Nippon Paint Melancarkan Anugerah Pereka Muda Ke-8

Anugerah Pereka Muda Nippon Paint ke-8, NPYDA, Nippon Paint Young Designer Award.

Nippon Paint Malaysia Group, penyedia rumusan salutan cat nombor 1 Malaysia bersama IJM Land Berhad telah melancarkan Anugerah Pereka Muda Nippon Paint (Nippon Paint Young Designer Award – NPYDA) 2015 yang bertemakan ‘Design With Heart: For a Sustainable Future : With People in Mind’. Majlis pelancaran tersebut telah berlangsung pada pagi Rabu, 27 Mei 2015 bertempat di Auditorium 3A, KDU University College, Glenmarie, Shah Alam.

Pelancaran Anugerah Pereka Muda Nippon Paint Ke-8
Pelancaran Anugerah Pereka Muda Nippon Paint Ke-8

Anugerah Pereka Muda Nippon Paint Ke-8 


Anugerah Pereka Muda Nippon Paint (NPYDA) dilancarkan bertujuan memupuk kreativiti dan mencetus inspirasi bakat-bakat muda di kalangan pelajar jurusan arkitek dan rekabentuk dalaman.

Mula diperkenalkan pada tahun 2008 di Malaysia, kini muncul sebagai salah satu pertandingan rekabentuk paling terkemuka meliputi 12 negara iaitu Singapura, Filipina, Bangladesh, Thailand, Indonesia, Papua New Guinea, Vietnam, China, Jepun, Hong Kong dan Malaysia. Ia telah meraih pengiktirafan antarabangsa kerana menyediakan pentas bagi pereka muda untuk berkongsi idea dengan pakar-pakar industri.

Tema NPYDA 2015, ‘Design With Heart: For a Sustainable Future : With People in Mind’ disasarkan untuk menggalakkan pereka dalaman dan arkitek muda menghasilkan idea dan konsep yang bermanfaat dari aspek alam sekitar, memenuhi ciri-ciri keselamatan, termasuk memudahkan aspek kehidupan, pekerjaan dan riadah.

Ia menjadi cabaran para pereka untuk menonjolkan konsep rekabentuk yang bermanfaat kepada segenap lapisan masyarakat termasuk golongan tua, muda dan kurang upaya. Konsep rekabentuk harus menggambarkan idea yang menambahbaik fungsi kepada masyarakat serta kehidupan seluruhnya.

Pelancaran Anugerah Pereka Muda Nippon Paint Ke-8
Ucapan Aluan oleh Ms Gladys Goh, Pengurus Besar Kumpulan Nippon Paint Malaysia

Menurut Ms Gladys Goh selaku Pengurus Besar Kumpulan Nippon Paint Malaysia dalam ucapannya berkata “Tahun demi tahun, prestij NPYDA telah diperkukuh dimana semakin ramai peserta industri, persatuan dan pemaju hartanah berganding bahu meningkatkan taraf pertandingan dari segi kriteria pemilihan disamping berkongsi pengetahuan. Kami juga sangat berbangga kerana pemaju hartanah terkemuka Malaysia, IJM Land menjadi rakan kongsi untuk tahun kedua mempromosi dan memupuk pereka dan arkitek muda masa hadapan. Setiap tahun, NPYDA membariskan hakim yang terdiri daripada profesional dan peneraju industri, demi memperketatkan proses pemilihan sebelum pemenang anugerah perekabentuk dan arkitek paling kreatif dan inovatif diumumkan”.

Pelancaran Anugerah Pereka Muda Nippon Paint Ke-8
Hadirin Majlis Pelancaran Anugerah Pereka Muda Nippon Paint ke-8 
Pameran Pereka Muda Nippon Paint Ke-8
Ruang pameran rekabentuk dan senibina peserta yang terpilih berserta maklumat hakim dan pertandingan
Anugerah Pereka Muda Nippon Paint (NPYDA)
Antara informasi yang dipamerkan : Pemenang Anugerah Pereka Muda Nippon Paint 2013

Pembelajaran pasca pertandingan NPYDA


Selain mempamerkan idea dan bakat rekabentuk, NPYDA juga membuka ruang kepada pemenang untuk terus meningkatkan pengetahuan mereka dan mengasah kemahiran berkomunikasi serta penyampaian ke seluruh rantau menerusi pembelajaran pasca pertandingan. Tarikan utama NPYDA 2015 ialah Program Pembelajaran di Bangkok yang akan menjadi lokasi pusingan terakhir dimana pemenang dari kesemua 12 negara berhimpun dan bersaing untuk merebut anugerah serantau.

Program Pembelajaran NPYDA telah diadakan di Tokyo pada 2013 dan Osaka pada 2014. Program pembelajaran ini memberikan pemenang pengalaman terbaik kerana Nippon Paint juga menjemput pakar industri untuk melatih dan memperkasa bakat muda ini tentang cara memperbaiki rekaan dan penyampaian. Pelajar juga berpeluang bertemu dan belajar daripada rakan sebaya serta profesional dari pelbagai latar belakang budaya dan negara yang berbeza di rantau Asia.

Sesi media Anugerah Pereka Muda Asia Nippon Paint Ke-8
Sesi media bersama Ms Gladys Goh, Pengurus Besar Kumpulan Nippon Paint Malaysia
bersama Mr Edward Chong, Pengarah Urusan IJM Land Berhad

Pada Program Pembelajaran NPYDA di Bangkok, Paul Tange yang merupakan penceramah terkemuka akan menyampaikan ceramahnya nanti. Beliau memulakan kerjaya arkiteknya selepas meraih ijazah Sarjana Arkitek dari Harvard University, Graduate School of Design pada 1985.

Pada tahun yang sama beliau menyertai Kenzo Tange Associate, firma senibina diterajui bapanya iaitu seorang arkitek antarabangsa terkemuka, Kenzo Tange. Paul dilantik sebagai Presiden Kenzo Tange Associate pada 1997 dan menubuhkan Tange Associate pada 2003. Tange Associate beribu pejabat di Tokyo, Jepun, telah melaksanakan projek di seluruh dunia dengan menawarkan pilihan penuh rekaan senibina dan perancangan rekabentuk urban.

Khir Khalid : Anugerah Pereka Muda Ke-8, Nippon Paint
Jom ikuti Anugerah Pereka Muda Nippon Paint (NPYDA) 2015 

Sokongan Anugerah Pereka Muda Nippon Paint Ke-8


Anugerah Pereka Muda Nippon Paint ke-8 ini disokong agensi industri dan rakan kongsi seperti Institut Pereka Dalaman Malaysia (MIID), Pertubuhan Indeks Bangunan Hijau (GBI), Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Persatuan Belia Pemaju Perumahan dan Hartanah Malaysia (REHDA Youth), Persekutuan Bangunan Hijau Malaysia (MGBC) termasuk Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KETTHA).

Selain itu, NPYDA telah mendapat sokongan lebih 20 penglibatan sekolah, 40 institusi berkaitan rekabentuk dalaman dan senibina termasuk lebih 2000 penyertaan pada tahun 2015 ini. Justeru, untuk maklumat lanjut berkenaan penyertaan dan kriteria penghakiman, anda boleh layari;
www.youngdesigneraward.com.my atau ikuti www.facebook.com/youngdesigneraward


COMMENTS

BLOGGER: 38
Loading...
Name

Blogging,132,Durex,2,ECERDC,19,Ekspresi,127,English,36,Familia,37,Foodie,45,Gadget,12,Hartanah,17,Hiburan,36,Informasi,123,Intervensi,50,INTI,46,Keusahawanan,53,Komuniti,40,Lazada,3,Lifestyle,174,MDEC,4,Motivasi,134,Movie,14,Nippon Paint,13,Penghargaan,59,Perawatan Islam,13,Portfolio,56,RWGenting,29,Sosio-Pendidikan,135,Sunway,24,Teater,6,Travelog,21,Umrah Dan Haji,3,WAO,4,
ltr
item
Khir Khalid: Nippon Paint Melancarkan Anugerah Pereka Muda Ke-8
Nippon Paint Melancarkan Anugerah Pereka Muda Ke-8
Anugerah Pereka Muda Nippon Paint ke-8, NPYDA, Nippon Paint Young Designer Award.
https://4.bp.blogspot.com/-8QgvWRv0fjQ/VWX21icy50I/AAAAAAAAKLo/vahsm5ZX9KU/s640/Anugerah%2BPereka%2BMuda%2BAsia%2BNippon%2BPaint%2B%2528NPYDA%2529.jpg
https://4.bp.blogspot.com/-8QgvWRv0fjQ/VWX21icy50I/AAAAAAAAKLo/vahsm5ZX9KU/s72-c/Anugerah%2BPereka%2BMuda%2BAsia%2BNippon%2BPaint%2B%2528NPYDA%2529.jpg
Khir Khalid
http://www.khirkhalid.com/2015/05/nippon-paint-melancarkan-anugerah.html
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/
http://www.khirkhalid.com/2015/05/nippon-paint-melancarkan-anugerah.html
true
802458514418007866
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy