Hari Ulangtahun Perkahwinan Ke-16

Penghargaan Hari Ulangtahun Perkahwinan ke 16 tahun, Khir Khalid, Motivator Sosial, Blogger Malaysia,

Merafak kesyukuran ke hadrat Illahi atas segala limpah kurniaNya dalam kehidupan ini. Hari Khamis (7/5/2015) merupakan antara hari yang cukup bersejarah buat saya dan isteri. Ia merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke 16 tahun. Sungguh cepat masa berlalu, malah artikel sempena ulangtahun perkahwinan ke 15 dahulu dirasakan belum begitu lama diterbitkan. Rupa-rupanya artikel tersebut sudahpun menjangkau setahun usianya…
Blogger Khir Khalid sekeluarga
Kenangan Aidilfitri 2014

Menyambut Ulangtahun Perkahwinan Ke-16


Menyusuri liku-liku pahit manis berumahtangga, sesungguhnya sesuatu yang sepatutnya disyukuri. Ia mengajar erti perkongsian hidup, mengenal realiti kehidupan serta mendidik maksud tanggungjawab dan ketabahan. Ujian dan dugaan yang hadir diiringi peringatan tentang kasih yang Maha Pencipta kepada hambanya. Membuatkan diri ini menghargai nilai kekeluargaan.

Kini semua cahayamata telah memasuki dunia persekolahan. Ia juga membuka lembaran baru tentang erti pengorbanan dan harapan. Zaman persekolahan bukan sekadar jadual harian yang padat tetapi juga memerlukan keperihatinan waktu mengenali dunia generasi muda… tentang kawan, kokurikulum, trend, gadget, minat dan kegemaran, cabaran media sosial serta pelbagai lagi pendedahan dunia tanpa sempadan yang tidak sama seperti dahulu. Sesungguhnya ada ketika memerlukan kita menjadi seperti mereka demi kebaikan bersama.
Blogger Khir Khalid dan isteri
Piiweett.. gambar romantis Aidilfitri.. ada macam retis tak ehehee.. :D

Penghargaan Sempena Ulangtahun Perkahwinan


Penghargaan terima kasih yang tidak terhingga buat isteri di atas kesetiaan, sokongan dan kepercayaan yang diberikan sepanjang berkongsi kehidupan ini. Sesungguhnya merupakan inspirasi dan anugerah yang tidak ternilai dengan ukuran material duniawi. Syukur Alhamdulillah… Semoga perjalanan kehidupan kami untuk hari-hari yang mendatang sentiasa disinari kebahagiaan dan diberkati dunia dan akhirat… aamiin.

Penghargaan terima kasih juga saya pahatkan kepada semua atas ucapan dan doa yang diberikan. Begitu juga doa dan harapan saya kepada semua pembaca yang dihormati sekelian. Mudah-mudahan senantiasa dikurniakan kehidupan yang diberkati serta dipermudahkan jalan kebahagiaan serta kejayaan di dunia dan akhirat… aamiin aamiin ya Rabbal alaamiin.

Salam ikhlas dari saya sekeluarga buat anda sekelian… :)


COMMENTS

BLOGGER: 32
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,128,English,34,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,120,Intervensi,48,INTI,45,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,172,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,132,Sunway,24,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Hari Ulangtahun Perkahwinan Ke-16
Hari Ulangtahun Perkahwinan Ke-16
Penghargaan Hari Ulangtahun Perkahwinan ke 16 tahun, Khir Khalid, Motivator Sosial, Blogger Malaysia,
http://2.bp.blogspot.com/-BXXcX66Fib0/VUyH1KvweFI/AAAAAAAAJ40/A7FCpmCAmLc/s640/IMG-20140728-WA0036.jpg
http://2.bp.blogspot.com/-BXXcX66Fib0/VUyH1KvweFI/AAAAAAAAJ40/A7FCpmCAmLc/s72-c/IMG-20140728-WA0036.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/05/hari-ulangtahun-perkahwinan-ke-16.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/05/hari-ulangtahun-perkahwinan-ke-16.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy