Festival Ramadan Klang 2015 Di Pusat Pemborong GM Klang

Festival Ramadan Klang 2015, Pusat Pemborong GM Klang, GM Klang Wholesale City Malaysia, Festival Ramadan,Pusat pemborong Klang,

Pusat Pemborong GM Klang akan menganjurkan Festival Ramadan Klang sebagai aktiviti sempena menyambut Ramadan 2015 ini. Pada 11 Mei 2015, saya berpeluang menghadiri majlis perasmian dan sidang media Festival Ramadan Klang 2015 atas undangan rakan blogger Bro Framestone. Majlis pelancaran dan sidang media tersebut telah berlangsung bermula pada jam 9:30 pagi bertempat di Talent Lounge, Menara Mustapha Kamal, Damansara Perdana, Petaling Jaya  
Perasmian Festival Ramadan Klang 2015
Majlis Perasmian dan sesi media Festival Ramadan Klang 2015

Pengisian Aktiviti Festival Ramadan Klang 2015


Festival Ramadan Klang 2015 akan bermula pada 26 Jun hingga 12 Julai ini, bertempat di sekitar kawasan parkir terbuka Pusat Pemborong GM Klang dan akan beroperasi seawal jam 11 pagi (Sabtu dan Ahad) dan 3 petang (Isnin hingga Jumaat) sehingga jam 11 malam. Ia dianjurkan dengan kerjasama alumni Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Projek Iqra’ dan Women International Network (WIN).

Ia menyediakan lebih 100 gerai yang menawarkan kepelbagaian juadah berbuka dan barangan persediaan Hari Raya. Pengunjung juga bakal menikmati aktiviti istimewa yang telah disusun sepanjang festival, antaranya demonstrasi masakan, batik, wau, kuda kepang dan pemakaian hijab serta bacaan Al-Quran setiap hari sebelum berbuka. Terdapat juga persembahan akustik dan nasyid selepas solat terawih. Tidak ketinggalan, aktiviti menarik untuk si kecil seperti pertunjukan ‘giant bubble’, dekorasi ‘cupcake’ dan penampilan maskot-maskot popular beramah mesra bersama.
Perasmian Festival Ramadan Klang 2015
Pendaftaran tetamu jemputan, media dan blogger sebelum majlis bermula
Perasmian Festival Ramadan Klang 2015
Suasana di Talent Lounge sebelum majlis berlangsung

Pusat Pemborong GM Klang turut meraikan peserta-peserta Projek Iqra’ yang terdiri dari pelajar dan sukarelawan melalui majlis berbuka puasa pada pembukaan rasmi festival, iaitu pada 27 Jun (Sabtu) dan seterusnya majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari persatuan terpilih pada 5 Julai (Ahad). Aktiviti-aktiviti yang hits sepanjang festival ini adalah ceramah-ceramah agama yang bakal disampaikan oleh penceramah terkemuka termasuk sesi bermoreh bersama 3 artis pilihan setiap minggu.

Konsep Dan Matlamat Festival Ramadan Klang 2015


Selain pengisian dan aktiviti yang diketengahkan, Festival Ramadan Klang 2015 membawa kelainan yang berkonsepkan ‘Laluan Nostalgia’ iaitu satu lorong laluan yang dibina khas di tengah-tengah antara dua deretan gerai-gerai, dihiasi suasana kampung dan pertunjukan permainan tradisional. Ia pasti mengembalikan nostalgia pengunjung menyambut Ramadan dan Syawal di kampung halaman.

Pengarah Urusan Pusat Pemborong GM Klang, Dato’ Lim Seng Kok dalam ucapannya berkata; “Tujuan festival ini diadakan adalah sebagai satu langkah untuk mengeratkan lagi hubungan kemasyarakatan. Nama pusat pemborong GM Klang sendiri sinonim dengan pembelian barangan borong dengan tawaran harga rendah, jadi kami mempunyai ramai pengunjung setiap hari. Sehubungan itu, penganjuran festival seperti ini pada setiap tahun dilihat mampu memberikan ruang kepada pengunjung untuk menghabiskan masa bersama keluarga dengan aktiviti-aktiviti berfaedah yang menarik sambil mereka membeli-belah”.
Perasmian Festival Ramadan Klang 2015
Sewaktu ucapan Pengarah Urusan GM Klang
Dato' Lim Seng Kok

Festival ini turut membuka peluang alumni Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM menunjukkan bakat dalam bidang peruncitan pakaian serta membentuk lebih ramai usahawan-usahawan muda Malaysia. Pada majlis perasmian dan sidang media ini juga telah menampilkan seramai 7 pereka fesyen alumni UiTM yang memperagakan koleksi terbaru rekaan mereka untuk Syawal 2015. 

Perasmian Festival Ramadan Klang 2015
Perasmian Festival Ramadan Klang 2015
Perasmian Festival Ramadan Klang 2015

Pereka fesyen yang terlibat adalah Azlan Karim (Binqareem), Orked Mohd Fauzan (Orked), Shanell Harun (Shanell), Suhairi Mohamed (Seth & Luna), Abid Shamsuddin (Daramera), Intan Sapura Hashim (Hanapura) dan Nurul Shafiqah Md Amin (Piqa Amin & the Empire). Pertubuhan Women International Network pula berkongsi hasil kerja mereka dalam pembuatan batik terap/cap Terengganu.

Jom Berkunjung Ke Festival Ramadan Klang 2015


Kepada semua sahabat pembaca yang dihormati, jom berkunjung ke Festival Ramadan Klang 2015 di Pusat Pemborong GM Klang sepanjang bulan Ramadan ini. Pelbagai aktiviti bermanfaat pasti diperolehi disamping kita membeli juadah berbuka atau memilih busana dan kelengkapan pilihan yang pastinya berkualiti serta berpatutan sebagai persediaan memeriahkan lagi sambutan Hari Raya nanti.

Anda juga boleh mengikuti perkembangan terkini Festival Ramadan Klang 2015 dan pelbagai informasi menarik berinteraksi di facebook page GM Klang Wholesale City Malaysia yang saya sediakan di bawah.

GM Klang Wholesale City Malaysia

Untuk sebarang pertanyaan dan informasi lanjut, hubungi Maryam 012-985 5576, Melor 019-9000688 atau emel festivalramadan2015@gmail.com.  

Jom beramai-ramai kita berkunjung ke Festival Ramadan Klang 2015… :)


COMMENTS

BLOGGER: 43
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,121,Intervensi,50,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,173,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Festival Ramadan Klang 2015 Di Pusat Pemborong GM Klang
Festival Ramadan Klang 2015 Di Pusat Pemborong GM Klang
Festival Ramadan Klang 2015, Pusat Pemborong GM Klang, GM Klang Wholesale City Malaysia, Festival Ramadan,Pusat pemborong Klang,
http://1.bp.blogspot.com/-N5Vr0Rn1MpY/VVxsuODbC_I/AAAAAAAAKFE/JPbd802U9oQ/s640/Festival%2BRamadan%2BKlang%2B2015.jpg
http://1.bp.blogspot.com/-N5Vr0Rn1MpY/VVxsuODbC_I/AAAAAAAAKFE/JPbd802U9oQ/s72-c/Festival%2BRamadan%2BKlang%2B2015.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/05/festival-ramadan-klang-2015-di-pusat.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/05/festival-ramadan-klang-2015-di-pusat.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy