Bual Bicara Isra’ Mikraj Bandar Tasik Puteri, Rawang

Forum Bual Bicara Isra' Mikraj, Sumbangan dana Surau Al Kausar, Surau Al Kausar B1 Bandar Tasik Puteri, Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Haslin Bollywood, Bandar Tasik Puteri, Rawang,

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana diberikan ruang kesempatan menghadiri majlis ilmu Bual Bicara Isra’ Mikraj yang berlangsung pada malam Ahad, 11 Mei 2015. Forum Perdana Isra’ Mikraj ini telah disampaikan oleh ustaz Abdullah Khairi dan ustaz Haslin Baharin bermula jam 9 malam bertempat di dataran Medan Puteri, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor.
Bual Bicara Isra' Mikraj, Bandar Tasik Puteri, Rawang
Bual Bicara Isra Mikraj, Bandar Tasik Puteri, Rawang

Intipati Bual Bicara Isra’ Mikraj


Intipati forum adalah menyuntik kefahaman kepada hadirin mengenai maksud Isra’ Mikraj serta peristiwa yang berlaku pada Baginda Rasulullah SAW pada 27 Rejab tahun ke 12 dari masa kenabian Baginda. Perjalanan Baginda selama 3/4 malam menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram, Mekah ke Masjidil Aqsa, Palestin seterusnya diangkat melalui mikraj dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu Allah di Arasy.

Peristiwa Isra’ Mikraj juga menyaksikan Baginda melihat malaikat bertawaf, bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa. Pelbagai peristiwa juga diperlihatkan Allah swt kepada Baginda tentang siksaan neraka terhadap golongan yang meringatkan solat, pemakan riba, pelaku zina, pemimpin yang zalim serta pelbagai gambaran dunia di akhir zaman. Selain itu, peristiwa penting Isra’ Mikraj ini adalah dimana Baginda mendapat keringanan mengerjakan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam. Satu kewajipan yang perlu kita laksanakan selagi hidup di dunia ini.
Bual Bicara Isra' Mikraj, Bandar Tasik Puteri, Rawang
Suasana hadirin hadirat yang hadir
Bual Bicara Isra' Mikraj, Bandar Tasik Puteri, Rawang
Para hadirin dari saf hadapan
Bual Bicara Isra' Mikraj, Bandar Tasik Puteri, Rawang
Hadirin muslimat dan kanak-kanak

Bual Bicara Isra' Mikraj ini berakhir sekitar jam 12 malam dengan pengisian yang bermanfaat. Walaupun dalam kesibukan waktu kebanyakan hadirin yang bekerja pada hari Isnin esoknya, suasana kemeriahan ukhwah hadirin hadirat sentiasa memenuhi ruang majlis ilmu dari waktu ia bermula hinggalah ke akhirnya. Turut terdapat gerai-gerai jualan produk-produk Islamiah dan makanan memeriahkan lagi suasana majlis yang diadakan.
Bual Bicara Isra' Mikraj, Bandar Tasik Puteri, Rawang
Hadirin tidak melepaskan peluang bersalaman selepas majlis ilmu selesai
Ustaz Abdullah Khairi dan Ustaz Haslin Bollywood
Bergambar kenangan warga Bandar Tasik Puteri bersama
Ustaz Abdullah Khairi dan Ustaz Haslin Baharin (ustaz Haslin Bollywood)
Ustaz Haslin Bollywood
Bersama Ustaz Haslin Baharin a.k.a Ustaz Haslin Bollywood

Sumbangan Dana Surau Al Kausar Bandar Tasik Puteri   


Selain menyebarkan dakwah pengetahuan bersempena Isra’ Mikraj yang disambut setiap 27 Rejab tahun Hijrah, Forum Perdana Bicara Ilmu Isra’ Mikraj ini juga diadakan bertujuan mengutip sumbangan dana bagi pembinaan Surau Al Kautsar di Blok B1, Bandar Tasik Puteri yang masih dalam pembinaan. Ia dibina melalui sokongan dan melalui sumbangan ramai bagi menampung keperluan tempat ibadah serta menyuburkan aktiviti-aktiviti Islamiah dan fardu kifayah masyarakat setempat.

Justeru, melalui blog picisan ini saya menyeru jasa baik sokongan sahabat pembaca sekelian agar dapatlah sekiranya membantu menginfakkan sumbangan agar pembinaan Surau Al Kausar dapat dilaksanakan dengan lancar dan disiapkan sebaiknya. 
Sumbangan Surau Al Kausar, Bandar Tasik Puteri, Rawang
Info sumbangan Surau Al Kausar, B1 Bandar Tasik Puteri, Rawang

Maklumat interaktif selanjutnya Surau Al Kausar juga boleh diikuti melalui Page FB 

Semoga apa yang anda infakkan menjadi saham yang dapat memberati timbangan amal anda di akhirat kelak. Mudah-mudahan kehidupan kita semua sentiasa beroleh keberkatan dan kejayaan di dunia serta akhirat… aamiin.  


COMMENTS

BLOGGER: 26
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,35,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,122,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,134,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Bual Bicara Isra’ Mikraj Bandar Tasik Puteri, Rawang
Bual Bicara Isra’ Mikraj Bandar Tasik Puteri, Rawang
Forum Bual Bicara Isra' Mikraj, Sumbangan dana Surau Al Kausar, Surau Al Kausar B1 Bandar Tasik Puteri, Ustaz Abdullah Khairi, Ustaz Haslin Bollywood, Bandar Tasik Puteri, Rawang,
http://1.bp.blogspot.com/-XsYkIDqVv3E/VVFWYQTDgbI/AAAAAAAAJ8c/32Gi7jYy7i4/s640/Bual%2BBicara%2BIsra'%2BMikraj.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-XsYkIDqVv3E/VVFWYQTDgbI/AAAAAAAAJ8c/32Gi7jYy7i4/s72-c/Bual%2BBicara%2BIsra'%2BMikraj.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/05/bual-bicara-isra-mikraj-bandar-tasik.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/05/bual-bicara-isra-mikraj-bandar-tasik.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy