Motivasi Guru : Makbulnya Doa Seorang Pendidik

Motivasi Guru | Makbulnya doa seorang pendidik | Penghargaan buat guru dan warga pendidik.

Sesungguhnya kata-kata seorang guru itu merupakan doa yang makbul. Itulah antara perkataan yang dapat saya ungkapkan tentang guru.

Sempena menyambut hari guru, ingin saya berkongsi pengalaman yang berlaku kepada diri sendiri. Jurnal kehidupan sebagai coretan memperingati jasa keikhlasan guru. Kata-kata seorang guru sebagai doa yang makbul hingga mempengaruhi liku-liku perjalanan dalam kehidupan ini.

Tadika cikgu Me'at (Cikgu Miat)
Alam pra-sekolah : Dunia pertama mengenali guru (1982). Mana Khir Khalid... :D 

Makbulnya Doa Seorang Guru


Sewaktu persekolahan, saya bukanlah pelajar yang meminati akademik namun boleh dikira bernasib baik. Ibu dan bapa saya juga adalah guru tetapi mengajar di sekolah berlainan. Saya tidaklah senakal mana, namun pernah terlibat dalam pergaduhan, menghisap rokok dan ponteng.

Kami pernah ponteng semata-mata untuk mandi di tali air, sungai dan laut, mengayuh basikal selama 2 jam mendaki Gunung Pulai untuk mandi air terjun, bersantai di pusat permainan video, malah menaiki bas semata-mata untuk melepak di Komtar, JB atau merentas Selat Tebrau ke Takashimaya Shopping Center, Singapura… cukuplah kisah tersebut...


Kelas 4 Baiduri, SMK Sri Perhentian Pontian

Sewaktu di tingkatan 3, saya telah beberapa kali ‘kantoi’ dan pernah dikaunseling secara peribadi oleh seorang ustazah bernama puan Mariam. Antara bait nasihat yang diungkapkan saya coretkan… masih segar dalam ingatan saya…

“Kamu bukan nakal…. Renunglah diri kamu, masa depan kamu... Cikgu kenal mak ayah kamu… hargailah mereka. Sampai masa mereka akan tua… Mudah-mudahan Allah bukakan pintu hati kamu untuk tekun belajar dan menjadi manusia… sekurang-kurangnya tak minat jadi cikgu macam mak ayah kamu pun, mudah-mudahan kamu jadi ahli perniagaan ke, ahli politik, tokoh sukan.. mudah-mudahan ke jalan yang baik, bukan terpengaruh kepada yang tak elok… sedarlah sebelum menyesal nanti... Cikgu doakan kamu berubah dan berjaya

Panjang kaunseling ustazah Mariam. Sejujurnya, saya tidak terus insaf dan berubah, cuma sedikit ‘kendur’ dan terkawal. Apatah lagi bila didenda (grounded) dan dimarahi ibu bapa. Selebihnya menjadi lipatan sejarah alam persekolahan.

Hikmah Kata-Kata Guru Terhadap Kehidupan Murid


Penghujung 1994 saya berhijrah ke Kuala Lumpur melanjutkan pelajaran. Sungguh pun kehidupan di kota metropolitan lebih mencabar, saya dipertemukan dengan rakan-rakan sepengajian yang cenderung meminati pelajaran walaupun grunge dan rock n roll.

Ia mempengaruhi gaya hidup dan mengubah cara berfikir. Pengaruh rakan menyuntik reformasi minda sehingga berpeluang melanjut pelajaran ke luar negara. Saya bersyukur dan mereka juga antara sahabat yang saya hargai selamanya.

Rima College Jalan Ampang

Makbulnya doa seorang guru dengan izinNYA, mula saya sedari apabila urusan kehidupan dipermudahkan dengan mendidik berkongsi ilmu walaupun berhadapan rintangan kehidupan.

Ia juga antara asbab jiwa terarah memperkasa keusahawanan sosial dalam aspirasi sosio-pendidikan dan pembangunan modal insan. Berblog ini juga sebagai salah satu jalan memperkasa kerjaya dan informasi demi kebaikan sosio-masyarakat… in shaa Allah. 

Kata-Kata Guru, Doa Kepada Muridnya


Sekadar berkongsi peringatan bersama… pernah seorang murid ditangkap kerana merokok. Murid itu boleh dikatakan samseng, melawan guru displin sehingga membuatkan guru naik angin dan menengking… 

“kamu kalau dari sekarang dah pandai hisap rokok, memang besar nanti jadi penagihlah… melawan cikgu… samseng macam kamu ni lebih baik jangan jadi manusia.. kamu tau…!!!”.

Murid itu digantung sekolah kerana mencabar guru dan beberapa kesalahan berat. Beberapa kejadian lain selepas itu mengakibatkan murid tersebut diberhentikan sekolah. Pada 2008, beliau meninggal dunia akibat HIV disebabkan penyalahgunaan dadah. Ramai dikalangan rakan-rakan mengatakan arwah dah kena sumpahan cikgu displin sekolah… wallahua’lam.

Mungkin ia hanyalah kebetulan… namun sepanjang pengalaman saya terlibat dalam program sosio-pendidikan, banyak ‘kebetulan’ tersebut terkait dengan kata-kata guru.

Motivator pembangunan sosial, kesedaran sosial

Selamat Menyambut Hari Guru 


Justeru, ucapan yang baik kepada anak didik berkemungkinan menjadi doa kebaikan buat mereka dan begitu juga sebaliknya. Makbulnya kata-kata guru mungkin bukan sekarang tetapi 10 atau 20 tahun lagi dalam perjalanan hidup anak didik anda… subhanallah walhamdulillah.

Saya ucapkan Selamat Menyambut Hari Guru kepada semua guru yang dihormati sekelian.

Tanggungjawab guru merupakan jasa dan pengorbanan yang bukan sahaja berfungsi sebagai pendidik malah pembimbing sokongan selepas ibu bapa. Jasa guru yang ikhlas pasti akan sentiasa dikenang dalam doa anak didiknya tanpa paksaan apabila mereka dewasa hingga beranak cucu.

Terima kasih cikgu… tanpa guru, matilah ilmu.

Artikel berkaitan




COMMENTS

BLOGGER: 37
Loading...
Name

Blogging,131,Durex,2,ECERDC,18,Ekspresi,127,English,24,Familia,37,Fesyen,8,Foodie,45,Gadget,11,Hartanah,15,Hiburan,36,Informasi,114,Intervensi,28,INTI,40,Keusahawanan,47,Komuniti,44,Lazada,3,Lifestyle,157,MDEC,4,Motivasi,128,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,52,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,115,Sunway,16,Teater,6,Travelog,20,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,Wellness,21,
ltr
item
Khir Khalid: Motivasi Guru : Makbulnya Doa Seorang Pendidik
Motivasi Guru : Makbulnya Doa Seorang Pendidik
Motivasi Guru | Makbulnya doa seorang pendidik | Penghargaan buat guru dan warga pendidik.
https://2.bp.blogspot.com/-34Q7lE2d8kw/VVbKM_qFAtI/AAAAAAAAJ_s/VFI9kmMZN5E/s640/Khir%2Bkhalid2.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-34Q7lE2d8kw/VVbKM_qFAtI/AAAAAAAAJ_s/VFI9kmMZN5E/s72-c/Khir%2Bkhalid2.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/05/motivasi-guru-makbulnya-doa-seorang.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/05/motivasi-guru-makbulnya-doa-seorang.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy