di India telah dipindahkan pada 1791. Kumpulan banduan pertama ke Pulau Pinang adalah Eyeno Deen Sheikdan (Ainuddin Sheidan) dan Mohamed Heiant yang ditempatkan di Kota Cornwallis pada 1790. Banduan-banduan yang dihantar ketika itu bukan semata-mata menjalani hukuman penjara tetapi turut dikerah sebagai buruh membina infrastruktur untuk pembangunan Pulau Pinang.

Penjara Sebagai Agensi Koreksional Negara

Pembentangan kajian ini telah dipersetujui oleh pakar-pakar sejarah. Justeru, Jabatan Penjara Malaysia pada 2015 telah menetapkan 19 Mac sebagai tarikh baru Sambutan Hari Penjara Malaysia berbanding bulan Oktober sebelumnya. Tarikh bermula sejarah penjara moden ini menjadi asas kukuh pembentukan penjara Malaysia sebagai agensi koreksional bertaraf dunia pada masa kini.


COMMENTS

BLOGGER: 23
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Sejarah Sambutan Hari Penjara Malaysia
Sejarah Sambutan Hari Penjara Malaysia
Hari Penjara, Sejarah Hari Penjara Malaysia, Penjara Pulau Pinang, Kota Cornwallis, Sejarah penjara moden Malaysia,
http://4.bp.blogspot.com/-nFEHcdkS6j0/VSjPl-XCCvI/AAAAAAAAJr8/62j6d5aWtz8/s1600/Sejarah%2BHari%2BPenjara%2BMalaysia4.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-nFEHcdkS6j0/VSjPl-XCCvI/AAAAAAAAJr8/62j6d5aWtz8/s72-c/Sejarah%2BHari%2BPenjara%2BMalaysia4.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/04/sejarah-sambutan-hari-penjara-malaysia.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/04/sejarah-sambutan-hari-penjara-malaysia.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy