Media Prima Lancar Kempen #taknakseludup

Media Prima, #taknakseludup, kempen tak nak seludup, bentras rokok seludup, perdagangan produk tembakau haram, hari tanpa tembakau sedunia, bahaya rokok rokok seludup,

Media Prima Berhad, syarikat media berintegrasi terkemuka Malaysia telah melancarkan Kempen #taknakseludup pada 29 Mei 2015 bertempat di Public Space, Balai Berita Anjung Riong, Bangsar, Kuala Lumpur. Ia dilancarkan sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2015 yang akan diraikan pada 31 Mei bertemakan ‘Hentikan Perdagangan Haram Produk-Produk Tembakau’. Tema yang dipilih tahun ini bertujuan menyampaikan mesej dan menyeru masyarakat serta negara-negara seluruh dunia untuk bekerjasama menghentikan perdagangan produk-produk tembakau haram terutamanya rokok seludup.
Pelancaran Kempen #taknakseludup Media Prima
Pelancaran Kempen #taknakseludup Kumpulan Media Prima

Kempen #taknakseludup Kumpulan Media Prima


Kempen #taknakseludup merupakan siri pesanan khidmat masyarakat, rencana dan laporan khas di platform-platform media berintegrasi Kumpulan Media Prima demi mewujudkan kesedaran terhadap perdagangan tembakau haram yang kini semakin berleluasa bukan sahaja di Malaysia malah seluruh dunia. Kempen ini juga bertujuan menghapus rokok haram yang berharga lebih murah agar akses perokok bawah umur terhadap produk tembakau dapat dikurangkan, seterusnya menggalakkan rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Melalui ucapan Madam Shareen Ooi selaku Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Media Prima, beliau menyeru orang ramai memainkan peranan yang aktif dengan menyokong Kempen #taknakseludup bagi meningkatkan kesedaran agar pengambilan dan penjualan rokok-rokok haram dapat dihentikan. Ia boleh disebarkan melalui perbualan harian serta penggunaan pelbagai platform komunikasi seperti laman web dan media sosial. Selain itu, beliau juga menyeru kerjasama masyarakat agar melaporkan insiden rokok haram kepada pihak berkuasa agar masalah ini dapat ditangani secara lebih effektif.
Pelancaran Kempen #taknakseludup Media Prima, Shareen Ooi,
Ucapan pembukaan oleh madam Shareen Ooi,
Ketua Pegawai Pemasaran Kumpulan Media Prima

Kenapa Perlu Sokong Kempen #taknakseludup


Pelancaran Kempen #taknakseludup ini memperjelaskan beberapa fakta penting tentang bahaya rokok seludup dan perdagangan produk-produk tembakau haram. Selain risiko kesihatan yang lebih tinggi kepada pengguna, ia juga mengancam keselamatan dan kesejahteraan negara. Justeru, saya kongsikan 7 fakta di bawah untuk pengetahuan bersama.

1 - Rokok seludup dikilangkan tanpa piawaian kualiti seperti yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia dan mengandungi bahan-bahan kotoran seperti najis tikus dan serangga mati.

2 - Dijual pada harga yang murah sekitar RM3.50. Ia menjadi punca remaja terpengaruh menghisap rokok pada usia yang muda.

3 - Mengandungi bahan kimia beracun seperti Arsenik (bahan kimia digunakan sebagai pengawet kayu) dan Kadmium (bahan kimia yang digunakan untuk membuat bateri) yang tinggi berbanding rokok tulen.

4 - Rokok seludup yang dijual meluas di pasaran tempatan dikesan mempunyai kandungan tar dan nikotin 3 kali ganda lebih tinggi daripada kandungan yang dibenarkan mengikut undang-undang Malaysia. Fakta berdasarkan kajian Jabatan Bioteknologi (Institut Sains Biologi) Fakulti Sains Universiti Malaya ke atas 5 jenama rokok seludup iaitu Surya, Gudang Garam, Nusantara Gudang Garam, Sampoerna, LA Lights dan Nusantara Mentol mendapati kandungan tar melebihi had yang dibenarkan oleh kerajaan Malaysia. Ia juga merupakan punca ketagihan dan seseorang sukar berhenti merokok.

5 - Rokok seludup pembunuh ekonomi negara. Tahukah anda 35% atau 1/3 paket rokok di Malaysia adalah rokok seludup. Jabatan Kastam Diraja Malaysia mengalami kerugian hasil cukai sebanyak RM2 bilion setahun akibat perdagangan rokok seludup.

6 - Terdapat golongan wanita dan kanak-kanak dieksploitasi oleh sindiket jenayah terancang untuk menjual rokok seludup. Ia menjana pendapatan sindiket jenayah terancang seperti kongsi gelap. Keuntungannya digunakan bagi membiayai jenayah seperti penyeludupan dadah dan senjata, pemerdagangan manusia dan aktiviti jenayah berat yang lain.

7 - Sekiranya anda didapati bersalah kerana memiliki atau menjual rokok seludup, anda boleh dipenjara sehingga 3 tahun atau didenda sebanyak 20 kali ganda dari nilai asal barangan atau kedua-duanya sekali mengikut Akta Kastam 1967.
Pelancaran Kempen #taknakseludup Media Prima, Dato Akbar Satar,
Penerangan melalui ucapan, slaid dan video oleh Dato' Akbar Satar,
Presiden, Transparency International Malaysia

Menurut kajian yang dijalankan oleh International Tax and Investment Centre dan Oxford Economics pada 2013 menjelaskan bahawa Malaysia disenaraikan sebagai negara yang ketiga tertinggi dari 11 negara Asia lain dalam pengambilan rokok haram.

Sokong #taknakseludup Sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2015


Hari Tanpa Tembakau Sedunia merupakan usaha berterusan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mendidik orang ramai mengenai risiko-risiko kesihatan yang dikaitkan dengan penggunaan tembakau serta menggalakkan polisi efektif mengurangkan pengambilan tembakau. Mengenalpasti perdagangan tembakau haram sebagai ancaman, Kumpulan Media Prima mendidikasikan sambutan tersebut dengan meningkatkan kesedaran dalam memerangi masalah yang semakin berleluasa seterusnya mengurangkan tabiat merokok dikalangan masyarakat Malaysia.
Kempen #taknakseludup Media Prima
Jom sokong kempen #taknakseludup

Perdagangan tembakau haram di Malaysia meninggalkan kesan mendalam terhadap pembangunan sosio-ekonomi, keselamatan dan kesihatan masyarakat Malaysia. Usaha yang ditingkatkan oleh pihak berkuasa melalui pelbagai operasi di seluruh negara telah membantu mengurangkan perdagangan haram ini. Namun disebabkan harganya yang lebih murah serta kandungan bahan kimia penagihan yang tinggi menyebabkan kadar pengambilan rokok haram dikalangan masyarakat masih kekal tinggi.

Bersamalah kita sokong #taknakseludup dengan membantu menyebarkan maklumat dan melaporkan kegiatan perdagangan produk-produk tembakau haram demi kesihatan, keselamatan serta kesejahteraan masyarakat dan negara.

Kempen #taknakseludup Media Prima


COMMENTS

BLOGGER: 60
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Media Prima Lancar Kempen #taknakseludup
Media Prima Lancar Kempen #taknakseludup
Media Prima, #taknakseludup, kempen tak nak seludup, bentras rokok seludup, perdagangan produk tembakau haram, hari tanpa tembakau sedunia, bahaya rokok rokok seludup,
http://4.bp.blogspot.com/-a5geDY6D2ng/VWiGULA0KhI/AAAAAAAAKM8/UIyh1O7l7hQ/s640/%2523taknakseludup%2BKumpulan%2BMedia%2BPrima.jpg
http://4.bp.blogspot.com/-a5geDY6D2ng/VWiGULA0KhI/AAAAAAAAKM8/UIyh1O7l7hQ/s72-c/%2523taknakseludup%2BKumpulan%2BMedia%2BPrima.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/05/media-prima-lancar-kempen-taknakseludup.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/05/media-prima-lancar-kempen-taknakseludup.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy